Thursday, March 15, 2007

Skim Takaful Annuar Musa

Kerajaan negeri PAS di Kelantan menjadi kerajaan negeri yang pertama di dalam Persekutuan Malaysia yang memberikan lindungan takaful percuma kepada semua warga tuanya. Melaui skim Takaful Kifalah ini kerajaan negeri memberikan perlindungan kepada semua warga emasnya yang berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira perbezaan kaum, kepercayaan atau agama.

RM2,500 diberikan melalui skim ini kepada waris mana-mana warga emas yang meninggal dunia, bagi meringankan beban urusan pengkebumian dan lain-lain yang berkaitan. Sejak ianya diperkenalkan sebilangan waris simati telahpun menerima perlindungan yang dimaksudkan termasuklah eberapa keluarga bukan Islam.

Ianya mungkin sesuatu yang kecil dan mungkin juga tidak bermakna kepada pihak-pihak tertentu tetapi yang paling penting ini merupakan bukti betapa kerajaan negeri meletakkan nasib dan kebajikan rakyatnya sebagai keutamaan pertamanya. Pembangunan fizikal dan infrastruktur juga penting tetapi lebih penting lagi adalah memelihara kebajiakn rakyat dan memberikan manfaat langsung kepada mereka.





Negeri-negeri lain yang ghairah dan berbangga dengan kemajuan dan kepesatan pembangunan masing-masing, malangnya nasib dan kebajikan rakyat tidak dipedulikan. Yang kaya terus kaya dan mewah, manakala yang miskin terus terpinggir dan diperlakukan.

Semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini pihak kerajaan negeri dengan tekun menjelaskan falsafah dan matlamat skim ini serta betapa ianya khusus untuk manfaat rakyat negeri tanpa mengira fahaman politik.

Dan dalam rakyat Kelantan merai dan mengalu-alukan langkah positif kerajaan negeri itu tiba-tiba Ketua Pembangkang DUN Kelantan yang juga Ketua Perhubungan Umno Kelantan hari ini dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai mahu memperkenalkan pula skim berkelompok untuk 220,000 ahli-ahli Umno Kelantan dan kaum keluarga mereka. Anuar dalam memperkenalkan skimnya yang belum dilancarkan itu turut mempertikaikan jumlah pampasan skim kerajaan negeri sedangkan beliau sudah pun mengemukakan pertanyaan dalam dewan mengenainya dan telah pun berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri.

Kata Annuar lagi apabila skim tajaan UMNO itu dapat diwujudkan kelak, pihaknya bercadang untuk turut membuka peluang kepada seluruh rakyat termasuk anggota Pas menyertainya.

Hairan seorang Ketua Pembangkang yang mengetuai parti pembangkang boleh tanpa segan mempelawa ahli dan penyokong parti lain menyertai skim yang bakal ditaja partinya.

Inilah sebenarnya punca kepada masalah pecah-belah masyarakat sejak dahulu lagi. Dalam dewan Annuar telah menyatakan bahawa beliau dan ADUN-ADUN BN akan berkempen agar rakyat segera menyertai skim yang dikelolakan kerajaan negeri itu, tiba-tiba di luar beliau mengambil sikap lain, dan mahu bersaing pula dengan kerajaan negeri. Hairan semasa BN memerintah Kelantan dahulu tidak pula sibuk memikirkan hal-hal seumpama ini untuk rakyatnya.

Rakyat Kelantan saya kira sudah cukup matang dan masak dengan sepak-terajang politik Annuar dan rakan-rakannya. Orang seumpama ini sesungguhnya padat dan sendat dengan kepentingan diri dan akan melakukan apa sahaja asalkan beliau mendapat peluang naik ke atas dan memegang teraju. Belum punnaik dah menjadi juara pecah-belah, bayangkan kalau kuasa diberikan kepadanya!

No comments: