Thursday, July 06, 2006

Sengketa Tun Dr M vs Dollah berlanjutan

Semalam Sdr Matthias Chang, bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir semasa Tun adalah Perdana Menteri telah mengadakan satu sidang akhbar.

Sebagaimana biasa akhbar-akhbar saluran perdana tidak menyiarkan berita tersebut hari ini kecuali dalam ruang-ruang kecil yang tidak menarik perhatian orang-ramai.

Dua hari lepas Timbalan Pengerusi Kumpulan NST Datuk Kalimullah Hassan (yang sebelum ini merupakan rakan baik Matthias semasa beliau SETPOL PM dahulu) telah memfailkan notis tuntutan saman terhadap Matthias sebanyak RM50 juta kerana didakwa telah menghina beliau dalam satu sidang akhbar pada 13 Jun lalu.


Matthias Chang
gambar Malaysiakini

Kalimullah telah berjaya memperolehi writ dari Mahkamah untuk menyekat Chang atau wakilnya dari mengulangi kenyataan hasutan yang sama oleh Hakim Datuk Kang Hwee Gee di dalam kamarnya.

Di dalam sidang akhbar semalam Chang pula menyatakan bahawa beliau akan menjawab tuntutan Kalimullah itu di mahkamah melalui peguamnya dan malah akan membuat pula tuntutan balas sebanyak RM100 juta terhadap Kalimullah kerana mendakwa Kalimullah juga telah turut menghina beliau di dalam artikelnya di dalam NST.

Nampaknya bukan sekadar PM Dollah Badawi dan Tun Dr Mahathir sahaja yang berkonflik dan bersengketa, malah orang-orang kanan masing-masing pun telah mula saman menyaman.

Cuma yang menariknya di dalam sidang akhbar Matthias itu semalam adalah pertama, Matthias terus mencabar agar mana-mana pihak menjawab tuduhan beliau bahawa Khairy Jamaluddin pada hari ini bertindak seolah bagaikan Perdana Menteri DE FACTO (Chang turut mendakwa bagaimana Khairy, selaku menantu Dollah, boleh memperolehi RMN9.2 juta untuk membeli saham 3 peratus di dalam syarikat pelbauran ECM Libra Berhad, yang juga dimiliki oleh Kalimullah).

Dan keduanya beliau menyatakan pernah tak dalam sejarah Malaysia sebelum ini orang akhbar menyaman individu, lazimnya individu menyaman akhbar, ya tak ya juga?!!

Mari kita sama-sama tunggukan hari perbicaraan Kalimullah vs Matthias ini kelak.

No comments: