Tuesday, July 18, 2006

Samada Malaysia Negara Islam atau Kristian atau Buddha tidak penting

Demikianlah kenyataan Menteri di JPM Nazri Aziz dalam satu sidang akhbar di Bangunan Parlimen semalam sebagaimana yang dilaporkan oleh THE SUN hari ini.

Kata beliau ketika Tun Dr Mahathir mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam semasa beliau PM pada tahun 2001 lalu, itu merupakan pandangan peribadi beliau.



Benarkah demikian? Setahu saya Tun ketika itu mengisytiharkan pendirian kerajaan. Seingat saya kenyataan Tun itu turut disokong oleh semua pemimpin parti komponan BN dan lebih-lebih lagi Umno sendiri.

Bagaimana dalam keadaan Tun tidak berkuasa ini tiba-tiba Nazri jadi berani dengan menyatakan bahawa ianya merupakan pandangan peribadi Tun!

Apa pun saya kira ramai yang seperti saya tidak bersetuju bahawa Malaysia adalah Negara Islam walaupun Tun telah mebuat pengisytiharan. Malaysia mungkin negara umat Islam (kerana penganut Islam merupakan penduduk majoriti) tetapi bukanlah sebuah Negara Islam dalam ertikata yang sebenarnya.

Mungkin Islam adalah agama rasmi Malaysia itu kita dapat bersetuju kerana peruntukkan tersebut terkandung di dalam Perlembagaan negara, tetapi untuk Malaysia menjadi Negara Islam hanya melalui pengisytiharan, kita mungkin tidak dapat bersetuju.

Tetapi berbalik kepada kes Nazri ini nampaknya agak keterlaluan pandangan beliau.

Bila pemberita bertanya beliau apakah pendirian negara ataupun kerajaan pada hari ini (di bawah pemerintahan Dollah Badawi) menurut THE SUN Nazri kelihatan terkulat-kulat lalu mengatakan:

I cant define honestly. I dont know. Its up to you what you want to call this country.

Ikhlas saya tidak dapat memberikan definisinya. Saya tidak tahu. Terpulanglah kepada anda apa yang anda mahu istilahkan negara ini.

If a Christian stands up to say because there are Christians in this country, so Malaysia is a Christian country, there is no problem. If you want to say Malaysia is a Buddhist country, go ahead. It doesn’t bother me at all. The reality on the ground is more important than terms.

Jika seorang Kristian bangun menyatakan yang kerana terdapat penganut Kristian dalam negara ini maka Malaysia menjadi Negara Kristian, tak ada masalah. Jika nada mendakwa Malaysia adalah negara Buddhist teruskan. Saya tak peduli pun. Apa yang sebenarnya kenyataan lebih penting dari istilah itu.

Begitulah hebatnya Menteri kabinet dizaman Dollah Badawi. Barangkali Nazri lupa akan Islam Hadhari yang dicipta Dollah yang merupakan hujah yang memperkukuhkan pengisytiharan Tun itu bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam.

Kesimpulannya Nazri tidak perlu meletakkan Islam sedemikian rupa lantaran kebencian beliau pada Tun dan kejahilan beliau pada agama. Cukuplah apa yang telah beliau lakuklan selama ini, sahabat-sahabat di Padang Rengas perlulah bingkas bangun dan wajib membuat pembetulan selepas ini.

No comments: