Tuesday, July 25, 2006

Sekarang kita betul-betul keliru

Semalam saya menulis tentang INSISTENCE Azalina Othman, Menteri Sukan, bahawa Pusat Sukan di UK akan diteruskan juga.

Saya mendedahkan bahawa INSISTENCE Aza ini bertentangan dengan kenyataan PM beberapa hari terdahulu bahawa projek ini terpaksa dibatalkan sebab pihak PBT di Brickendonbury, London tidak dapat memberikan kelulusan.

Saya juga merakamkan betapa kenyataan NST semalam membuktikan PM telah menerima maklumat palsu kerana menurut NST PBT di London itu tidak pernah pun menerima permohonan dari pihak kita.



Hari ini TPM Najib Tun Razak selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet berkenaan Sukan pula membantu Aza dengan menyatakan bahawa projek tersebut akan diteruskan walaupun jumlah perbelanjaannya belum diluluskan lagi dan tertakluk kepada perundingan pihaknya dengan Kementerian Kewangan nanti.

Kata Najib lagi kos pusat itu nanti adalah berpatutan dan realistik (apa sahajalah maksudnya).

Dan yang menariknya Najib dilaporkan oleh THE STAR sebagai berkata:

Najib reiterated the PMs statement last week that the government would wait for the decision of the British authorities before making a decision

Najib menegaskan bahawa kenyataan PM minggu lepas bahawa kerajaan akan menunggu keputusan pihak berkuasa British sebelum membuat keputusan

Mana satu yang betul ni

Batal atau tidak projek ini?

Seingat saya tidak ada akhbar yang melaporkan bahawa Dollah mengatakan kerajaan sedang menunggu keputusan pihak berkuasa British. Siapa pulak yang berbohong kali ini?

Dan kalau benar laporan NST semalam bahawa pihak PBT berkenaan tidak pernah menerima permohonan pihak kita, sampai bila pula kita mahu menunggu pihak British buat keputusan, permohonan pun tak buat?!

Saya kira ada banyak perkara-perkara yang mencurigakan yang melibatkan projek ini. PM diharapkan jangan berlepas tangan tetapi minta maklumat sebenar, jangan sampai orang menuduh PM sudah tidak berkuasa, yang berkuasa adalah Najib, Aza dan lain-lain.

No comments: