Wednesday, July 12, 2006

Ku Li pohon Dollah jawab persoalan Tun Dr M

Sengketa Tun Dr M dan PM Dollah Badawi terus menjadi bualan hangat. Saya difahamkan VCD Tun itu kini menjadi rebutan bukan hanya dikalangan penyokong pembangkang malah lebih-lebih lagi dikalangan orang kebanyakkan termasuklah ahli-ahli Umno.

Ketika bersarapan pagi disebuah restoran (yang tidak pernah menyokong pembangkang sebelum ini) di Subang Jaya saya dapati VCD Tun Dr M ketika di Taman Melawati turut dijual oleh pemilik restoran tersebut dan menurut pekerjanya, ia laris macam gorang pisang hangat!

Sementara itu dalam akhbar THE STAR hari ini salah seorang tokoh Umno yang telah membuat komen berkenaan sengketa Dollah-Tun ini adalah bekas Menteri Kewangan, bekas Naib Presiden dan Ketua Umno bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurut akhbar tersebut kata Ku Li cara terbaik untuk menyelesaikan konflik ini adalah dengan cara Dollah mengambil masa untuk mengunjungi Tun di kediamannya. Kata Ku Li selagi Tun tidak mendapatkan jawapan yang memuaskan terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkannya itu, Tun dijangka tidak akan mendiamkan diri.
Bermakna isunya di sini, kenapa Dollah tak mahu menjawab persoalan Tun itu?

Sebagaimana kita tahu, kali terkahir isu ini diperkatakan Dollah adalah apabila beliau mengarahkan menteri-menteri kabinetnya agar memberikan respon terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun itu, walaubagaimanapun kata Ku Li:

Dr Mahathir is insistent on the Prime Minister meeting him and giving him answers because the questions are posed to the Prime Minister and not to his ministers.

Dr M bertegas mahukan PM berjumpa beliau dan memberikan jawapan-jawapan terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkannya yang ditujukan kepada PM dan bukannya menteri-menterinya.

Dalam hal ini Ku Li dikira tokoh yang paling kenal dan ber authority berkata mengenai kedua-dua tokoh ini kerana sebagaimana kita tahu Ku Li pernah berkhidmat di bawah Tun dan duduk dalam kabinetnya. Ku Li juga pernah mengetuai Team B melawan Tun dalam Umno dan ketika itu Dollah bernaung di bawah Team B Ku Li sehinggalah Dollah dipecat dari jawatan Menterinya oleh Tun.

Rakyat akan terus memerhati dan menunggu-nunggu respon Dollah yang semakin sepi dan kaku itu.

(Tun dijangka pulang ke tanahair dari percutian pada 20 Juali 2006 ini dan sebuah website http://www.tdm2020.com/ yang dibina oleh para penyokong Tun sedang giat menggesa rakyat jelata agar keluar memberikan sambutan kepada Tun apabila beliau pulang nanti)

No comments: