Monday, July 17, 2006

Satu lagi cadangan bergeliga

Belum pun habis kita persoalkan cadangan BERGELIGA Menteri Pelancongan Tengku Adnan Mansor yang mahukan pusat-pusat hiburan dan pub dilanjutkan operasonya hingga jam 5 pagi, kini mucul pula satu lagi cadangan baru.

Kali ini datangnya dari Menteri Wilayah Zulhasanan Rafique. Menurut beliau sebagaimana dilaporkan dalam NST hari ini, kementerian beliau sedang mempertimbangkan cadangan bagi membenarkan pusat-pusat hiburan termasuk disko untuk beroperasi di kawasan-kawasan perumahan.



Kata beliau cadangan ini akan merupakan sebahagian dari dasar hiburan baru yang kini sedang diperingkat akhir penderafannya.

Apakah agaknya jenis ENTERATAINMENT POLICY atau Dasar Hiburan yang akan dilahirkan oleh kerajaan itu? Saya yakin dengan perkembangan akhir-akhir ini kemungkinan polisi itu akan memuatkan cadangan melanjutkan waktu operasi pusat-pusat hiburan tadi dan termasuklah mengizinkan disko dan pusat hiburan beroperasi di kawasan-kawasan perumahan.

NST melaporkan cadangan mengizinkan pusat-pusat hiburan beroperasi di kawasan-kawasan perumahan itu dibantah oleh banyak pihak. Antaranya:

In Taman Tun Dr Ismail, residents association chairman Abdul Latif Mohd Som said the areas peaceful surroundings boosted the value of property there.We dont want an influx of outsiders to cause congestion and create social problems, he said.We should get our priorities right and provide entertainment in the right way said National Council of Parent-Teacher Associations president Associate Professor Mohamad Ali Hasan.

Demikianlah halnya. Mengapa harus kita terikut-ikut sangat rentak dan kehendak orang-orang asing. Malaysia terlalu kaya dengan khazanah budaya dan sejarah untuk menarik pelancong asing. Kalau tujuan mereka datang ke sini untuk mabuk-mabuk, berfoya-foya dan berperangai tidak senonoh, lebih eloklah mereka pergi ke negara lain. Kecualilah kerajaan sudah kekeringan sumber sehingga tergamak melakukan apa sahaja dengan syarat ianya menjana kewangan untuk negara.

Kalau begitulah hakikatnya maka tindakan Adnan dan Zulhasnan ini mungkin sekadar mukadimmah. Barangkali lebih banyak lagi yang celaru dan keliru akan diperkenalkan ke negara kita atas alasan ianya membawa pulangan ekonomi kepada negara.

Malaysia Boleh!

No comments: