Saturday, March 31, 2007

Gandingan Mahahtir dan Ku Li gelabahkan Dollah

Kata Tun Dr Mahathir sekiranya Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, menyaksikan apa yang sedang berlaku dalam negara kita hari ini TUN WILL TURN IN HIS GRAVE ataupun tidak akan senang hidupnya di Alam Kubur.

Dr Mahathir menyatakan ini ketika berucap dalam majlis bersejarah yang telah menemukan beliau dengan bekas seteru politiknya YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah sempena majlis Ceramah Agung Tahunan anjuran Persekutuan Badan Pendidikan dan Pembangunan Melayu di Universiti Malaya semalam.





Tetamu utama dalam majlis tersebut adalah Ku Li yang telah menyampaikan ceramah atas tajuk:

Pemikiran dan visi Tun Abdul Razak dalam pembinaan negara bangsa Malaysia merentas sempadan etnik

Dalam teks ucapan beliau setebal 26 mukasurat itu Ku Li telah mengaris dan menghuraikan pemikiran dan visi Allahyarham Tun Razak khususnya berkenaan sistem pendidikan dan pembangunan ekonomi dan sejauh manakah tahap kelangsungannya sehingga ke hari ini.

Rata-rata dari pengamatan Ku Li banyak amalan dan dasar pada hari jauh menyimpang dari apa yang telah diperkenalkan oleh Allahyarham Tun. Sesungguhnya Ku Li memang layak berucap atas tajuk ini kerana beliau merupakan anak didik Allahyarham Tun yang bertanggungjawab secara lansgung memikir dan melaksanakan program-progrma besar dizamana Allahyarham Tun termasuklah DEB.

Sejurus selesai ucapan panjang lebar beliau, majlis yang dipengerusikan oleh bekas tokoh pendidik Tan Sri Arshad Ayub telah mempersilakan Tun Dr Mahathir untuk naik ke pentas bagi memberikan pandangan dan ulasannya. Pelawaan ini ternyata tidak disangka oleh Tun kerana beliau hadir sebagai tetamu bagi memenuhi undangan penganjur semata-mata. Walaubagaimanpun Tun secara GENTELMAN telah menerima pelawaan Tan Sri Arshad itu dan ini dilihat sebagai satu bab baru dalam hubungan antara dua tokoh besar politik Melayu ini.

Dan memang sebagimana layaknya Ku Li, Dr Mahathir juga memperakui kelayakannya dalam mengulas tajuk ini kerana atas inisiatif Allahyarham Tun lah maka beliau telah kembali ke arus perdana Umno setelah dipecat oleh Almarhum Tunku. Dan Dr Mahathir telah dilantik oleh Allahyarham Tun untuk memegang portfolio Pelajar dalam kabinetnya dahulu bagi merealisasikan impian untuk membangunkan Dasar Pelajaran yang akan memberi manfaat dan melonjakkan anak bangsa ketahap yang lebi maju.

Dalam kesempatan ucapan beliau Dr Mahathir mengakui bahawa beliau dan Ku Li banyak berbeza pendapat sehingga mencetuskan perpisahan politik antara kedua mereka namun kata beliau demi memperjuangkan nasib bangsa yang sama, tidak sesiapa pun walau yang bermusuh harus diketepikan.

Sehubungan dengan ucapan Ku Li itu, Dr Mahathir melahirkan kebimbangannya terhadap apa yang sedang berlaku hari ini khususnya di Wilayah Pembangunan Iskandar WPI di Johor yang menurut beliau merupakan isyarat awal bahawa apa yang diimpikan oleh Allahyarham Tun Razak akan berakhir.

Menurut Dr Mahathir Allahyarham Tun dahulu menekankan pembekalan ilmu pengetahuan supaya negara dapat membangun berdasarkan citarasa sendiri. Tetapi pada hari ini kerana ghairah mengejar pembangunan kita sanggup menggadaikan negara sebagaimana yang akan dans edang berlaku di WPI.

Saya melihat Ku Li dan Tun sudah mula bersuara dengan nada yang sama, sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Semoga demi memperjuangkan nasib bangsa dan masadepan negara mereka dapat terus berani bersuara bagi menghadapi bahana malapetaka yang diundang oleh Dollah Badawi hasil dari dasar haru-birunya bermula dengan di WPI ini.

Friday, March 30, 2007

Ku Li dan Dr Mahathir berucap sepentas
Bergoyangkah Takhta di Putrajaya?

Sejarah politik Melayu tercipta siang tadi apabila dua seteru politik yakni bekas Menteri Kewangan, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, hadir dalam satu majlis yang sama iaitu program Ceramah Agung Tahunan anjuran Persekutuan Badan Pendidikan dan Pembangunan Melayu di Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Dalam majlis tersebut Tengku Razaleigh telah menyampaikan ceramah bertajuk:

Pemikiran dan visi Tun Abdul Razak dalam pembinaan negara bangsa Malaysia merentas sempadan etnik

Selepas menyampaikan ceramah panjang lebarnya, Pengerusi Majlis Tan Sri Arshad Ayub, telah mempersilakan Tun yang hadir sebagai jemputan untuk memberikan ulasan.

Sebelum ini Ku Li dan Tun telah bertembung dalam beberapa siri pertarungan politik yang telah mewarnai persada politik tanahair, tetapi kini sebagaimana diakui oleh Tun demi kepentingan bangsa dan negara mereka sanggup duduk sepentas untuk membincangkan topik kepentingan bangsa ini.

Saya melihat perkembangan ini sungguh penting dan bermakna dalam waktu negara sedang dirundung jerebu ketidaktentuan politik di bawah kepimpinan Abdullah Badawi tyang sangat m,encemas dan membimbangkan.

Insyallah saya akan mengulas dengan lebih detail lagi pertemuan bersejarah ini setelah selesai menelaah teks ucapan Ku Li.
Apa beza PAS dengan Umno?
(Tulisan saya dalam keluaran Siasah terbaru Bil 0041)



Apakah yang membezakan antara seorang pemimpin PAS dan Umno? Soalan ini sudah pasti merupakan suatu soalan yang kontroversial yang pasti juga mengundang pelbagai reaksi yang kontroversial dari pihak-pihak yang berbagai.

Bagi seseorang yang melihat bahwa PAS dan Umno tidak lebih dari sebuah parti politik yang bermatlamat untuk mendapat dan memperolehi kuasa semata-mata maka sudah pastilah baginya tidak terdapat banyak perbezaan dari keduanya. Barangkali tidak juga terdapat perbezaan antara kedua parti itu dengan DAP, Keadilan, Gerakan, MCA dan MIC serta malah Parti Kominis Malaya sekalipun yang sudah pupus itu, jika kuasa semata-mata yang dikejar dan diperjuangkan.

Manakala bagi seseorang yang melihat dari dasar perjuangan parti masing-masing, akan memperakui bahawa yang membezakan PAS dan Umno hanyalah dari sudut dasar pejuangan. PAS memperjuangkan Islam manakala Umno lebih mirip kepada perjuangan kebangsaan Melayu dan rumpun Melayu.

Lalu pemimpin mereka, sedar atau tidak, adalah pemimpin yang menjiwai perjuangan ini iaitu antara agenda Islam dan agenda kebangsaan Melayu semata-mata.

Seorang aktivis masyarakat dan bekas pemimpin pelajar di tahun 70an lalu, Hishamuddin Rais, dalam sebuah majlis forum anjuran badan belia Youth for Change (Y4C) di Kuala Lumpur baru-baru ini lebih biadap lagi apabila menganggap bahawa Pas dan Umno itu pada hakikatnya sama sejenis iaitu umpama Rotweiller dan Bulldog, kedua-duanya haiwan jenis anjing belaka. Hishamuddin walaubagaimanapun perlu dimaafkan kerana beliau sejak dahulu lagi menggunakan kacamata jenama asing yang tidak ditanggal-tanggalkannya sehingga hari ini sedangkan jenama itu sudah tiada lagi dipasaran.

Jadi apakah sebenarnya jika ada perbezaan antara pemimpin PAS dan Umno itu?

Menurut bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Dato Paduka Ibrahim Ali, dalam wawancara eksklusifnya bersama WTV8, sesungguhnya dalam Pas pun bukan semua pemimpin dan ahli-ahlinya baik-baik belaka, tetapi terdapat satu unsur ketara yang membezakan antara ia dengan Umno. Menurut Ibrahim Pas lantaran perjuangan Islamnya berjaya membentuk tarbiyyah atau pendidikan yang bersemi dan bersarang di dalam jiwa pemimpin dan ahlinya.

Hasil dari pentarbiyahan ini tambah Ibrahim, pemimpin dan ahli PAS berjaya memiliki kekuatan dalaman yang akan menghindarkan mereka apabila terbuka peluang untuk melakukan maksiat dan kemungkaran. Umno menurut Ibrahim tidak ada unsur ini, lalu mereka cenderung untuk melakukan maksiat dan kemungkaran apabila sahaja terdapat peluang yang terbuka. Lantas inilah perbezaan paling ketara antara keduanya ujar beliau lagi.

Sesungguhnya kemampuan menilai perbezaan diantara kedua parti terbesar dalam negara ini penting khususnya bagi rakyat khasnya orang Mealyu, apabila timbul keperluan untuk membuat keputusan. Parti yang berjaya melahir atau mendidik pemimpin dan ahli yang memilki kekuatan dalaman sudah pasti lebih wajar diberikan amanah berbanding parti yang ahli dan pemimpinnya longgar terutamanya dari segi akhlak dan nilai kepimpinanan.

Kita perlu akui bahawa selama ini perkara asas ini tidak kita ambil kira dalam kita membuat keputusan sepanjang 11 kali negara mengadakan pilihanraya umum. Lalu muncullah di depan mata kita apa yang Sasterawan Negara Dato A Samad Said cap sebagai Wira Haloba di dalam sajak terbarunya dengan tajuk yang sama.

berdecup mercup Wira Haloba, menyonglap lahap dirham negara

Pedih mata dan ranap hati kita dibuatkan hasil kesilapan kita itu namun begitulah kita biarkan juga seterusnya tanpa serik dan mahu mengambil iktibar.

Saya mendapat tahu seorang pemimpin PAS pernah berkata bahawa yang membezakan antara pemimpin PAS dan Umno hanyalah tiga perkara. Iaitu pemimpin PAS tadi tidak akan minum arak, berjudi atau merompak, selebihnya sama sahaja antara PAS dan Umno. Ternyata pemimpin PAS itu yang kebetulan seangkatan dengan Hishamuddin Rais turut sempit dan kalut pemikirannya, mudah meminjam benih-benih asing untuk dijadikkannya modal sebagaimana Hishamuddin jua.

Jelasnya pemimpin PAS yang lahir dari pentarbiyahan dalaman bukan hanya akan terpelihara dari tiga kelompok kemungkaran peribadi tadi, malah ia akan turut terpelihara dari apa sahaja peluang kemungkaran dan penyelewengan yang akan merosakkkan dirinya, jemaah dan mencemarkan nama baik Islam. Apa sahaja yang beliau lakukan adalah untuk manfaat dan kebaikan jamaah dan Islam, tidak sebaliknya.

Suka ataupun tidak Pas telah berjaya membuktikan ia konsisten dalam hal ini sejak diberi peluang memerintah Kelantan dan Terengganu seawal Pilihanraya Umum pertama 1959 lagi. Dan sekali lagi di Terenganu pada pilihanraya 1999 sehingga 2004 dan terus menerus di Kelantan sejak 1990.

Prestasi kepimpinan ini sesungguhnya bagaikan buku terbuka untuk diukur dan dinilai oleh sesiapa pun apalagi untuk dibandingkan dengan rekod Umno yang memerintah Persekutuan Malaysia dan sebilangan besar negeri-negeri lain sejak Merdeka lagi!

Ternyata perbezaan yang bernilai inilah yang diperlukan oleh rakyat untuk memimpin dan mentadbir negara dan negeri-negeri demi menebus maruah rakyat dan tanahair yang teruk tercalar di bawah kepimpinan Umno yang menerajui BN sekian lama itu.

Rakyat sudah hampir separuh abad mengenali PAS dan Umno, sepatutnya pengetahuan ini dijadikan barometer untuk melonjakkan pemimpin bagi mengepalai kita untuk meniti tahun-tahun berikutnya dengan penuh pertanggungjawaban, ketelusan dan amanah. Nasib dan masadepan bangsa dan agama terletak di bahu para pemimpin yang kita pilih. Ianya suatu kerja yang serius dan membawa impak yang besar kepada kehidupan kita semua.

Oleh itu bijak-bijaklah membezakan supaya kita juga nanti serik dan bijak dalam membuat keputusan apabila tiba masanya nanti.
Tazkirah dari Pakar Tutup sebelah Mata

Ketika muncul isu ahli Parlimen Jasin yang dikatakan telah cuba mempengaruhi pihak Penguatkuasa Kastam agar TUTUP SEBELAH MATA dalam kes yang melibatkan penyeludupan balak di kawasannya (dan beliau kebetulan terlibat dalam industri agensi penghantaran atau Freight Forwarding), ramai mengatakan ahli Parlimen ini tidak berakhlak, menyalah-gunakan kedudukannya dan menganggu urusan rasmi kerajaan.

Di Dewan Rakyat beliau sebaris dengan beberapa kerat BADOT dari BN yang memang hadir untuk beraksi mencuri publisiti samada dengan lawak, maki hamun dan perangai samseng mengalahkan peserta, juara dan otai di Raja Lawak ASTRO!

Dan sekali lagi Rabu lepas di Dewan Rakyat beliau mempamirkan kehandalan aksi BADOT nya dalam isu apa yang dikatakan Penggondolan Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan. Berikut saya ambil petikan HANSARD Dewan Rakyat:

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Terima kasih, sahabat saya Yang
Berhormat bagi Lipis.


Jadi, jelas kalau kita tengok berita pada hari ini di The Star, yang untung Kerajaan Negeri Kelantan, yang dapat bala rakyat negeri Kelantan, termasuk Lipis. Yang hendak membetulkan balik Kerajaan Persekutuan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar hendak kena betulkan balik. Saya pun hairan peraturan sudah ada, 1,500 kaki balak atas bukit diambil begitu sahaja. Dan, saya tengok pula pelan-pelan yang ada ini hendak buat tanaman sayur-sayuran paku pakis. [Ketawa] Paku pakis 400 hektar, 500 hektar Allah! Masalah. Masya-Allah, ya syeikh.

Ini fulus punya fasal, ini semua fulus punya pasal. Saya ini apabila bab balak ini kalau
saya tidak campur ini pun, saya pun lama main dengan balak, Tuan Yang di-Pertua, tetapi tidak pernah tengok cara macam inilah pembalakan yang berlaku di Kelantan ini.

Tidak apa Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Lipis setuju. Yang dapat bala sekarang rakyat Lipis, yang dapat bala sekarang rakyat negeri Kelantan, air sungai Kelantan. Punca air minum, mandi, pakai apa semua sudah merah. Kerajaan PAS rogol bukit Lojing ini, rakyat dapat bala, Tuan Yang di-Pertua. Hendak bagi ingat nama itu. Ya, Allah, apa hendak jadi, wallahualam. Ingatlah sikit.

Jelas Mohd Said ini pantang dapat berpeluang bercakap, soal samada hujahnya itu berasas atau kosong bagaikan tong dram buruk, tidak penting. Beliau menganggap semua kerajaan negeri bagaikan kerajaan negeri BN juga, fulus adalah segala-galanya.

Memang beliau pakar dan lama main balak, sehinggakan usaha menyeludup balak pun mendapat perlindungannya, itu barulah fulus punya pasal.

Mohd Said menuduh kerajaan PAS MEROGOL Lojing lalu membawa bala kepada rakyat! Ayatnya sungguh kasar dan jika tidak berasas (sebagaimana dibuktikan oleh kenyataan negeri baru-baru ini) bermakna beliau telah menghina, mengaib dan mencerca rakyat Kelantan yang telah menaikan kerajaan negeri PAS itu. Tetapi siapalah Mohd Said dan BADOT-BADOT yang seangkatan dengannya untuk memperdulikan semua ini.

Meminjam kebali ayat-ayatanya:

Ya, Allah, apa hendak jadi, wallahualam. Ingatlah sikit.
Apabila SPIN DOCTOR penat

Saya belek beberapa kali akhbar The Star hari ini untuk membuat kepastian. Setelah beberapa hari ia mensensasikan isu apa yang dikatakan penggodondolan Tanah Tinggi Lojing di Gua Musang, Kelantan, hari ini akhbar The Star seolah membisu seribu bahasa berkenaan isu yang ia merupakan SPIN DOCTOR nya.

Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri agar menulis surat kepada akhbar berkenaan agar memperbetulkan faktanya yang salah dalam kes ini atau memohona maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri.

Hairan, isu yang mendapat paparan muka depan beberapa hari lalu, hari ini sudah bukan isu lagi.

Dalam akhbar The Sun hari ini anggota EXCO Kelantan Dato Husam Musa menegaskan bahawa kerajaan negeri PAS menyahut cabaran Setiausaha Parlimen Kementerian Alam Sekitar unbtuk meninjau dari udara apa yang dikatak pemerkosaan ke atas Tanah Tinggi Lojing itu.

Kata Husam kerajaan negeri bersedia membawa seluruh anggota EXCO nya dalam tinjauan yang dijanjikan itu.

Kalau Tanah Tinggi Lojing telah diperkosa, siapakah pemerkosanya? Mana pergi hulubalang yang sepatutnya mengawal si dara bernama Tanah Tinggi Lojing itu? Untuk mendapatkan gambaran jelas sila tonton Laporan Khas WTV8 di http://wtv8.tv bersama YB Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ustaz Dato Abd Halim Abd Rahman yang juga bekas Timbalan MB Kelantan.


PETIKAN DARI HANSARD PARLIMEN:

Dato Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: [Bangun]

Dato Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [Lipis]: Jadi saya bagi Yang Berhormat
bagi Pengkalan Chepalah.

Dato Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Saya mendengar perbahasan daripada tadi lagi daripada Yang Berhormat bagi
Dungun. Saya tidak hendak marah tetapi saya rasa hendak tahu sebabnya tidak berapa
fahamnya Ahli-ahli Dewan Rakyat ini tentang kedudukan jabatan-jabatan kerajaan.
Jabatan Alam Sekitar ini tidak ada di negeri. Ia semua Jabatan Persekutuan. Sekiranya lebih daripada 1,000 meter atau 3,000 kaki, itu langsung di bawah kuat kuasa Kerajaan Persekutuan.
[Disampuk]
Kelulusan tidak boleh, kerajaan negeri tidak ada kuasa hendak bagi.
Tetapi kalau keluasan di bawah 1,000 meter ini yang sesuatu kawasan itu tidak lebih
daripada 500 ekar, ketua ataupun pengurus Jabatan Alam Sekitar yang ada negeri yang
Pegawai Persekutuan boleh menimbangkan untuk lulus.
Semuanya adalah di bawah tanggungjawab kerajaan, Jabatan Persekutuan. Kerajaan negeri hendak buat apa?

Misalnya Perhutanan Negeri, ia concurrent department. Pengarah ini adalah
kakitangan Kerajaan Persekutuan. JPS, Kerajaan Persekutuan. Pengarah ini kakitangan
Kerajaan Persekutuan.
Apa sahaja, yang itu dia tidak boleh.

Dato Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [Lipis]: Okey, terima kasih.

Dato Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Dia ada kuasa ada say,
Ada

Dato Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [Lipis]: Pasal masa saya sudah hendak
habis. Saya hendak gulung.

Dato Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Saya hendak tanya,
hendak membetulkan supaya beri

Datuk Mohamed Razali bin Che Mamat [Kuala Krai]: [Bangun]

Dato Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Makna kata bila kita
berucap biar betul-betul kita tahu. Jangan nampak sangat kecetekan kita dalam proses
pemuliharaan negara.

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Aku tidak tahulah, syeikh.

Thursday, March 29, 2007

Jangan bakar api ketegangan kaum dan agama

Pada 13 Mac lepas Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan R. Subashini seorang Hindu dengan memutuskan bahawa Mahkamah Sivil tidak boleh menghalang suaminya Muhammad Shafi Saravanan yang telah memeluk agama Islam daripada pergi ke Mahkamah Syariah untuk membubarkan perkahwinannya dan mendapatkan hak penjagaan ke atas anak-anak mereka.

Semasa menolak rayuan Subashini, mahkamah juga memutuskan bahawa walaupun Subashini bukan seorang isteri beragama Islam, beliau boleh pergi ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan hak penjagaan anaknya yang diperoleh suaminya.Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar dan Hakim Hasan Lah menolak rayuan itu manakala Hakim Gopal Sri Ram memberikan penghakiman bertentangan.

Itu keputusan Mahkamah rayuan, dan menurut amalan kita sebarang kritikan atau cabaran ke atas peghakiman tersebut dikira satu penghinaan ke atas mahkamah (an act of contempt). Walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengannya namun sebagai seorang warganegara yang berpegang teguh kepada amalan Rukunegara kita sewajarnya menghormati keputusan itu.





Sejak kebelakangan ini kita perhatikan dalam kes ini banyak pihak, individu, kumpulan termasuklah seorang Menteri Pusat secara terang-terangan menyatakan bantahan terhadap keputusan ini. Dalam akhbar THE SUN di mukadepannya Menteri di JPM Datuk Bernard Dompok dilaporkan berkata:

It unreasonable. Non Muslims should not submit to Syariah Court.
Ianya tidak patut. Seorang bukan Islam tidak harus tunduk kepada Mahkamah Syariah.

Yang memeranjatkan Dompok bukan sekadar menyatakan bantahnnya itu secara terbuka malah turut mengungkit kembali isu 10 orang Menteri Pusat yang pernah menyerahkan memorandum kepada Perdana Mneteri satu ketika dahulu memohon semakan semula ke atas peruntukkan perlembagaan berhubung hak bukan Islam ekoran kes kontroversial Allahyarham Sarjan Moorthy.

Kita difahamkan semua menteri berkenaan akhirnya telah menarik balik memorandum mereka itu atas nasihat PM (kerana tidak pernah dalam sejarah malaysia Merdeka menteri-menteri bukan Islam bertindak secara kolektif begitu). Rupa-rupanya Dompok dengan tegas menyatakan bahawa beliau terkecuali.

Akhbar berkenaan dengan jelas melaporkan:

Except for Dompok the others later withdrew the memorandum
Melainkan Dompok yang lainnya (menteri-menteri berkenaan) telah menarik balik memorandum tersebut.

Kata Dompok:

As a matter of principle I stand by it
Dari segi prinsipnya saya berdiri teguh padanya

Saya kira sikap mencabar dan menghina mahkamah seumpama ini perlu dihentikan serta-merta. Ia nanti akan hanya mencetuskan pergeseran sesama rakyat Malaysia dan akan mengundang ketegangan yang hanya akan merugikan semua pihak. Contohnya apa maksud Presiden Majlis Perundingan Buddhism, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao iaitu Datuk Chee Peck Kiat apabila beliau mencela salah seorang hakim Mahkamah berkenaan iaitu Datuk Suriyadi Halim Omar kerana telah memetik ayat-ayat al Quran dalam menyampaikan hujah kehakimannya.

Kalau beliau mengambil masa mengkaji penghakiman hakim-hakim di negara ini sejak zaman penjajahan lagi beliau akan dapati bukan hanya al Quran malah ayat-ayat dari Bible pun pernah dipetik oleh hakim, mengapa dalam hal ini beliau mensasarkan ketidakpuasan hatinya terhadap al Quran?

Dan lebih-lebih lagi sikap Dompok jelas menunjukkan yang beliau tidak tunduk pada nasihat Perdana Menteri untuk menarik balik memorandum itu, malah dengan bangga membangkitkan kembali isu ini dan secara terang-terangan mencabar keputusan mahkamah.

Apabila kita mendiamkan diri, maka akan lebih ramailah pihak yang akan bersuara dan akhirnya mencetuskan suasana tegang seolah negara ini berada dalam anarki.

Saya merayu semua pihak agar menghormati keputusan mahkamah kerana itulah yang kita dididik kepada semua warganegara kita. Mengkritik secara terbuka seumpama ini akan hanya mengundang ketidakpuasan hati pihak lain dan akhirnya yang rugi adalah kita semua. Dompok dan kuncu-kuncunya boleh memilih untuk tidak bersetuju tetapi beliau perlulah menggembeling kuasa politik bagi membuat perubahan dan meminda apa sahaja peruntukkan yang ada yang telah digunakan untuk menurunkan penghakiman ini.

Dompok, Datuk Chee, WAO (Womens Aid Organaisation), beberapa kumpulan Gereja yang tertentu bolehlah bergabung tenaga membentuk kekuatan politik untuk mendapat mandat rakyat, itulah saluran yang terhormat, jika tidak, lebih baik terima sahaja keputusan ini dan jangan menjadi dalang membakar api ketegangan antara kaum dan agama.
SPR: Lihat kami telah telus

Pengerusi SPR dengan bangganya mengumumkan yang mulai Pilihanraya Umum ke 12 nanti pihak SPR akan memperkenalkan tong-tong undi baru, kali ini yang lut cahaya atau SEE THROUGH. Juga alat penindik kertas undi baru yang lebih kecil dan ringan akan juga diperkenalkan.

Kata Tan Sri Abdul Rashid:

Langkah memperkenalkan peti undi ini bukan disebabkan banyak urusan SPR orang tak percaya atau sebagainya, tetapi kerana SPR yang sememangnya mengamalkan ketelusan, mahu kelihatan lebih telus dan mahu ketelusan dijamin sepenuhnya

Memang langkah baru ini dialu-alukan. Peti undi sebegini rupa bukan hanya digunakan secara meluas di negara-negara maju malah negara-negara sedang membangun juga telah menggunakan. Soalnya adakah dengan memperkenalkan tong undi yang telus ini maka SPR otomatik menjadi telus?

Semalam sebuah badan bebas BERSIH atau Gabungan Ke Arah Pilihanraya yang Telus dan Bersih telah mengadakan sidang akhbar. Antara yang dibangkitkan oleh pihak BERSIH adalah beberapa bukti betapa SPR sesungguhnya masih lemah dan tidak telus dalam menjalankan tugasnya.

Contohnya dijelaskan bahawa dalam Pilihanraya Umum ke 11 yang lalu di Parlimen Kuala Terengganu terdapat lebih 10,000 kertas undi yang dikeluarkan telah tidak dikembalikan, di Parlimen Lumut lebih 5,000 undi. Selain itu turut didedahkan bahawa di satu alamat di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan terdapat 70 orang pengundi dari berbilang kaum didaftarkan di sebuah rumah pengundi Cina yang tidak mengenali langsung mereka itu.

Pihak BERSIH juga sebelum ini menuntut agar kaedah celupan dakwat pada jari pengundi diperkenalkan bagi mengelakkan pengundian berulang yang pernah dikesan berlaku beberapa kali sebelum ini. Contoh yang paling klasik yang tidak dapat dijawab oleh pihak SPR sehingga ke hari ini adalah bagaimana Allahyarham bapa Sdr Azmin Ali (PKR) telah didapati mengundi dalam pilihanraya lepas sedangkan beliau telah pun meninggal dunia!

Begitu juga daftar undi yang masih diragui oleh banyak pihak sehingga ke hari ini. Dan akhirnya pengundian cara pos, yang dirasakan sudah tidak sesuai lagi dijalankan diwaktu aman ini, kerana pihak lawan tiada akses untuk bertemu dengan para pengundi pos ini.

Segala permasalah besar ini tidak ditangani oleh SPR dan Rashid, sebaliknya yang diperkenalkan adalah tong dan penindik baru?! Lalu SPR dan Rashid mendakwa yang mereka telah telus dan sememangnya telus.
Kamunting itulah Guantanamo Malaysia

Bekas pemimpin Parti Melayu Semangat 46 yang kini Setiausaha Parlimen Kementerian Luar, Ahmad Shabery Cheek marah apabila ahli-ahli Parlimen pembangkang menyamakan Pusat Tahanan ISA di negara ini dengan Pusat Tahanan di Teluk Guantanamo yang dimiliki Amerik Syarikat.

Jangan samakan katanya kerana ia nanti boleh meroskakkan imej negara.

Kata beliau lagi majalah Newsweek pernah melaporkan bagaimana al Quran pernah dipijak oleh warden-warden di sana serta para tahanan yang menderita pernah cuba membunuh diri kerana tekanan yang terlalu perit.


Dan Shabery menambah dalam kes Guantanamo kita biasa mendengar desakan badan hak asasi manusia termasuk PBB agar pusat tahanan itu ditutup. Tidak pernah pula kata beliau lagi ada desakan serupa untuk Pusat Tahanan ISA ditutup.

Saya berasa sungguh keciwa dengan kenyataan Shabery, seorang bekas pensyarah universiti, kerana jelas menggelapkan fakta malah berani saya katakan berbohong di Dewan Rakyat.

ISA itu sendiri diakui oleh seluruh warga Malaysia (kecuali pimpinan Umno dan BN) sebagai undang-undang zalim kerana memberi kuasa kepada kerajaan menahan sesiapa sahaja yang difikirkan mengancam keselmatan negara tanpa perlu di bawa ke mahkamah. Seseorang yang ditahan di bawah akta puaka ini dinafikan segala haknya sebagai warganegara Malaysia, malah hak yang diberikan kepada para banduan yang telah didapati bersalah oleh mahkamah pun tidak diberikan kepada para tahanan ISA.

Dunia tidak tahu? Dunia pun mengkritik dan mencela undang-undang ini, Amnesty International contohnya bersama badan hak asasi dunia yang lain dari dulu lagi mendesak agar undang-undang ini dihapuskan.

Mungkin Setiausaha Parlimen ini tidak cukup input, walaupun duduk di Kementerian Luar. Saya tidak hairan kalau bahan bacaan dan rujukan beliau sekadar RTM dan Utusan Malaysia, berlainan dengan beliau semasa di universiti dahulu.

Mengapa kita perlu berselindung disebalik kepalsuan sedangkan hakikatnya memang kita memiliki Guantanamo juga di Malaysia ini? Kalau beliau terlalu prihatin akan imej negara sepatutnya beliau ke hadapan menasihatkan kerajaan agar memansuhkan akta lapuk ini.

Banyak bahan bacaan tempatan yang menceritakan darihal kezaliman ISA yang saya yakin Shabery sengaja pendamkan atau pura-pura bikin tidak tahu. Antara tahanan terawal dari undang-undang warisan penjajah ini adalah Ahmad Boestamam yang telah menulis buku Tujuh Tahun Malam Memanjang (1976), seorang ahli Parlimen yang masih kekal dikerusinya sehingga hari ini Dr Tan Seng Giaw pernah menulis The First 60 Days – 27 October 87 ISA Arrests (1989), selain itu Two Faces – Detention Without Trial oleh Prof Dr Syed Husin Ali (1996) dan From Prince to Prisoner oleh Raja Petra (2001) dan puluhan lagi buku-buku yang mencatatkan pengalaman bekas-bekas tahanan ISA.

Dari khazanah tulisan-tulisan ini termasuklah catatan peribadi Almarhum Dr Burhanuddin al Helmy yang dibukukan oleh PAS Gombak (2006), tidak ada sesiapa yang mengalami peritnya atau pernah membaca akan meragui bahawa Kamunting (dan kem-kem tahanan sebelum ini) saling tak tumpah bagaikan Guantanamo juga.

Tetapi kata Shabery tidak pernah pula kita mendengar al Quran dipijak-pijak di Kamunting? Al Quran tidak dipijak di Kamunting kerana yang menahan di Kamutning itu rata-rata Muslim belaka (sungguh jahil hujah Setiausaha Parlimen ini), tetapi kepala dan maruah para tahanan dengan mudah mereka pijak dan hina.

Oleh itu tak perlulah Shabery mahu berpura-pura, hakikatnya Malaysia boleh berbangga kerana sekurang-kurangnya kalau Amerika Syarikat ada Guantanamo, kita pula ada Kamunting, sempena Tahun Melawat Malaysia, bolehlah Kamunting dijadikan destinasi pelancongan, disinilah segala hak asasi, maruah dan harga diri rakyat Malaysia dikorbankan demi kononnya memelihara keselamatan dalam negeri!
Dari HANSARD Parlimen:
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan
tambahan saya ialah pada pandangan pihak kementerian ataupun daripada maklumat yang
diterima oleh pihak Kementerian Luar Negeri adakah kedua-dua tahanan warga Malaysia ini
mereka betul-betul terlibat dalam aktiviti keganasan seperti yang dituduh itu dan juga apakah
latar belakang mereka. Apakah persatuan/pertubuhan yang mereka terlibat di Malaysia?

Saya juga hendak tahu, memandangkan kerajaan kita juga mendesak Kerajaan
Amerika Syarikat supaya mengadakan perbicaraan yang adil terhadap kedua-dua pihak ini, jadi
adakah bantuan guaman dan juga adakah kementerian mempunyai peluang atau mengatur ahli
keluarga mereka untuk melawat mereka di Guantanamo Bay? Dan adakah pihak Kementerian
Luar Negeri juga akan menasihatkan pihak kerajaan kita supaya tidak ada Guantanamo Bay di
Malaysia dengan melupuskan Akta ISA...[Dewan riuh] untuk mengurung suspek sebelum
mendakwa mereka di mahkamah kita.

Tuan Yang di-Pertua: Cukup, cukup, Yang Berhormat.

Tuan Ahmad Shabery Cheek: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat
bagi Seputeh, terutama sekali cuba mengaitkan, memburukkan Kerajaan Malaysia dengan
menyamakan Guantanamo Bay dengan pusat tahanan ISA di sini. Saya rasa ini satu
kenyataan yang begitu merosakkan nama negara. Saya jelaskan di sini bahawa sekarang ini
Yang Berhormat perlu faham bahawa terdapat banyak negara dalam dunia selepas dunia
diancam dengan keganasan, walaupun negara tersebut adalah negara yang dianggap paling
demokratik oleh Yang Berhormat dan parti Yang Berhormat sendiri menggunakan pelbagai cara
preventif bagi menjamin keamanan dan kestabilan dunia terutama sekali keselamatan negara
berkenaan.

Jadi apa yang ada pada ISA dalam negara kita adalah kita juga mempunyai sejarah
yang sama dari segi ancaman keganasan dan tidak boleh disamakan Guantanamo Bay dengan
ISA dalam beberapa perkara, Tuan Yang di-Pertua.

Wednesday, March 28, 2007

Proses damai hampir berjaya di Palestin
Kelantan bagaimana?

Mungkinkah sesuatu yang bermakna akhirnya akan tercapai di Timur Tengah. Menurut laporan al Jazeera awal pagi tadi Setiausaha Negara AS Dr Condoleeza Rice yang telah berjumpa dengan pemimpin-pemimpin Jordan, Palestin dan Israel terlalu yakin yang selepas mesyuarat Liga Arab yang dijadualkan lewat hari ini, POLITICAL HORIZON yang baru ke arah pembentukan Negara Palestin yang diiktiraf dunia akan akhirnya terlaksana.

Yang menariknya semua pihak termasuklah regim Israel dan kerajaan Pentadbiran Palestin melalui POLITICAL HORIZON baru ini dikatakan bersetuju yang tentera regim Yahudi itu akan berundur dari semua wilayah yang didudukinya termasuklah dari Bukit Golan, para pelarian Palestin di Lubnan, Syria, Jordan dan lain-lain akan dibenarkan kembali ke tanahair mereka, kerajaan Palestin akan mentadbir dari Baitulmaqdis Timur dan semua pihak bersetuju menghentikan keganasan.


Negara-negara Liga Arab termasuklah kerajaan campuran Palestin Hamas dan Fatah dijangka memberi pengiktirafan dan laluan ke arah merealisasikan inisiatif keamanan baru ini.

Mudah-mudahan saudara-saudara kita di Palestin akan menghirup dan menikmati udara keamanan dan semoga umat Islam di seluruh dunia akan dapat menziarahi Masjid Ketiga terbesar dalam Islam iaitu Masjid al Aqsa, tempat Mikrajnya Rasulullah saw ke langit bertemu Allah swt dalam keadaan tenteram dan aman.

Menurut laporan Perdana Menteri Malaysia selaku wakil OIC akan turut serta dalam mesyuarat tersebut termasuklah Presiden Indonesia dan lain-lain negara Islam.

Cumanya mungkin Dollah Badawi perlu insaf, jangan hanya menuntut damai, keadilan dan hak untuk mereka yang di luar sedangkan dalam kelambunya sendiri, di tanahair, kerajaan PAS Kelantan diperlakukan sama sebagaimana regim laknat Israel memperlakukan kerajaan Palestin.

Balik ke tanahair nanti Dollah perlulah mengambil inisiatif yang sama terhadap Kelantan. Berilah hak kepada kerajaan negeri itu sebagaimana yang diberikan kepada negeri-negeri lain di bawah BN. Hapuskan Jabatan Persekutuan di Kelantan yang bertindak lebih bagaikan kerajaan dalam kerajaan. Salurkan terus sebarang peruntukkan yang merupakan hak rakyat Kelantan terus kepada kerajaan negeri dan bukannya ke pihak lain.

Sesungguhnya para pengundi di Kelantan itu adalah anak bangsa yang seaqidah dan serumpun dengan Dollah juga, mengapa tergamak menganaktirikan mereka semata-mata kerana perbezaan politik?

Semoga Dollah belajar dari apa yang berlaku di Timur Tengah itu dan kembali memperkenalkan pembaharuan di sini, jika tidak kemungkinan rakyatlah yang perlu mengajar beliau dan rakan-rakan beliau yang bermuka-muka itu.

Tuesday, March 27, 2007

Juara AF5 bakal dinobatkan pada Hari Maulidur Rasul

Hari Sabtu ini 12 Rabiul Awal adalah hari Maulidur Rasul saw. Peristiwa kelahiran insan paling besar dalam dunia ini seharusnya mencetuskan keinsafan dalam hati sanubari kita betapa jauhnya kita kini dari ajarannya yang sebenar.

Ianya sepatutnya juga mengisnafkan kita akan betapa besarnya pengorbanan insan yang dikasihi oleh Allah dan para malaikat ini, terhadap kita dan seluruh umat manusia.

Menurut riwayatnya pada malam kelahiran Baginda, berhala-berhala yang berdiri tegap di atas Kaabah dengan tiba-tiba jatuh tersungkur. Pada malam kelahiran Baginda juga tembok istana Raja Parsi menjadi retak sedangkan tembok itu telah dibina dengan bahan binaan yang kukuh, sebaliknya rumah-rumah rakyat tidak meninggalkan apa-apa kesan. Ini sebagai bukti yang kerajaan Parsi akan runtuh suatu masa nanti. Ketika itu juga api kerajaan Parsi yang dinyalakan bertahun-tahun dan api itu dijaga agar terus menyala namun pada malam kelahiran Rasulullah s.a.w api tersebut telah padam.






Dalam akhbar NST hari ini saya mendapat tahu bahawa pada malam minggu nanti juga pihak ASTRO akan menganjurkan pusingan akhir Akademi Fantasia 5 atau AF5. Melompat, menari, terpekik-terlolong, berhibur dan bergembiralah rata-rata anak-anak Melayu meraikan program kegemaran mereka serta menunggu-nunggu juga saat kelahiran insan paling istimewa iaitu Juara AF5 yang akan dinobatkan hasil SMS seluruh peminat pada hari Baginda Rasulullah saw dilahirkan.

Dalam akhbar tersebut Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria mendesak agar pihak ASTRO menangguhkan rancangannya kerana menghormati hari Maulidur Rasul itu. Turut bersetuju adalah Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin.

Manakala Ketua Pengarah JAKIM sekadar berkata terpulanglah pada ASTRO untuk melakukan apa yang terbaik.

Adakah begitu sahaja sikap kita?

Ketika Rasulullah saw dihina dengan lukisan karikatur dari seorang bukan Islam di Denmark, kita sanggup berarak ke tengah jalanraya, malah pihak kerajaan pun membuat kenyataan membantah secara terbuka. Tetapi apabila kita sendiri tidak menghormati pemimpin terbesar kita ini, malah mencacatkan hari kelahirannya dengan majlis jahiliyah yang ditentang oleh Baginda itu, ramai yang membisu dan mendiamkan diri.

Saya berharap agar semua pihak mengambil tindakan melakukan sesuatu bagi memastikan yang konsert ini tidak dianjurkan pada hari berkenaan jika benar kita memiliki maruah dan cinta-kasih terhadap Rasulullah saw.

Sekadar untuk renungan pembaca, di laman web AF5 terdapat undian yang bertanyakan adakah anda setuju agar Konsert ini ditangguhkan ke hari Ahad:

Setakat saya menulis ini 60.6% tidak bersetuju!

PEMBETULAN:

Maaf Konsert AF5 yang dimaksudkan masih dipusingan awal dan bukannya FINAL.

Terima kasih.
Islam mula bertapak di PDRM

Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia Merdeka seorang pegawai kanan Polis membaca khutbah Jumaat. Sempena Sambutan Hari Polis ke 200 kita lihat sejarah tercipta apabila Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi menyampaikan khutbah Jumaat di Kota Bharu, Kelantan.

Banyak-banyak negeri, sejarah tercipta di Serambi Mekah, Kelantan.

Kerana itu tiada yang lebih gembira melainkan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz sehingga mencadangkan agar dimasa hadapan pegawai polis yang menyampaikan khutbah perlulah memegang rifel M16 mengantikan tongkat kerana Rasulullah saw sendiri memegang pedang ketika Baginda berkhutbah sebagai simbol kuasa.


Kata Tuan Guru lagi kandungan khutbah yang disampaikan perlulah menekankan hal-hal berkaitan mengurangkan perilaku jenayah serta membangkitkan kesedaran jemaah untuk senitasa bekerjasama dengan polis.

Terbukti Kelantan adalah bumi subur untuk membangkitkan Islam dan menjana perubahan terhadap melahirkan bibit-bibit masyarakat bertaqwa dikalangan segenap lapisan rakyat.

Usaha Datuk Abdul Rahim ini menjadi kebangaan bukan hanya dikalangan keluarga polis yang memiliki kesedaran Islam tetapi lebih-lebih lagi dikalangan seluruh masyarakat Islam dalam negara.

Mudah-mudahan akan lahir lebih ramai lagi anggota dan pegawai polis yang kental bertaqwa seumpama Datuk Rahim ini. Teringat saya akan cerita bapa saya semasa beliau berkhidmat di Bukit Aman dahulu, beliaulah bersama kalangan anggota yang celik Islam ketika itu membangunkan Surau di Bukit Aman (yang kini sudah lengkap dengan masjidnya sendiri). Beliau mengarahkan agar pembesar suara turut dipasang di tempat-tempat strategik sekitar Ibupejabat Polis Malaysia itu supaya anggota dan pegawai dapat mendengar suara azan apabila masuk waktu solat.

Tindakan beliau itu rupa-rupanya mengundang reaksi dari pegawai tertinggi di Bukit Aman (yang kini sudah pencen dan bekerja untuk Lubuk Judi di Genting Highlands). Kata pegawai terkanan itu, (lebih kurang bunyinya) apa anda ingat kita ini Polis Di Raja Islam ke, kita Polis Di Raja Malaysia tau!

Alahmadulillah kejahilan semakin berkurangan dari kalangan anggota dan pegawai polis hasil dari tindakan bersejarah Datuk Rahim ini, dan mudah-mudahan begitulah hendaknya berterusan insyallah.
Benarkah kemampuan ketahanan kewangan rakyat makin lemah?

Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh syarikat insuran AIA (sebagaimana dilaporkan dalam akhbar The Sun hari ini) 71% dari 500 rakyat Malaysia yang dikaji menyatakan bahwa sekiranya punca pendaptan utama mereka terputus secara tiba-tiba maka mereka akan hanya mampu menanggung diri dan keluarga mereka selama tempoh tidak lebih dari setahun!

Mengapa?

Menurut seorang pakar perancangan kewangan, ini berlaku kerana kulaiti hidup rakyat tidak meningkat. Dan dalam waktu yang sama pendaptan mereka tidak tumbuh sepantas permintaan. Akibatnya daya ketahanan kewangan rakyat makin merosot.

Benarkah demikian?

Benarkah kemampuan kita untuk menabung atau menyimpan untuk masadepan semakin berkurangan lantaran kenaikan kos hidup yang semakin menjadi-jadi? Benarkah perubahan cara hidup (atau adjustment of lifestyle) dalam hal ini sudah tidak lagi mampu dilakukan lantaran kesempitan hidup yang tidak meninggalkan banyak ruang untuk membuat sebarang perubahan?

Semasa menyambut Hari Polis ke 200 Ahad lepas akhbar The Star ada membuat liputan tentang kehidupan anggota polis peringkat rendah. Rata-rata menyatakan yang pendapatan semasa mereka terlalu kecil untuk menampung hidup keluarga sehinggakan memaksa isteri masing-masing untuk mencari pendapatan tambahan.

Bagaimana dengan kakitangan kerajaan yang lain? Bagaimana dengan kakitangan swasta? Siang tadi Berita TV3 menunjukkan betapa anak-anak bangsa berebut-rebut untuk ke Singapura bagi mencari pekerjaan semata-mata kerana tukaran matawang mereka yang lebih besar, lantas memberikan pendapatan yang lebih besar untuk menampung hidup keluarga masing-masing.

Sesungguhnya inilah realiti hidup kita pada hari ini. Kita mungkin megah dan gagah dengan pembangunan pasarana, bangunan yang tinggi mencakar langit melampaui bulan dan bintang, sistem pengangkutan yang canggih dan termoden, menganjurkan festival kesenian, hiburan, sukan bertaraf antarabangsa, namun hakikatnya anak-anak bangsa merintih dalam senyap, menangis menanggung derita.

Ini bukan main-mainan atau lakon-lakonan tetapi berlaku merata dikalangan rakyat, kecuali segelintir peratusan kecil yang sememangnya mewah luarbiasa kerana amalan nepotisma, kronisma dan rasuah yang memihak kepada mereka sehingga tidak terasa langsung akan perit penderitaan rakyat ini.

Mengapa kita biarkan ini terus berlaku?

Tepuk dada tanya selera. Rakyat perlu insaf bahawa derita yang kita tanggung ini adalah lantaran kelemahan pengurusan negara oleh mereka yang telah kita beri kuasa tetapi ternyata gagal memikulnya. Lalu bagaimana? Lalu selaku tuan yang memegang kuasa melantik dan menurunkan pemimpin (dalam amalan demokrasi), kita perlu berani dan tegas menuntut perubahan, apabila tiba masanya nanti, keluarlah kita beramai-ramai dengan penuh lapang dada, turunkan mereka yang lemah dan gagal ini dan naikkan pula yang baru dengan harapan akan dapat melontarkan kita semua ke arah kehidupan yang lebih baik dan sejahtera.

Bersedialah.

Monday, March 26, 2007

Apa khabar Machap?

Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyaksikan satu lagi pilihnaraya kecil berlaku dalam negara. Kali ini Pilihanraya Kecil DUN Machap di Melaka.

Pihak SPR telah pun menetapkan tarikh penamaan calon pada hari Selasa 3 April dan jika terdapat pertandingan maka hari mengundi telah pun ditetapkan pada hari Khamis 12 April 2007.

Pilihanraya kecil ini terpaksa diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya yang juga Pengerusi MCA Negeri Melaka tempoh hari.

DUN Machap ini adalah sebuah kawasan luar bandar yang komposisi pengundinya menurut kaum adalah: 45% Cina, 38% Melayu dan 15% India. Dalam pilihanraya umum 2004 lalu mendiang calon MCA telah mengalahkan calon DAP dengan kelebihan undi melebihi 4,500 undi.

Adalah dijangkakan yang BN akan mengekalkan calon dari MCA manakala parti pembangkang sudah hampir pasti akan diwakili oleh DAP yang dijangka mengumumkan nama calonya pada hari Jumaat ini.

Jadi sejak Batu Talam apakah pihak SPR kini sudah benar-benar telus dan mampu memberikan keadilan kepada semua pihak yang bertanding? Badan Pemantau Pilihnaraya MAFREL baru sahaj menerbitkan laporannya berkenaan perjalanan PR Kecil Batu Talam. Antara isi laporannya yang menarik adalah:

PERTAMA : Barung SPR (Sek Menengah Agama Al Falah) Didapati hanya seorang sahaja kakitangan (SPR) yang bertugas mengendalikan barung. MAFREL diberitahu tugas kakitangan barung itu diambil-alih oleh seorang anggota polis pakaian pereman (disyaki SB) apabila kakitangan tersebut keluar makan tengahari

KEDUA: Barung SPR (SJKC Cheraoh) MAFREL diberitahu bahawa sekurang-kurangnya lima orang mendapati nama mereka tidak terdapat dalam rekod buku daftar pemilih untu Daerah Mengundi Cheroh.. Juga MAFREL dapati terdapat ebberap individu berlencana EJEN PENGUNDIAN telah mendekati pengundi di bangunan kantin sekolah berkenaan

KETIGA: disekesemua 6 Pusat Pembuangan Undi yang diperiksa oleh MAFREL didapat terdapat anggota polis SB yang menjalankan rakaman visual keluar masuk pengundi.

KEEMPAT: (Sekolah Menengah LKTP Felda Tersang 2) di dewan besar sekolah berkenaan dimana kegiatan membuang undi dijalankan, tidak ada mana-mana pihak menurunkan gambar PM yang juga Pengerusi BN yang tergantung di situ.

MAFREL tidak pula menyiasat jumlah yang dibelanjakan oleh BN di Batu Talam yang menurut Presiden MTUC, kerbau-lembu yang disembelih sahaja berjumlah ratusan ekor!

Saya kira SPR sesungguhnya tidak memiliki tenaga untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan pilihanraya termasuklah nanti di Machap lantaran mereka pun kelihatan begitu selesa duduk di bawah kelangkang BN yang memerintah.

Apa yang kita harapkan adalah agar para pengundi di Machap akan bijak memberikan mesej kepada BN dan SPR sendiri bahawa banyak yang perlu dilakukan untuk mengemablikan Malaysia ke arah menjadi sebuah negara yang benar-benar adil, telus dan bersih.

Saya percaya disaat ini segala jenis kelengkapan,bekalan dan wang ringgit sedang digerakkan olen BN untuk ditabur di Machap sebagaimana biasa. Terpulanglah kepada rakan-rakan kita di Macap samada mahu meilih untuk menjadi warganegara yang bermaruah atau membiarkan diri mereka bagaikan kambing kelaparan yang akan menurut sahaj tangan yang membawa pucuk-pucuk daun ke sana kemari.

Sunday, March 25, 2007

Selamat Hari Polis ke 200

Hari ini adalah Hari Polis kali yang ke 200. Bermakna telah 200 tahun pasukan pengaman ini diasaskan di tanahair kita. Bergerak dan beroperasi untuk memelihara keamanan dan kententerama dalam negeri.

Saya dilahirkan ke dunia ini dalam keluarga Polis. Malah demikianlah usia saya sehingga tahun 1985 apbila ayahanda tersayang bersara dari pasukan. Bermakna selama lebih kurang 22 tahun saya hidup di dalam keluarga yang rutin hidupnya diwarnai oleh panji-panji biru pasukan polis.


Hari ini dari luar kepompong keluarga kepolisian ini saya terus melihat pasukan yang di bawah bumbungnya saya membesar dahulu terus berkembang maju.

Dalam bidang jenayah contohnya, pihak polis kita semakin ke hadapan, berjaya menyelesaikan kes-kes jenayah berat dalam waktu terpantas sekaligus melahirkan keyakinan masyarakat kepada mereka dalam membela dan memelihara keamanan masyarakat.

Begitu juga di bidang trafik dan pengurusan lalulintas, pihak polis kita semakin cekap dan handal.Tidak kurang hebatnya pihak merin dan unit udara.

Walaubagaimanapun saya merasakan dibidang ketenteraman awam, khasnya dalam menangani protes dan demonstrasi aman parti-parti politik dan NGO banyak yang perlu diperbaiki oleh pihak polis. Begitu juga dalam mengawal-selia aktiviti parti-parti politik yang sahih menurut undang-undang.

Dengan usia pasukan yang mencecah dua abad serta usia negara sendiri yang mencecah setengah abad, sewajarnya dalam hal-hal ini kita lebih berperikemanusiaan kerana sesungguhnya kita berhadapan dengan rakyat dan anak bangsa kita sendiri.

Protes dan demonstrasi aman adalah sebahagian dari amalan demokrasi yang menepati peruntukkan hak asasi manusia dan dijamin oleh Perlembagaan Negara. Sememangnya adalah tugas pihak polis untuk memastikan yang protes seta demonstrasi seumpama ini tidak menganggu ketenteraman dan keselamatan orang awam, harta benada awam dan sebagainya. Namun diplomasi, tolak-ansur dan perikemanusiaan seharusnya menjadi keutamaan dalam berhadapandengan situasi seumpama ini.

Contohnya banyak pihak termasuk dari parti kerajaan sendiri pernah berdemonstrasi di hadapan Keduataan AS atas pelbagai isu. Tidak pernah sekalipun dalam sejarah kemerdekaan negara kita mendengar sebarang tindakan ganas berlaku hasil dari demonstrasi-demonstrasi ini.

Oleh itu pihak polis sangat-sangat diharapkan akan lebih profesional dan telus, tidak tunduk pada tekanan mana-mana pihak apabila berhadapan dengan protes dan demonstrasi aman yang dimaksudkan.

Parti-parti politik khasnya parti-parti pembangkang memiliki hak untuk menyampaikan mesej perjuangan mereka kepada rakyat sebagai sebahagian dari saluran demokrasi. Saya tidak nampak mengapa urusan mereka perlu dihalang atau dikenakan pelbagai sekatan dan larangan. Pihak polis sepatutnya lebih terbuka dan adil dalam hal ini supaya tugas dan peranan mereka nanti akan dihormati dan dipandang tinggi oleh semua pihak.

Sebagai seorang yang pernah berbangga hidup di bawah anggota keluarag polis saya dan saya percaya ramai yang seperti saya begitu mengaharapkan yang profesionalisma pihak polis akan terus dapat dipertingkatkan. Keadilan dipaparkan dalam pertugasan polis dan maruah serta nama baik pasukan dan rakyat terus terpelihara.

Selamat Hari Polis ke 200.

Saturday, March 24, 2007

Bush seorangkah yang tidak suka membaca?

Saya tersenyum seorang diri bila membaca sebuah laporan di muka depan akhbar Utusan Malaysia semalam yang bertajuk:

Presiden Bush tidak gemar membaca.

Punya seronoknya kawan-kawan kita di Utusan mengahkan cerita Busah tidak gemar membaca ini, sehingga karikatur Senyum Kambing pun turut memberi saham dengan salah seorangnya menyebut:


Dia Presdien AS, buat apa pun ok, tak buat apa pun ok.

Menurut laporannya seorang Profesor sains politik dari Universiti Utah, Dr Ronald Hrebenar mendakw bahawa hasil dari kajiannya menunjukkan bahawa Presiden negara paling gagah di dunia itu tidak gemar membaca buku, akhbar serta majalah. Malah Dr Hrebenar menyebuit bahawa Bush sesungguhnya bukanlah seorang Presdien yang hebat mana pun.

Dr Hrebenar berada di USM baru-baru ini dan telah menyampaikan syarahan bertajuk:

Adakah George W Bush Seorang Presiden Yang Paling Teruk Atau Yang Terbaik Dalam Sejatrah Amerika dan Bagaimana Menentukannya.

Saya tersenyum seorang diri kerana mengingatkan kawan saya Sang Kelembai pernah menulis di Blognya sebelum ini bahawa pemimpin kita pun jika tidak sama malah lebih teruk dari Bush lagi dalam bab tidak membaca ini!

Lalu apabila Utusan menempatkan berita ini di muka depannya saya merasakan seolah ada agenda pukul anak sindir menantu di sini, atau bagaimana?

Friday, March 23, 2007

Berakhir matlamat perjuangan Umno?

Kalau kita selak perlembagaan Umno kita akan terjumpa maksud asal dan tujuan perjuangan parti Melayu ini iaitu pada Fasal 3 perlembagaannya yang berbunyi:

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.


3.1Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

3.2Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

3.3Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

3.4Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

Dari sejak dahulu lagi kita diasak saban hari bahawa nasib dan masadepan bangsa Melayu adalah merupakan agenda perjuangan Umno lantaran peruntukkan di atas. Umno akan bingkas bangun apabila sahaja ada usaha untuk mengahakis atau menganggu-gugat status quo yang telah diasaskannya itu.

Malah yang terakhir kita pernah dipertontonkan betapa Ketua Pemuda Umno Hishamuddin Tun Hussien menghunuskan keris dalam Perhimpunan Pemuda Umno sebagai simbol betapa bersedia dan beraninya Pemuda Umno menggadai nyawa untuk mempertahankan martabat bangsa Melayu ini.

Lalu saya agak terkejut apabila membaca laporan akhbar hari ini bahawa rupa-rupanya Umno kini sudah mula bersedia merongkaikan ikatan dirinya terhadap asas perjuangan asal partinya itu dahulu.

Dua berita dipaparkan oleh akhbar saluran perdana hari ini adalah:

PERTAMA bahawa kerajaan akan mengecualikan syarikat-syarikat yang melabur di Wilayah Pembangunan Iskandar atau WPI dari syarat-syarat dan peraturan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FDI). Peraturan dan syarat FDI ini adalah berkenaan syarat penyertaan Bumiputera dari sudut hak milik dan tenaga kerja.

KEDUA adalah kenyataan bekas TPM Musa Hitam yang juga ahli lembaga Penasihat WPI bahawa sudah tiba masanya Umno menjelaskan kepada ahli-ahlinya bahawa hayat Dasar Ekonomi Baru atau DEB khususnya dalam kes WPI ini sudah berakhir.

Memang pelbagai hujah dan alasan diberikan oleh pimpinan semasa dalam Umno akan betapa perlunya perkara-perkara kritikal yang membabitkan survival bangsa Melayu khasnya dalam ekonomi ini perlu dipergadaikan. Demi kemajuan WPI, demi kemajuan negara, apa salahnya bangsa Melayu mengalah dan bersedia bersaing secara kompetitf.

Mereka yang mungkin bukan ahli atau pemimpin Umno pasti akan melihat perkembangan ini dengan penuh hairan dan takjub. Apakah ekonomi bangsa Melayu yang diperjuangkan oleh Umno sejak lebih 50 tahun kebelakangan ini sudah hebat, kukuh dan ampuh sehingga sudah tiba masanya untuk kita membuka pintu pagar bagi mencetuskan suasana FREE FOR ALL tanpa kuota, tanpa peruntukkan khas, tanpa apa-apa lagi perlindungan dan bantuan?

Ahh kita sudah kini memeluk dasar jiran kita Singapura rupanya. Ayuh bawa masuklah para pelabur dan rakyat Singapura, ayuh masuklah pelabur dan rakyat China, Taiwan, Amerika dan Eropah, kami sudah bersedia memeluk anda semua tanpa sebarang prejudis, sekatan atau apa sahaja, kerana kami bangsa yang sudah maju dan kukuh.

Belilah hartanah kami, belilah rumah kami, bangunan kami, tanah kami, apa sahaja asalkan kami maju, anda senang, kami juga senang. Warga asing kini sudah boleh membeli hartanah kediaman melebihi RM250,000 iaitu nilai haratanah yang biasanya dibeli oleh rakyat Malaysia dan orang Melayu kelas pertengahan. Tiada lagi sekatan.

Sudah pasti ramai yang bimbang melihatkan perkembangan baru dalam sikap dan pendirian Umno ini. Ternyata langkah-langkah terbaru ini terlalu laju sedangkan kenyataannya bangsa Melayu yang benar-benar telah berjaya masih kecil bilangannya.

Kata Musa Hitam:

Now there are even Alis who are using the Babas not as sleeping partners but as equals
(Kini sudah ada Ali yang menggunakan Baba bukan sebagai rakan pasif tetapi rakan perkongsian yang setaraf)

Berapakah bilangan Ali itu? Kalau pun ada barangkali termasuklah usahawan-usahawan segera dari kalangan pimpinan Umno juga yang bilangannya kecil dan tidak mencerminkan langsung keadaan orang Melayu secara keseluruhannya yang masih bergelut mahu mencuri nafas lantaran dicekik oleh kenaikan kos hidup yang sangat membebankan.

Bearapa ramai orang Melayu yang ada duit lebih sehingga boleh menaja sekerat dua Mat Rempit untuk terjun dari langit di Kutub Utara berbanding dengan begitu ramainya orang Melayu yang bermasalah kini untuk membayar pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pengajian anak-anak, berduti utnuk beli rumah, bangunan dan gedung.

Bagi saya langkah terbaru Umno ini yang dibuat dala ekadaan terburu-buru akan akhirnya merugikan bangsa Melayu itu sendiri.

Kalau Umno dahulu mula menghirup nyawa di Johor nampak- nampaknya di Johor jugalah ianya nanti akan mula semput, nazak dan dikebumikan oleh bangsa Melayu sendiri.

Thursday, March 22, 2007

Noh ugut guru-guru:
Pindah atau berhenti

Ahli parlimen Tanjung Karang ini dikatakan memang mempunyai rekod yang bengis. Dizaman mudanya rekod percampuran beliau tidaklah begitu baik khabarnya. Tiba-tiba melonjak naik dan kini jadi Timbalan Menteri.

Sepatutnya dengan status Timbalan Menteri itu beliau perlu banyak merobah keperibadiannya supaya setanding dengan kedudukannya itu.

Sebelum ini beliau didakwa kononnya pernah berada di sebuah kelab urut eksklusif di Subang Jaya ketika pihak penguatkuasa mengadakan serbuannya di sana. Beliau akhirnya berjaya melolos diri walaupun beberapa jurukamera dan petugas media mengakui nampak kelibat beliau. Beliau kemudiannya membuat kenyataan bahawa dakwaan itu fitnah kerana beliau ketika itu berada di Johor (tak tahulah siapa yang betul kerana kes itupun diam begitu sahaj dan Noh pun kemudiannya ditukar ke kementerian lain).

Dalam akhbar hari ini Noh telah dilaporkan berkata di lobi Parlimen bahawa guru-guru perlu menerima arahan tukar ke kawasan-kawasan luar bandar demi para pelajar jika tidak mereka sepatutnya berhenti sahaja.

Kata beliau kementeriannya tidak lagi akan melayan apa sahaja alasan yang diberikan oleh guru-guru yang diarahkan tukar ini. Tambah beliau lagi jika kakitangan kerajaan di jabatan lain contohnya Polis boleh berpisah dengan suami-isteri masing-masing, mengapa tidak guru?

Saya menyedari bahawa di sana terdapat masalah kekurangan guru iaitu di kawasan-kawasan luar bandar dan pendalaman. Tetapi pihak kementerian jangan hanya meletakkan beban pertanggungjawaban di atas kepala guru semata-mata.

Isu ini bukan sesuatu yang baru malah berpenjangan sejak zaman berzaman. Saya bersimpati dengan guru-guru ini terutama mereka yang telah berkeluarga. Mereka diarahkan bertukar ke kawasan-kawasan ini untuk mengajar anak-anak bangsa tetapi siapa pula yang akan menjaga anak-anak mereka.

Sepatutnya pihak kementerian termasuklah Noh teah mengkaji perkara ini dan telah ada kaedah penyelesaian yang lebih praktikal. Sebelum ini kita pernah menyaksikan di TV betapa graduan UPSI dan beberapa graduan dari IPTA yang lain yang tidak mempunyai pekerjaan menyatakan kesanggupan untuk diarahkan kemana sahaja asalkan ada pekerjaan. Mengapa tidak digunakan tenaga mereka ini?

Mengapa ketika pengambilan guru-guru pelatih dahulu tidak dikhususkan tenaga yang akan dihantar ke kawasan-kawasan inis ejak awal-awal lagi?

Seperkara lagi pihak kementerian juga perlu melihat kemudahan asas di sekolah-sekolah ini yang jauh berbeza dari sekolah-sekolah lain sedangkan anak-anak murid tadi diperlukan mempelajari dan menduduki peperiksaan berdasarkan sukatan pelajaran yang sama.

Guru-guru merupakan jentera di barisan hadapan yang akan melatih modal-modal insan berguna dan berjaya untuk masyarakat dan negara. Kerana itu nasib dan kebajikan mereka perlu diberi perhatian. Mereka adalah insan-insan istimewa. Malah siapakah Noh jika tidak melalui proses bimbingan dan pendidikan oleh guru-guru beliau dahulu.

Sepatutnya Noh cermat mengunakan bahasa dan jangan bersikap samseng terhadap insan-insan yang berharga jasa mereka kepada negara ini. Carilah penyelesaian yang baik dan praktikal namun janganlah diugut dan mereka sebagaimana mengugut Mat Rempit dan penagih dadah (agak Noh masih terbayang yang beliau berada di kementerian sebelumnya?)

Wednesday, March 21, 2007

PM terlalu sibuk untuk jawab soalan di Parlimen

Sebelum ini beliau telah mengarahkan ahli-ahli Parlimen khasnya dari BN agak mengambil bahagian secara aktif dalam persidangan dewan. Bangkitkan tanpa gentar apa sahaja perkara dan masalah rakyat yang melibatkan kerajaan secara langsung.

Tiba-tiba apabila sampai giliran beliau untuk menjawab soalan di dewan, beliau ghaib

Menurut akhbar The Star, Ketua Pembangkang Sdr Lim Kit Siang dilaporkan sebagai berkata:

Why isnt he here? He is not showing a good example especially when he asked the MPs to perform better and more extraordinarily.
(Kenapa dia tiada di sini? Beliau tidak menunjukkan contoh yang baik kerana dalam waktu yang sama beliau mengarahkan ahli-ahli parlimen agar berkerja lebih baik)



Beliau yang dimaksudkan adalah Perdana Menteri Dollah Badawi. Semasa sessi soal jawab Kit Siang telah menyatakan bahawa kerajaan telah gagal menunaikan janjinya 40 bulan kebelakangan sehingga rakyat kini telah hilang keyakinan terhadapnya.

Nazri Aziz, Menteri di JPM telah bertindak menjawab soalan Ketua Pembangkang itu bagi pihak PM.

Menurut ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw dalam rancangan Ulasan Akhbar Hari Ini di WTV8 (http://wtv8.tv/) memang terdapat peruntukkan bahawa PM dan anggota kabinetnya boleh meinggalkan dewan kiranya ada urusan mustahak dan segera yang perlu diselesaikan di luar dewan.

Soalnya apakah agaknya urusan penting Dollah semalam? Takkanlah tidak boleh tunggu sekadar 5-10 minit untuk menjawab soalan di dalam Dewan Rakyat iaitu institusi perwakilan rakyat yang tertinggi dalam negara!?

Kata Nazri:

Pergi tengok diari beliau, PM ada banyak program lain. Dalam sistem kita, kita ada menteri tertentu yang dipertanggungjawabkan untuk menjawab.

Demikianlah nasib kita lantaran sibuknya sangat PM, maka soalan dari rakyat tidak dapat dijawabnya sendiri dan terpaksalah orang suruhannya bangun untuk menajwab bagi pihaknya. Adakah PM benar-benar sibuk, atau tidak bersedia untuk menjawab, atau apa?

Tuesday, March 20, 2007

ADUN BN Selangor makan gaji buta

Di Selangor ini Dewan Undangan Negerinya walaupun mempunyai 2 orang wakil pembangkang dari 56 kerusi ahli dewan tetapi hakikatnya cuma seorang sahaja yang dibenar hadir. ADUN Sekinchan Sdr Ng Suee Lim adalah wakil tunggal pembangkang (DAP) di DUN Selangor.

Ketua Pembangkang Sdr Teng Chang Khim yang memenangi kerusi DUN Sg. Pinang atas kepercayaan rakyat kini digantung dari dewan. Beliau bukan hanya digantung malah ditarik elaun wakil rakyatnya. Dewan kononnya menunggu Teng memohon maaf kerana sikapnya bertindak membuang buku peraturan dewan semasa perbahasan, jika tidak penggantungannya kekal sehingga tamat tempoh dewan.


YB Ng Suee Lim
Itulah keadilan kerajaan BN yang mendominsasi DUN Selangor di bawah Khir Toyo (tindakans eumpama ini tidak pernah diambil oleh mana-mana dewan di Malaysia atau Dewan Rakyat termasuklah badan perundangan di negara-negara komanwel).

Kerana itu apabila dewan bersidang semalam tinggalllah Sdr Ng seorang berhadapan dengan 54 ADUN BN Selangor yang diketuai MB nya.

Apa yang menarik perhatian dalam persidangan dewan semalam apabila Sdr Ng menyatakan bahawa menurut pemerhatiannya dalam sidang dewan yang lepas 9 ADUN BN Selangor iaitu 5 dari Umno, 3 dari MCA dan 1 dari MIC tidak langsung mengemukakan sebarang persoalan dalam dewan samada bertulis ataupun lisan.

Menurut Ng sikap pasif wakil-wakil BN ini adalah satu contoh yang tidak baik kepada rakyat dan tidak selari dengan konsep kepimpinan melalui teladan yang dijuarai oleh BN.

Bermakna mereka seolah membayangkan yang rakyat di kawasan mereka tidak menghadapi sebarang masalah untuk dikemukakan ke dewan. Adakah benar demikian? Atau adakah mereka ini jenis yang memang makan gaji buta?

Pendedahan Sdr Ng ini seharusnya membuka mata rakyat Selangor akan peranan wakil-wakil samada ADUN atau wakil Parlimen mereka. Jika ADUN dan wakil Parlimen tidak tahu atau mampu berperanan sebagai wakil rakyat, maka sudah tibalah masanya bagi para pengundi untuk menolak mereka dan parti yang mereka wakili.

Lihat sahaja ADUN Sg Pinang Sdr Teng yang walaupun digantung keahliannya serta disekat elaunnya, namun terus menjalankan tugasnya atas dasar menghormati mandat yang telah diberi oleh rakyat kepadanya.

Fikir-fikirlah secara mendalam, dan apabila tiba masnya nanti marilah kita semua dengan berani dan penuh rasa bertanggungjawab membuat perubahan ke arah kebaikan dan kesejahteraan negeri bertuah ini. Mari kita naikkan mereka yang layak, jujur, bersih dan benar-benar bersedia menjadi wakil kita dalam pilihnaraya umum ke 12 nanti.
Wanita Islam terus berjaya

Tahniah diucapkan kepada Dr Roshidah Ishak kerana dilantik sebagai Brigedier Jeneral wanita yang pertama dalam Angkatan Tentera Malaysia ATM. Pakar pergigian ini berkhidmat di Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT).

Yang menariknya Brigedier Jeneral wanita pertama Malaysia ini mengenakan pakaian seragam menutup aurat sekaligus mengharumkan nama Muslimat bukan hanya di Malaysia malah di dunia Islam.






Ini mengingatkan kita pencapaian yang sama ketika Datuk Nooryah Md Anvar dilantik sebagai Ketua Pegawai Trafik Bukit Aman tempoh hari dengan pangkat Senior Assistant Commissioner II iaitu setaraf dengan pangkat Brigedier Jeneral (one star general) dalam ATM.


Bermakna pakaian tidak menghalang sesorang itu untuk cemerlang dalam karier masing-masing, malah pencapainnya jauh lebih baik dari yang lain.

Mudah-mudahan lebih ramai lagi wanita Islam yang mematuhi peraturan pemakian Islam ini akan berjaya dan melonjak naik dalam karier mereka masing-masing. Dan mudah-mudahan juga kejayaan ini akan memberikan keinsafan dan kesedaran serta dorongan kepada wanita-wanita yang belum lagi mampu melaksanaknnya terutama para menteri, EXCO dan isteri-isteri menteri dan EXCO agar terpanggil untuk turut sama mematuhi hukum yang telah ditetapkakn ke atas setiap wanita Islan ini sebagaimana yang termaktub di dalam al Quran dan Hadis.
Khir separuh ular separuh belut?

Telah banyak kali saya menulis berhubung isu rumah urut di Selangor serta sikap MB nya Dr Mohd Khir Toyo. Saya rimas melihat sikap beliau dalam isu ini, nak dikatakan belut nampak macam ular, nak dikatakan ular lebih macam belut.

Isunya adakah Selangor perlu atau tidak rumah urut? Soalnya kalau perlu apakah definasi rumah urut yang sebenarnya?

Rata-rata rumah urut di Selangor ini adalah rumah memuaskan nafsu. Wanita-wanita muda termasuklah anak-anak Melayu digajikan untuk memuaskan nafsu kaum lelaki yang datang sebagai pelanggan, berdua-duaan dalam bilik tertutup kononnya untuk diurut badannya. (ini termasuklah yang kononnya menjalankan rawatan refleksologi yang makin popular hari ini). Kemudian ada juga yang menggajikan lelaki-lelaki lembut yang juga menyediakan aktiviti memuaskan nafsu kepada para pelanggannya.


EXCO Agama kononnya terperanjat
menyaksikan aktiviti rumah urut di Selangor
Kemudian ada pula rumah urut yang taukehnya lebih bermodal, dimana disediakan bilik sauna dan spa ataupun kolam air panas. Pernah berlaku kalau kita masih ingat di Subang Jaya, Selangor seorang pemimpin Pemuda Umno dan seorang Timbalan Menteri dikatakan berada di sebuah spa seperti ini berendam dalam kolam dengan gadis-gadis genit dari Negeri Cina (meskipun masing-masing kemudiannya menafikan, Ketua Mat Rempit Umno menyatakan beliau berada di sana untuk menyelamatkan kawannya, dan kes ini sehingga kini senyap begitu sahaja).

Inilah realitinya operasi rumah urut di Selangor. Cumanya mungkin ada segelintir yang beroperasi secara gelap atau haram tetapi kebanyakkannya termasuklah yang di Subang Jaya ini beroperasi lengkap dengan lesen yang diberikan oleh PBT Selangor.

Kata Khir dalam Dewan Undangan Negeri Selangor semalam:

Pihak yang menyokong pemberian lesen kepada pengusaha rumah urut patut bertanggungjawab jika premis ini melakukan kesalahan.Mulai sekarang kita mahu surat hitam putih dikeluarkan oleh pihak yang menyokong pemberian lesen dengan nyatakan nama penuh dan jawatan.Jika premis ini melakukan kesalahan, wakil rakyat dan pegawai kerajaan inilah yang akan bertanggungjawab.

Apakah yang dapat kita fahami dari kenyataan Khir ini? Pertama bahawa lesen rumah urut masih dibenarkan. Dan kedua bahawa para wakil rakyat dan pegawai kerajaan berkuasa memberikan sokongan kepada permohonan lesen rumah-rumah urut di Selangor.

Jadi adakah kerajaan negeri akan mengharamkan sahaja operasi rumah-rumah urut di Selangor ini jika ia lebih membawa mudharat? Menurut Berita Harian:

Dr Mohamad Khir berkata, kerajaan negeri tidak boleh menghentikan terus pemberian lesen kepada pengusaha rumah urut kerana ada pengusaha yang benar-benar menjalankan perniagaan itu seperti orang kurang upaya (OKU) yang cacat penglihatan.Beliau berkata, masalah timbul apabila pengusaha menyalahgunakan lesen dengan berselindung di sebalik rumah urut tradisional tetapi menjalankan kegiatan tidak sihat

Kalau begitu berikan sahaja lesen kepada OKU manakala yang lain digantung atau diharamkan. Barulah boleh belut kita kenal sebagai belut dan ular kita kenal sebagai ular. Ini tidak, dengan kenyataan beliau ini bermkana pemegang-pemegang lesen yang sedia ada )termasuklah di Subang Jaya dan yang seumpamanya) masih boleh beroperasi cuma jangan salah-gunakan lesen bagi tujuan yang tidak sihat.

Kalau taukeh-taukeh tadi mampu berbelanja ratusan ribu ringgit untruk melengkapkan Health Center nya dengan spa dan sauna, siapakah yang boleh menjamin bahawa taukeh-taukeh ini tidak akan turut menyediakan peruntukkan untuk menyogok jangankan para petugas PBT, wakil-wakil rakyat pun boleh demi melepaskan diri dari diambil tindakan.

Pergilah Khir dengan para pegawainya (yang mungkin telah senak perut mereka memakan sogokkan taukeh-taukeh ini) untuk menyerbu, tetapi bila tiba, semuanya tenang dan mengikut peraturan. Para pemuda VCD haram yang berkeliaran di Selangor pun hari ini sudah dilengkapkan dengan walkie talkie yang memberi maklumat kiranya ada serbuan, inikan pula taukeh-taukeh besar ini!

Nasihat saya kepada Khir, haramkan dan tutup sahaja pusat-pusat maksiat ini. Kalau perlu sangat berilah lesen kepada OKU sahaja tetapi syaratnya sebagaimana saya sebutkan sebelum ini diadakan di tempat-tenpat terbuka, dan yang mengurutnya semua lelaki untuk lelaki sahaja!

Kalau tidak maaf tetapi sahlah ular pun bukan belut pun bukan rupa-rupanya disumpah Sang Kelembai separuh ular, separuh belut!

Monday, March 19, 2007

Ada pemimpin yang tidak membaca

Saya memang minta melihat pemimpin yang walaupun sibuk namun tetap memperuntukkan masa untuk membaca. Kata Francis Bacon: KNOWLEDGE IS POWER (ilmu itu adalah kuasa). Dan ilmu itu diperolehi melalui pelbagai kaedah dan yang paling praktik adalah melalui pembacaan.

Pemimpin yang tidak mempunyai masa untuk membaca, akan terhad ilmunya, lalu akan hanya memiliki kemampuan sekadar apa yang tinggal dalam ingatannya. Dia tidak akan memiliki keupayaan untuk memimpin melampui apa yang terselit di dalam benak fikirannya yang kecil itu, lantas jadilah ia pemimpin yang statik yang jumud dan malahan tidak akan berupaya melangkah jauh.

Mereka yang di bawah pimpinannya lebih parah lagi akan menjadi insan yang lesu dan kaku.


Kerana itu apabila membaca dalam akhbar Sunday Star semalam saya kagum yang Timbalan Perdana Menteri kita Najib Tun Razak begitu minat membaca. Menurut temubual wartawan akhbar berkenaan dengan beliau Najib berkata apa sahaja masa lapang yang ada samada sewaktu dalam perjalanan, di pejabat atau sebelum tidur akan dicurinya untik membaca.

Saya difahamkan MB Kelantan Tuan Guru Nik Abd Aziz juga memiliki minat yang sama, cuma menurut Setiausha Politik beliau, Tuan Guru memiliki advantage kerana membaca bukan sekadar buku dalam bahasa Melayu tetapi juga bahasa Inggeris, Arab dan Urdu.

Berbalik kepada artikel berkenaan Najib tadi, apa yang menarik perhatian saya adalah dipenghujung temubual itu apabila Najib ditanya:


Do you think our other leaders read?

Adakah pada pandangan anda pemimpin kita yang lain juga membaca?


I wouldnt like to pass comments on my colleagues? They might think Im making disparaging remarks about them! (Laughs)

Saya tidak suka memberikan komen berkenaan rakan-rakan saya. Mereka mungkin ingat saya memberikan komen yang tidak baik terhadap mereka (ketawa)

Ini mengingatkan saya kepada tulisan sahabat saya SANG KELEMBAI di blog beliau bahawa terdapat seorang pemimpin negara yang jangankan buku, akhbar harian pun berat untuk dibacanya. Siapakah pemimpin itu (yang mungkin mendorong Najib untuk ketawa di penghujung wawancaranya itu)?

Ah Kiow: Tiada kuasa kawal maklumat melalui internet

Saya risau apabila mendapat tahu yang Timbalan Menteri Kelematan Dalam Negeri, Fu Ah Kiow telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak mempunyai kuasa menghalang penyiaran maklumat melaui internet.

Belia dilaporkan oleh Utsan Malaysia sebagai berkata:

Sememangnya wujud satu keganjilan kerana berita media cetak dan penyiaran TV boleh dikawal sebaliknya berita dalam internet disiarkan secara bebas.

Menurut laporan akhbar tersebut lagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang diguna-pakai dalam aktiviti pengawalan bahan berita tidak memperuntukkan sama-sekali sebarang bentuk kuasa pengawalan ke atas bahan yang dimuatkan dalam internet.

Apakah maksud kenyataan ini?

Adakah ini bermakna pihak kementerian dan kerajaan sedang meneroka jalan bagi memperkenalkan peraturan dan undang-undang memandangkan Timbalan Menteri berkenaan menegaskan tidak ada undang-undang setakat ini yang boleh menagwal penyiaan maklumat melalui internet?

Saya mengira kita perlu perakui bahawa disana terdapat perbezaan yang sangat ketara antara media internet dan yang konvensional (cetak dan elektronik). Yang paling utama bahawa keseluruhan media konvesnional (akhbar saluran perdana dan TV) ini termasuklah Harakah dan Suara Keadilan (walaupun organ parti) adalah berbentuk komersial. Malah media konvesnional arus perdana kesmeuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat gergasi yang tersenari di bursa saham.

Lantas barangkali patutlah kalau mahu dikenakan apa juga peraturan yang difikirkan sesuai oleh pihak kerajaan.

Akan tetapi media internet ini kecuali segelintir kecil rata-rata diusahakan secara sukarela oleh samada individu, kumpulan, persatuan, NGO atau badan-badan siasah. Kapasiti capaiannya terhad kepada mereka yang memiliki kemudahan internet. WTV8 contohnya hanya dapat diakses oleh mereka yang mempunyai akses internet jalur lebar.

Sudahlah itu, malah kerana pencapaian yang terhad tadi maka promosi terhadapnya juga turut terhad.

Oleh itu bukan sahaja kerajaan tidak ada kuasa malahan saya merasakan kerajaan dan mana-mana pihak pun tidak berhak mengawal atau memperkenalkan undang-undang bagi mengawalnya.

Saya contohnya tidak boleh memaksa sesiapa pun untuk mengunjungi Blog saya ini, kalau ada pun promosi ianya dipromosi oleh kawan-kawan dengan membuat pautan ke Blog saya atau dengan mengirim tulisan-tulisan saya ke kawan-kawan yang lain, tidak lebih dari itu.

Di sini kita bercakap berdegar-degar berkenaan kesungguhna kita untuk berada ditahap negara maju, mau serba-serbi, tetapi dalam waktu yang sama kita begitu bernafsu mahu mengawal sebaran maklumat kepada rakyat jelata.

Saya akui memang ada laman web dan bolg yang menabur fitnah dan mengadu-domba, tetapi rakyat berhak untuk membuat pilihan, dan sudah semestinyalah rakyat Malaysia yang telah 50 tahun merdeka ini terlalu matang dan berupaya untuk membuat penilaian dan memilih yang benar dan bermaklumat.

Mungkin ada pimpinan politik yang tidak gemar atau tidak senang dengan satu-dua berita berkenaan mereka (samada benar atau sebaliknya), tetapi mereka perlu sedar yang jika media konvensional itu tidak mereka kekang dan kawal, rakyat tidak akan beralih ke internet tetapi akan memberi tumpuan kepada akhbar dan TV. Sayangnya akhbar dan TV hari ini milik parti pemerintah, kerana itulah ramai yang gabra bila sesuatu yang lain dari yang biasa terkena kawalan tangan mereka terbit dan sampai kepengetahuan rakyat.

Saturday, March 17, 2007

Percayalah hubungan Najib dan Dollah baik

Sekali lagi dalam tempuh tidak sampai seminggu TPM Najib Tun Razak terpaksa membuat kenyataan bahawa cakap-cakap yang kononnya terdapat hubungan tidak baik antara beliau dengan PM Dollah Badawi sebagai tidak berasas.

Di Pekan, Pahang BERNAMA melaporkan sebentar tadi bahawa:

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal desas-desus di Internet bahawa hubungan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak begitu baik.

Sambil menyifatkan desas-desus berkenaan sebagai satu dongengan, beliau berkata hubungan beliau dengan Perdana Menteri begitu erat serta kukuh dalam memacu pembangunan negara.Saya sebagai orang nombor dua dalam negara sentiasa berusaha membantu Perdana Menteri dalam urusan pentadbiran dan sebagainya bagi kepentingan negara.Jangan dengarlah cerita-cerita dalam Internet, ini semua cerita dongeng

Sebelum ini Najib pernah berkata:

Kalau anda suka mendengar berita dari internet anda akan jadi gila.

Penafian Najib ini mengingatkan saya ketegangan yang tercetus antara bekas PM Tun Dr Mahathir dan bekas TPM Anwar Ibrahim ditahun 1998 dahulu, sebelum pemecatan DSAI. DSAI yang ketika itu TPM berkata:

These rumors [have been] going on for some time. I dont know whether this is good news or disappointing, but there is no basis [for them].



Apakah kesudahan kisah Najib ini? Kebetulan beberapa hari lalu DSAI dan Dr Hasan Ali telah hadir berceramah di Pekan, kawasan parlimen Najib. Jelas Najib tidak senang hati dengan kehadiran tokoh-tokoh pembangkang itu apabila BERNAMA melaporkan:

Beliau (Najib) juga berkata tindakan segelintir pihak yang mengadakan ceramah untuk memburuk-burukkannya termasuk di kawasan Pekan merupakan satu tindakan bagi meracuni fikiran masyarakat.Kita jangan cepat melatah, kita berpegang kepada kebenaran dan prinsip, yang penting kita faham, kenal dan tahu siapa yang akan membantu kita, katanya.

Orang Melayu kaya dengan pepatah dan bidalan, dan salah satu yang barangkali berhubung dengan isu ini:

Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang (kecuali digoyangkan oleh orang gila).
Breaking news dari Kota Bharu

Saya baru menerima SMS dari sahabat saya, Setiausaha Politik Tuan Guru Menteri Besar Kelantan, Sdr Anual Bakhri Haron. Menurut beliau Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat baru sahaja memberikan persetujuan menganugerahkan saguhati RM500 bagi pihak kerajaan negeri Kelantan kepada semua pelajar cemerlang SPM yang memperolehi pencapaian 9A dan lebih.

Anugerah ini diberikan kepada semua anak-anak Kelantan tanpa mengira agama, kaum atau fahaman politik yang menduduki SPM 2006 tanpa mengira samada mereka dari sekolah-sekolah menengah kelolaan Kementerian pelajaran ataupun sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK).





Syabas diucapakan kepada anak-anak yang cemerlang ini dan tahniah diucapkan kepada MB dan kerajaan negeri yang prihatin dan menitik-beratkan nasib dan kebajikan rakyatnya tanpa membeza-beza mereka mengikut fahaman politik, kaum atau agama.

Kelantan memimpin Malaysia menuju kehidupan yang adil dan saksama.
Bukan sebuah parti sahaja yang memperolok Islam Hadhari

Semasa sidang akhbar setelah merasmikan Perkampuangan Islam Hadhari peringkat parlimennya Utusan Malaysia melaporkan:

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran kepada pihak tertentu termasuk ahli- ahli politik agar jangan cuba memperolok-olokkan konsep Islam Hadhari yang diperkenalkannya yang kini diterima baik oleh semua kaum di negara ini dan masyarakat antarabangsa.

Bagi Perdana Menteri, perbuatan pihak berkenaan memperlekeh dan memandang rendah konsep Islam Hadhari adalah satu kesalahan besar yang perlu diperbaiki.

Beliau yang pada mulanya enggan mendedahkan pihak yang dimaksudkan itu akhirnya mengakui terdapat ahli-ahli politik yang bersikap sedemikian.

Mestilah siapa lagi, boleh jadi mereka tidak suka kerana ia tidak baik untuk politik mereka, kata Abdullah ketika ditanya mengenai pihak manakah yang memperolok dan memperlekehkan Islam Hadhari.

Menurut The Star usaha memperlekehkan Islam Hadhari itu adalah:

Attempys by A POLITICAL PARTY
(Usaha oleh SEBUAH PARTI POLITIK)

Parti yang dimaksdukan sudah tetntulah bukan DAP atau Keadilan. Besar kemungkinan ianya merujuk kepada PAS iaitu parti yang matlamatnya adalah untuk memperjuangkan Islam. Cuma soalnya adakah PAS sahaja yang memperolok konsep Islam Hadhari itu?

Yang saya tahu antara yang turut memperolok konsep ciptaan Dollah ini bukan hanya PAS malah pihak-pihak lain termasuklah dari kalangan tokoh dan ahli-ahli Umno. Antara yang terbesar adalah bekas Presiden Umno sendiri yang juga bekas PM (yang masih menganggotai Umno) iaitu Tun Dr Mahathir.

Tun menyebut isu ini secara terbuka dalam majlis-majlis yang dihadirinya kebelakangan ini dan ianya mendapat tepukan gemuruh dari kalangan mereka yang hadir termasuklah dari kalangan ahli-ahli Umno sendiri.

Dollah di Kepala Batas melambung-lambungkan kembali prinsip-prinsip Islam Hadharinya termasuklah mampu melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama, menegakkan keadilan dan menzahirkan sikap amanah. Memang ianya cantik dan indah belaka, tetapi realiti hidup yang ada pada harim ini membuktikan sebaliknya.

Hari ini rasuah dan salah-guna kuasa berlaku dari peringkat terbawah sehinggalah ke puncak bumbung. Bukan sekadar dikalangan pemimpin malah anak-menantu dan adik-beradik mereka semuanya mengaut dan memunggah kekayaan dalam bentuk yang sungguh mencurigakan.

Hari ini amanah dikhianti secara terang-terangan manakala keadilan hanya diiktiraf mengikut selera dan kemahuan mereka yang di atas.

Gejala sosial dan keruntuhan akhlak menggelapkan nasib dan masa depan anak-anak muda kita, jika dahulu kita kecundang dengan masalah penyalahgunaan dadah yang berleluasa dikalangan anak-anak bangsa, kini masalah seks bebas, buang dan bunuh bayi, rogol, ragut, Mat Rempit yang merusuh, semuanya menambah parahkan lagi apa sahaja jati diri bangsa dan agama yang tinggal.

Hari ini isu murtad berlaku secara terang-terangan dan anak-anak bangsa yang terpinggir dan tersasar jauh dari agama semakin ketara. Artis dan celibrity termasuklah pemimpin-pemimpin masyarakat sudah bernai memperlekeh tuntutan dan ajaran agama.

Inilah realiti yang ada di depan kita, lalu kita ghairah berdegar-degar dengan konsep yang langsung tiada memberi jawapan malah membuka lebih banyak ruang untuk agama semakin ditafsir dalam tafsiran yang lompang, longgar dan kacau.

Kata Tun Dr Mahathir mana ada Islam Hadhari dan tak Hadhari, yang ada Cuma satu Islam sahaja, dan Tun adalah ahli Umno.