Sunday, July 02, 2006

KADIR: Pak Lah tolonglah!

Saya telah berkesempatan mendengar penjelasan Tun di Taman Melawati tempoh hari. Saya juga sudah mengikuti penjelasan bekas Setiausaha Politik Tun, Matthias Chang (yang disiarkan oleh WEBTV 8 di http://wtv8.tv) dan hari ini saya sempat pula membaca tulisan Datuk Kadir Jasin dalam ruangannya di majalah Malaysian Business.



Berdasarkan pendedahan-pendedahan ini saya merasakan PM Dollah Badawi dan kerajaannya bertanggungjawab bukan hanya kepada Tun, malah lebih-lebih lagi kepada rakyat Malaysia amnya untuk memberikan jawapan yang telus dan benar.

Ini bukan isu remeh dan samping-sampingan. Ianya merupakan isu yang serius dan bakal menghakis kredibiliti Dollah dan kerajaannya kiranya tiada respon ataupun jawapan yang meyakinkan diberikan.

Saya sungguh tertarik dengan tulisan Kadir itu yang bertajuk:

Sense and sensibility

Sebagai orang lama dalam industri media, jelas Kadir telah terdedah dengan karenah dan luar-dalam rumahtangga Umno dan ini diakui sendiri oleh beliau

Dalam artikelnya itu Kadir telah menghuraikan peribadi Dollah yang beliau kenali.Katanya Dollah memang seorang ahli politik yang matang dan lama bertahan. Dollah adalah jenis pemimpin yang memiliki gaya NICE MAN ataupun orang baik. Dan ternyata gaya ataupun penampilan itu menurut Kadir telah banyak membantu dan menyelamatkan Dollah.

Malah kata Kadir setelah disingkirkan oleh Tun kerana menyokong Team B (untuk menentang Tun) dahulu Dollah merayu ahli-ahli Umno yang berjumpa dengannya dengan mengatakan:

Tolonglah Pak Lah

Tapi masalahnya kata Kadir apabila Dollah merangkak naik ke jawatan PM Dollah terus menampilkan gaya ini sedangkan beliau sudah duduk di kerusi nombor satu Negara.

Kata Kadir lagi sepatutnya di tahap ini Dollah perlu menonjolkan kualiti-kualiti kepimpinan yang teguh antarnya sikap cekal, berkesan, proaktif dan yangpaling penting lagi meyakinkan. Malangnya beliau tidak membawa kualiti-kualiti ini dan kerana itu kata Kadir sudah tibalah masanya untuk rakyat meberitahu Dollah bahawa:

Pak Lah tolonglah!

Tolonglah kerana anak saya graduan yang menganggur, tolonglah jangan naikkan lagi harga barangan sesuka hati, tolonglah menepati seruannya untuk membenteras rasuah dan salah guna kuasa, tolonglah pertahankan kepentingan dan kedaulatan Negara, dan tolonglah seribu satu lagi!

Kata Kadir, Dollah telah tiga tahun menjadi PM dan beliau tidak boleh lagi berselindung disebalik wajah MR NICE nya ataupun meryau rakyat agar jangan mempertikaikan keikhlasannya. Sepatutnya Dollah perlu tegas dan lebih utama lagi jelas dalam sikap dan tindak-tanduknya.

Dan lebih serius lagi kata Kadir imej Dollah sekarang ini semakin bermasalah kerana beliau mengizinkan penyerapan pengaruh kaum keluarganya di dalam perniagaan dan politik.

Sebagaimana Tun dan Matthias saya percaya Kadir memikul risiko yang besar kerana menulis artikel ini dan artikel-artikel lain yang berkaitan. Kita sepatutnya bertanya, mengapa mereka ini bersikap sedemikian rupa?

Tun sebagaimana yang dinyatakan oleh Kadir sendiri bukanlah menegur untuk merampas kembali kuasa, Tun sendiri mengakui bahawa beliau pun sudah sampai ke penghujung usianya. Begitu juga Matthias yang kini seorang penulis dan peguam yang berjaya (tetapi sanggup dipenjarakan kerana mempertahankan apa yang beliau nyatakan). Dan demikian juga Kadir sendiri yang sudah cukup berjaya dan berpuas hati

Lalu apa yang meraka mahukan?

Kadir menulis:

Kerajaan Dollah mungkin tidak berada diambang keruntuhan, tetapi bagaimana ia menjawab kritikan Tun dan ketidakpuasan hati rakyat yang semakin memuncak, akan menetukan nasib dan masa depannya teruatama dalam pilihanraya umum yang akan datang.

No comments: