Wednesday, July 05, 2006

Usul Salahuddin diterima sebulat suara

Tentera regim Zionis Israel terus menyerang bumi Palestin di Gaza. Awal pagi tadi CNN melaporkan suatu serangan udara telah dilancarkan terhadap bangunan Kementerian Dalam Negeri Palestin. Sebelum ini serangan yang sama telah dilancarkan terhadap Pejabat Perdana Menteri Ismael Haniyeh.



Menurut CNN lagi Tentera Israel telah pun menceroboh masuk bumi Palestin di pekan Erez di Utara Gaza dengan menempat kereta-kereta kebal dan jentera beratnya di sana.

Siri-siri serangan dan pencerobohan ini dilakukan dengan oleh Israel apabila seorang anggota tenteranya Koperal Gilad Shalid telah diculik oleh pasukan militant di Selatan Israel pada 25 Jun lalu.



Lalu tanpa banyak kira-bicara demi menyelamatkan satu nyawa regim biadap ini telah bertindak menyerang bertalu-talu bumi Palestin dengan memusnahkan rumah, bangunan dan kemudahan infrastruktur semata-mata kerana mahu memaksa seluruh rakyat Palestin agar bertanggungjawab di atas penculikan itu.



Dan sudah pastilah sasaran mereka adalah kerajaan Palestin pimpinan HAMAS. Malah sebelum ini dalam tindakan ganas mereka itu mereka turut menangkap hamper satu pertiga anggota kabinet HAMAS termasuklah beberapa ahli Parlimen dan kononnya akan mendakwa mereka kerana beberapa tindakan keganasan terhadap Israel sebelum ini.

Demikianlah angkuh, ganas dan kurang ajarnya regim Zionis Israel ini dan seperti biasa Amerika Syarikat berdiam diri seolah merestui tindakan mereka itu.

Dimanakah perginya rundingan dan diplomasi? Sudah pasti kiranya kerajaan HAMA Palestin diajak berunding untuk bekerjasama menyelesaikan kemelut ini banyak kemusnahan dan nyawa mereka yang tidak berdosa dapat diselamatkan.



Semalam di Dewan Rakyat, ahli Parlimen Kubang Kerian YB Salahuddin Ayub yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengemukakan usul tergempar bagi membincangkan kerja jahat Israel ini dan ancamannya terhadap bumi Palestin yang berdaulat itu.

Usul tersebut telah dibahaskan dan akhirnya diluluskan oleh Sewan dengan kerajaan Malaysia mendakwa telah membuat permohonan agar PBB memanggil segera mesyuarat tergempar untuk membincangkan penangkapan anggota Kabinet HAMAS di Tebing Barat pada 29 Jun lalu.

Kerajaan Malaysia juga mendakwa akan menggunakan pengaruhnya selaku Pengerusi OIC dan NAM untuk memanggil mesyuarat PBB itu.

Marilah sama-sama kita tunggu maklum balas dari PBB?! (CNN turut melaporkan kerajan Switzerland turut membantah tindakan ganas Israel itu)

Sementara itu pada hari Jumaat ini suatu demonstrasi aman besar-besaran membantah tindakan regim haram Zionis Israel terhadap Palestin itu akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di KL. Mungkin dalam kesempatan ini kita boleh mengundang seluruh ahli Parlimen yang bersetuju dengan usul Salahuddin itu tanpa mengira fahaman politik agar sama-sama turun menyatakan bantahan kita secara terbuka kepada AS dan Israel.

Kalau sekadar menyatakan setuju dalam dewan yang indah dan berhawa dingin, Pak Mat yang duduk di warong kopi dan kaki lima pun sanggup dan berani.

Marilah kita semua rakyat Malaysia termasuk anggota Parlimen BN, DAP, PAS dan PKR serta seluruh pimpinan parti-parti politik turun bersama-sama menyatakan solidariti kita bersama saudara-saudara kita di Palestin serta kemarahan dan kebencian kita terhadap regim laknat Israel ini.

Biar Amerika Syarikat selaku penaung, penasihat dan pembela Israel menerima mesej rakyat Malaysia yang cintakan kemanan dan bencikan keganasan dan sikap berpilih-pilih mereka dalam isu ini.

No comments: