Wednesday, July 26, 2006

Benarkah Tun Dr M akan dihalang dari bercakap?

Sejurus kembali dari luar negara, bekas PM Tun Dr Mahahtir mengatakan bahawa terdapat usaha untuk melarang beliau dari bercakap terutama dikalangan ahli-ahli Umno. Kata beliau bila beliau bercakap di hadapan NGO baru-baru ini beliau dikatakan telah bercakap dengan parti-parti pembangkang, tetapi apabila beliau nak bercakap dengan orang-orang Umno, beliau dihalang-halang pula.

Hari ini akhbar-akhbar tempatan melaporkan bahawa Presiden Umno Abdullah Badawi memaklumkan bahawa ahli-ahli MT dan menteri-menteri kabinet Umno akan diarahkan meresmikan mesyuarat-mesyuarat agung Umno bahagian-bahagian bermula 3 Ogos nanti.

Menurut Dollah lagi kesempatan itu nanti akan digunakan untuk memberikan penerangan kepada ahli-ahli Umno diperingkat akar umbi berkenaan isu-isu semasa.

Mengapa cuma ahli-ahli MT dan menteri-menteri Umno sahaja? Mengapa yang lain tidak boleh?

Tidakkah ini seolah bagaikan suatu usaha menghalang pihak tertentu dari bertemu dengan bahagian-bahagian Umno itu?

Malah akhbar THE STAR memetik Ketua Penerangan Umno Mat Taib sebagai berkata:

Any effort to weaken Umno or its leadership will be looked in that context. It was this way before, it is this way now and it will stay this way for the future. Everyone has his or her responsibilities.

AGENDADAILY pula memetik Mat Taib sebagai berkata:

Jika menyimpang dan hendak merosakan parti, merosakan kepimpinan maka kamu sendiri harus bertanggongjawab

Ini bagi saya isyarat keras terhadap Tun yang MT Umno sudah mula hilang sabar terhadap beliau.

Bererti memang pimpinan tertinggi Umno mahu menutup rapat peluang untuk Tun memberi penjelasan kepada ahli-ahli Umno darihal pendirian beliau selama ini. Walaupun satu ketika dahulu Tun lah segala-galanya, akan tetapi hari ini Tun lebih merupakan duri tunggal yang mahu dicabut, dibuang dan dilupakan sahaja.

Namun demikian ada juga bahagian Umno yang berani menongkah arus,



mungkinkah trend ini akan diikuti oleh yang lain, ama-samalah kita tunggu dan lihat.

No comments: