Khairy nafi agennya minta RM150,000?
Gagasan Badan Ekonomi Melayu atau GABEM baru-baru ini dengan kerjasama Pemuda Umno dan Yayasan Dakwah Ismaiyah Malaysia (YADIEM) menganjurkan Kongres Jihad Ekonomi di KL.
GABEM dipengerusikan oleh ahli MT Umno yang pernah diskandalkan dengan gadis bawah umur sehingga hilang jawatannya iaitu Rahim Tamby Chik.
Saya tidak tahu apakah maksud kongres dan kemana arah tujunya, mungkin kerana terlalu banyak kongres yang dianjurkan tetapi hasilnya tak ke mana pun.
Yang lebih menarik bagi saya mengenai kongres ini adalah apa yang berlaku ketika sessi dailog bersama Naib Ketua Pemuda Umno yang juga menantu PM, Khairy Jamaluddin. Mingguan Malaysia sekadar melaporkan:
Dalam perkembangan lain, Khairy menolak dakwaan terlibat dengan individu yang mengaku mewakili beliau meminta wang tunai RM150,000 daripada mana-mana pihak yang berminat berjumpa dengannya untuk mendapatkan projek perniagaan.
Dakwaan ini tidak benar dan mengarut,tegasnya
Manakala menurut Sunday Star:
A participant Mohamed Abdullah who called himself a FAILED BUSINESSMAN said he had been trying to meet the Umno Yuth deputy chief for two years and one of his (Kahirys) runners had asked for RM150,000 to fix an appointment.
Seorang peserta Mohamed Abdullah yang mengelar dirinya seorang PENIAGA YANG GAGAL berkata yang beliau telah mencuba selama dua tahun untuk berjumpa dengan Naib Ketua Pemuda tersebut, sehingga wakil beliau (Kahiry) telah meminta RM150,000 untuk menetapkan tarikh penemuan.
Apakah benar tuduhan Mohamed itu? Mengapakah begitu mahal sekali ongkosnya mahu bertemu dengan Khairy?
Siapa pun dalam pasaran akan mengakui bahawa Khairy bukan calang-calang tokoh. Kalau sekadar Naib Ketua Pemuda Umno yang tidak ada jawatan kerajaan atau kerusi parlimen atau DUN, beliau mungkin tidak berapa penting, tiada nilai dan tidak berharga. Tetapi Khairy sebenarnya selain jawatan politiknya adalah merupakan satu-satunya menantu lelaki Perdana Menteri.
Kedudukan itulah yang telah melonjakkan nilai Khairy. Dalam pasaran orang berkata restu Khairy bermakna restu PM, demikianlah kehebatan Khairy yang tiada pada mana-mana individu atau tokoh lain.
Walaupun Khairy telah menafikan tuduhan Mohamaed itu, akhbar tidak pula memberikan rekasi Mohamed sendiri terhadap penjelasan Khairy itu.
Ia mungkin benar, mungkin juga tidal berasas. Tetapi jika benarlah pertuduhan itu, sudah pasti nilai pertolongan atau bantuan yang dipohon oleh seseorang itu lebih 10 atau 100 kali ganda dari wang tol RM150,000 yang kononnya dikenakan oleh agen-agen Khairy itu!
No comments:
Post a Comment