Thursday, July 06, 2006

Idea Khir Toyo yang dangkal dan lemah

Bukan saya yang mengumpamakan idea MB Selangor sedemikian rupa (walaupun saya mungkin bersetuju), kenyataan mengenainya dibuat oleh R. Nadeswaran seorang kolumnis dalam akhbar harian THE SUN.


R.Nadeswaran

Di dalam artikelnya hari ini di bawah tajuk: Law of the billboard jungle, beliau menulis:

But close on the heels of the Sultans ire and the nonsensical approach taken by the city council comes the MOTHER OF ALL BIRD BRAINED IDEAS. BERNAMA quoted MB Khir Toyo as saying that Selangor may only consider electronic billboards in the future in efforts to reduce the number of billboards scattered over the major townships in the state.

Isunya adalah berkenaan skandal BILLBOARD ataupun PAPAN TANDA IKLAN yang kini tumbuh bagai cendawan pagi di sekitar Petaling Jaya yang telah pun dinaik taraf kepada status Bandaraya baru-baru ini. Menurut laporan terdapat 488 papan tanda iklan disekitar Petaling Jaya (yang kebanyakkannya disekitar jalan-jalanraya yang menyekat pandangan orang-ramai) cuma 206 sahaja yang berlesen manakala yang selebihnya tidak berlesen!



Untuk sebuah papan tanda bersaiz biasa (standard) caj yang dikenakan kepada pengiklan adalah RM480 untuk lesen tahunan dan RM2400 untuk caj perkhidmatan tahunan. Dalam ertikata lain sebuah papan tanda bersaiz biasa membawa pendapatan sebanyak RM2880.

Manakala bagi yang bersaiz besar yang dipasang pada unipole ataupun tiang-tiang besar lesen dan caj tahunannya mencecah RM18000.

Bayangkan berapa banyak pendapatan yang hilang apabila lebih dari 50 peratus daripadanya dinaikkan secara haram (yang malangnya tidak diambil tindakan sehingga hari ini).

Ini tidak termasuk skandal berikutnya dimana MPPJ (yang kini dikenali sebagai MBPJ) pada tahun 2002 telah menswastakan perlesenan papan tanda iklan ini kepada Kelab Sukannya. Yang Dipertua MPPJ ketika itu mensyaratkan bahawa sumbangan sebanyak RM10000 dikenakan kepada setiap papan tanda iklan dan perlu dibayar kepada Kelab Sukan tadi.

Peraturan yang terbuka kepada salah-guna kuasa dan penyelwengan ini diteruskan sehingga kini!

Berbalik kepada idea Khir Toyo yang dianggap sebagai MOTHER OF ALL BIRD BRAINED IDEAS (ataupun terjemahan secara langsungnya adalah ibu kepada segala idea bersaiz otak burung ringkasnya idea yang dangkal dan lemah) itu. Manakan tidak Nadeswaran marah dan mengeluarkan tuduhan itu, isu yang di depan mata adalah masalah papan tanda haram dan masalah salah-guna kuassa di MBPJ dalam mengeluarkan lesen-lesen papan tanda ini. Masalah penguatkuasaan yang lemah yang mungkin kerana kehadiran unsur-unsur rasuah dalam skandal ini. Tiba-tiba MB selaku Ketua Eksekutif negeri memberi cadangan: kita akan perkenalkan papan tanda elektronik menggantikan yang ada.

Adakah ini penyelesaiannya? Adakah dengan memperkenalkan papan tanda elektronik maka MBPJ akan kembali efisyen dan telus?

Sepatutnya MB memberikan cadangan apakah tindakan segera yang akan diambil terhadap lebih 262 papan tanda haram yang sedia ada. Bolehkah mereka didenda atau didakwa ke mahkamah kerana kerajaan kerugian mungkin hampir jutaan ringgit kerana yang haram-haram ini dibenarkan menaikkan papan tanda mereka.

Sepatutnya juga MB terus mengambil tindakan terhadap amalan menswastakan perlesenan papan tanda ini kepada Kelab Sukan.

Ini tidak tiba-tiba MB yang pintar dan maju itu mahu memperkenalkan masalah baru iaitu menggantikan papan tanda yang ada kepada yang elektronik! (Mungkin benarlah tuduhan bahawa beliau tidak berkuasa mengawal MBPJ dan seluruh PBT di Selangor kerana PBT-PBT ini kini lebih berkuasa dari beliau selaku MB)

Lalu layakkah Nadeswaran mengelar Bapa Selangor Maju ini BIRD BRAIN? Melampau atau memang cocok?

No comments: