Thursday, July 13, 2006

Komplek Sukan di UK:
Mengapa kita perlu turut nafsu Azalina

Menteri Sukan Azalina Othman baru-baru ini memaklumkan Parlimen bahawa kerajaan Malaysia akan membina sebuah Pusat Sukan di UK iaitu di tapak Pusat Penyelidikan Tun Abd Razak (yang digunakan untuk menyelidik getah oleh RRIM) di Brickendonburym, kira-kira 24km dari Perkampungan Olimpik 2012 yang akan dibina oleh kerajaan Blair tidak lama lagi.


Azalina Othman

Tujuan pembinaan pusat tersebut menurut Aza kononnya untuk menyesuaikan ahli-ahli sukan Malaysia dengan cuaca sejuk. Dan kos pembinaannya dianggarkan bernilai RM490 juta (yang saya percaya akan naik lipat kali ganda lagi sebab ini bukan projek di Malaysia tetapi di UK yang kos hidupnya jauh lebih tinggi dari kita).

Ketua Pembangkang telah pun mempertikaikan rasionalnya pembinaan projek ini di Parlimen. Namun kata Aza kerajaan akan teruskan juga projek tersebut demi kepentingan negara (sesuatu yang acap kali kita denga r sejak akhir-akhir ini)


Adebayor penjaring utama Togo

Dan hari ini BERNAMA melaporkan TPM Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan akan meneruskan juga projek tersebut walaupun dikritik oleh pihak-pihak tertentu. Kata Najib pusat ini penting untuk mendedahkan ahli-ahli sukan negara dengan enviromen sukan yang lebih kompetitif.

Apa pun jelasnya dalam keadaan kos hidup rakyat tempatan yang semakin menyenakkan perut. Minyak naik, letrik naik, harga barangan naik dan rakyat disuruh berjimat tiba-tiba dengan senang hati RM490 juta mahu dilemparkan untuk sebuah projek yang rasanya tidak memberi banyak manfaat pun kepada negara.

Saya masih teringat lagi menonton dokumentari BBC berkenaan persiapan pasukan bolasepak Togo baru-baru ini. Togo adalah sebuah negara mundur di benua Afrika. Togo tidak mewah macam kerajaan kita, namun Togo berjaya melahirkan pasukan bolasepak kelas dunia apabila layak ke pertandingan World Cup di Jerman baru-baru ini.

Tak tahu pulak kalau Togo ada komplek sukan di UK?

No comments: