Monday, July 03, 2006

Tun Dr M tetap dengan pendiriannya

Menurut ceritanya Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob, yang dilantik sebagai ORANG TENGAH (oleh Zam tanpa pengetahuan Najib selaku Timbalan Presiden) untuk meredakan konflik Dollah-Tun Dr M, telah pun berkunjung ke rumah Tun Dr M di Sg. Besi semalam dalam rangka menjalankan tugasnya.

Akhbar NST (yang dibayangi Kalimullah Hassan yang turut diserang oleh Tun Dr M dan bekas SETPOL nya Matthias Chang) hari ini melaporkan pertemuan selama 90 minit telah berlangsung namun Khalil enggan menyatakan isi perbincangannya itu.



Namun Datuk A Kadir Jasin di dalam Blognya http://kadirjasin.blogspot.com/ telah mendedahkan:

Semalam (Sabtu), Yang Dipertua Negeri Melaka itu menemui Tun Dr Mahathir Mohamad di rumahnya di Mines Resort, Sungai Besi, selama sejam setengah mulai jam 6 petang.Sumber-sumber mengatakan Dr Mahathir mengulangi pendiriannya mengenai pelbagai perkara yang beliau bangkitkan selama ini dan menegaskan yang beliau tidak bercadang untuk mengubah pendiriannya.Kata sumber-sumber itu, Dr Mahathir memberitahu Tun Khalil jika isu-isu yang dibangkitkannya itu tidak tepat, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi, berhak menjawab dan menyanggahnya.Selagi Perdana Menteri tidak menjawab, beliau akan terus berpegang kepada pendiriannya.

Sekiranya demikianlah pendirian Tun Dr M maka bermakna tiada ORANG TENGAH yang mampu untuk meleraikan sengketa beliau dengan Dollah itu. Apa yang perlu barangkali bagi Khalil ditahap ini adalah menasihatkan Dollah dan meyakinkan beliau bahawa konflik ini tidak akan kunjung padam malah akan terus marak membakar kecualilah Dollah menjadi jantan (meminjam kata-kata Nazri) dan menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Tun Dr M itu.

Dan pada pandagan saya untuk Dollah berbuat demikian mungkin terlalu sukar kerana sengketa ini sesungguhnya berpunca dari kebergantungan beliau yang keterlaluan terhadap menantunya Khairy. Khairylah menurut Tun yang telah mengakibatkan Dollah merubah dasar dan segala yang telah diputuskan oleh kerajaan beliau sebelum ini.

Matthias Chang bekas SETPOL Tun semasa sessi sidang akhbarnya (yang boleh ditonton di http://wtv8.tv/) menjelaskan bahwa pernah beberapa pihak bertemu dengan Dollah dan mengadu darihal tindak-tanduk Khairy. Menurut Mathhias Dollah sekadar berkata:

He is my son in law who is married to my daughter Nori. Noris happiness is important to me.

Dia adalah suami kepada anak perempuan saya Nori. Dan kebahagiaan Nori adalah penting bagi saya.

Kalau begitulah pendirian Dollah saya rasa Zam sewajarnya lupakan sahaja cita-citanya untuk menjadi hero dan menyelesaikan konflik ini.

No comments: