Friday, July 28, 2006

Tun Dr Mahahtir terus lancar serangan terhadap Dollah

Walaupun ketibaan beliau di Kota Bharu menjadi tegang apabila ada anasir tertentu yang telah menyembur sejenis bahan kimia ke arah beliau, namun bekas Perdana Menteri yang berusia 81 tahun itu tidak menjadikan kejadian itu sebagai penghalang terhadap program yang telah diaturkan untuk beliau.

Tepat jam 3 petang tadi beliau telah berada di Hotel Perdana untuk memenuhi undangan Jawatankuasa Protem Alumni Ahli Parlimen dan DUN Kelantan. Ramai tokoh khasnya veteran Umno yang hadir antaranya Tan Sri Abdullah Ahmad, Tan Sri Muhammad Yaakob dan Tan Sri Hussien Ahmad.


Dalam majlis lebih 2 jam itu Tun berkata:

Kalau mahu jadi Perdana Menteri mestilah Perdana Menteri yang menguruskan negara untuk kebaikan rakyat dan negara bukannya untuk menantu.

Jelas serangan beliau terhadap PM Dollah Badawi serta anak-menantu dan mereka yang dikeliling-kelalangnya tidak sedikit terbantut. Beliau tetap tajam dan sinis dalam kritikannya dan dengan berani mendedahkan nama dan kejadian yang beliau fikir perlu diperbetulkan oleh ahli-ahli Umno dan rakyat Malaysia.

Menurut beliau Dollah sesungguhnya menggunakan kedudakan beliau sebagai PM untuk mengkayakan kaum keluarganya. Tun mendedahkan:

(Berkuasanya Khairy Jamaluddin, menantu Dollah sehingga) Mana-mana Menteri Besar yang mahu melakukan sebarang projek perlulah bertanya dahulu pada Khairy samada boleh ataupun tidak.

Kali ini beliau mendedahkan secara terbuka aktiviti dan penglibatan Khairy yang beliau rasakan perlu diberi perhatian oleh semua.

Bagaimana soal Tun, menantu PM, Khairy boleh mampu menjadi jutawan dalam sekelip mata? Malah beliau sendiri isytihar telah berbelanja RM9 juta untuk menguasai syarikat ECM Libra. Tun berkata, Khairy perlu jelaskan dari mana beliau perolehi wang sebanyak itu?

Dan kata Tun lagi, dalam jangkamasa yang begitu singkat ECM yang dikuasai oleh Khairy dan Kalimullah berupaya pula menguasai sebuah syarikat milik kerajaan iaitu Avenue Assets yang nilainya sahaja jauh lebih tinggi dari nilai ECM Libra itu sendiri. Kelulusan penguasaan ini dibuat dalam jangkamasa yang paling singkat dalam rekod kerajaan, dan siapakah Menteri Kewangan yang meluluskan penguasaan ini jika tidak bapa mertua Khairy sendiri.

Tun turut menyentuh tentang anak lelaki Dollah iaitu Kamaluddin yang turut menikmati pelbagai kemewahan dan peluang termasuklah kontrak membina keretapi, mengangkut arang batu dan lai-lain.

Kata Tun 3K ini seolah bagikan pengkhianat negara iaitu: Kamal, Khairy dan Kalimullah.

Berhubung Kalimullah kata Tun Kali berjiwa SINGAPURA. Beliau ini ketika Tun Ghaffar Baba calonkan sebagai Setiausaha Akhbarnya dahulu, pihak polis telah membantah kerana kononnya mengesyaki bahawa beliau adalah agen Singapura. Namun Ghaffar ambil juga dan kini setelah menguasai NST Kali membawa masuk beberapa orang rakannya dari Singapura yang menguasai NST termasuklah Brendan Pereira.

Kata Tun pada tahun 1972 kerajaan telah mengarahkan Tengku Razaleigh agar mengambil-alih NST dari tangan pihak Mat Salleh bertujuan untuk meletakkan orang-orang Melayu agar menguasai akhbar terbesar berbahasa Inggeris ini. Tetapi kini yang menguasai NST adalah mereka yang cenderung kepada Singapura, dan penglibatan orang-orang Melayu dikurangkan.

Dalam hal JAMBATAN BENGKOK Tun mencabar Dollah agar menjawab soalannya: Ada atau tidak cadangan dari pihak kerajaan untuk PERTAMANYA menawarkan 1 juta meter padu pasir selama 20 tahun serta KEDUA penggunaan ruang udara Johor oleh tentera udara Singapura dalam perundingan pihaknya dengan Singapura? Tun mengatakan Dollah tidak berani menafikan perkara ini kerana ianya memang benar dan memag telah ada PROPOSAL yang dibuat.

Terbukti kehadiran Tun di Kota Bharu telah semakin menghangatkan konflik antara beliau denga Dollah dan kerajaan. Saya melihat arus kebangkitan dan kesedaran politik yang cuba dibawa oleh Tun ini akan disambut baik khasnya di kawasan-kawasan tradisi orang-orang Melayu iaitu di Kedah, Kelantan dan Terengganu termasuklah Johor.

Jika Tun terus mendapat peluang menjelajah seluruh pelusuk negara pasti sokongan dari orang-orang Melayu di kawasan Malay Belt ini akan memihak kepadanya dan Umno di bawah kepimpinan Dollah akan menempah padah dan bencana.

Menjawab satu soalan:

Will you risk being expelled by Umno

Tun mengatakan:

Walaupun saya sudah tua dan bersara (namun) sesiapa yang buat sesuatu yang merugikan agama, bagsa dan negara saya, saya akan tetap kecam dan lawan.

Kesimpulannya Kota Bharu telah membuktikan bahawa arus ketidakpuasan hati dikalangan ahli-ahli Umno dipelabagi peringkat ketara dan sedang senyap meresapi seluruh tubuh Umno yang sedang parah itu. Mereka ini boleh sahaja ditangani Dollah dengan diambil tindakan sebagaimana ancaman Ketua Penerangan Umno tempoh hari.

Jika berlakulah pemecatan seumpama ini atau apa sahaja tindakan terhadap Tun oleh Umno dan kerajaan maka gelombang kebangkitan rakyat akan bergelora pada tahap yang paling besar dalam sejarah politik tanahair. Ayuh sama-sama kita perhati dan tontoni.

No comments: