Kes buang bayi berlaku lagi
Ternyata ianya sering berpunca dari hubungan luar nikah antara pasangan-pasangan yang terbabit. Si lelaki telah melepaskan nafsunya, dan si wanita menanggung derita. Lalu untuk mengelakkan malu kedua-dua pihak menanggung risiko dan malu maka bayi yang lahir hasil dari perhubungan haram itu dibuang untuk melepaskan diri masing-masing.
Inilah hakikat yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Nyawa insan sudah tidak berharga lagi, dosa dan pahala sudah tidak diambil kira lagi.
Dalam kemelut bahana sosial ini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengesyorkan agar jangan hukum pihak perempuan sahaja, pihak lelaki yang tidak bertanggungjawab juga perlu dihukum. (Dalam peruntukkan Kanun Kesekasaan yang ada hukuman 20 tahun diekankan atas kesalahan membuang bayi seumpama ini).
Tetapi adakah mengenakan hukuman ke atas si lelaki juga akan menyelesaikan masalah ini?
Apakah punca masalah ini?
Puncanya kerana hubungan seksual luar nikah natara pasangan.
Mengapa ianya mudah berlaku?
Ianya mudah berlaku kerana tidak ada kawalan yang efektif bagi mengelakkannya dari berlaku. Suasana sosial dalam negara begitu longgar dan rapuh. Sistem pendidikan tidak mampu mendidik remaja kita. Aspek agama tidak ditekankan malah ruang-ruang untuk menjauh dan meninggalkan agama semakin luas dalam enviromen yang ada. Akhlak dan moral tidak lagi disokong oleh tiang-tiang agama lalu ia roboh.
Lantas atas kealpaan kita ini, remaja mudah dan malah cenderung utnuk terjerumus dalam aksi zina ini, terlanjur tanpa menanggung risiko tidak bermasalah, tetapi ianya dikira risiko besar hanya apabila si gadis ditakdirkan mengandung hasil dari hubungan haram itu.
Maka jalan keluar yang paling mudah adalah merahsiakan kandungan sehinggalah tiba waktunya. Apabila tiba maka cepat-cepat ianya dibuang.
Bagi mereka yang sedikit cerdik atau mampu maka mereka sanggup mendapatkan khidmat untuk menggugurkan kandungan, tetapi lazimnya ini tidak dilakukan kerana bimbang akan diketahui orang.
Dalam erti kata lain, masalahnya berpunca dari kita. Kita menganggap agama hanya menghalang kemajuan, peraturannya kejam dan tidak lagi sesuai, kembali kepada agama bermakna akan mengasingkan kita dari arus kemodenan dunia.
Lalu kita cipta peraturan dan amalan kita sendiri. Remaja bermasalah perlu dididik dengan pendidikan seks, dengan harapan mereka akan tahu risiko hubungan luar nikah. Risikonya melahirkan anak luar nikah. Kita didik mereka cara SAFE SEX, seks selamat kononnya atas alasan megelakkan dari wabak HIV AIDS. Sedangkan kita sebenarnya mendidik mereka bahawa kalau pun nak melakukan hubungan seks maka gunakanlah kaedah selamat!
(petikan dari laman web MAF: Condoms are the only form of protection which can both help to stop the transmission of sexually transmitted diseases (STDs) such as HIV and prevent pregnancy.)
Kita yang sebenarnya meranapkan masa depan remaja kita samada disedari ataupun tidak.
Kita juga membuka peluang untuk remaja ini berhibur keterlaluan, bersenang-senang tanpa batasan, berpasang-pasangan ikut suka dengan pusat hiburan, konsert maksiat dan berbagai lagi kemudahan untuk merosakkan diri.
Kita tidak mahu didik mereka bahawa agama melarang hubungan bebas antara lelaki dan wanita. Wanita perlu menutup aurat bagi mengelakkan mereka dari menjadi bahan tontonan dna pemuasan nafsu kaum lelaki. Kaum lelaki juga dididik akan tanggungjawab mereka. Mereka mesti memelihara kehormatan kaum wanita dan jangan mengambil kesempatan atas mereka.
Kita tidak didik mereka untuk bertaqwa kepada Allah. Kita tidak didik mereka akan halal dan haram dalam agama dan ganjaran syurga serta azab api neraka.
Ringkasnya kita tidak mahu melihat agama sebagai penyelesaian atas bebrbagai alasan termasuklah kepentingan politik.
Dan hari ini angkanya semakin membimbangkan. Anak-anak bangsa berbondong-bondong lemas dan hanyut dalam gejala maksiat dan kemungkaran yang kita sendiri bina dan pupuk.
Anak luar nikah, bayi dibuang, ada yang mati, ahhh kita hukum sahaja mereka jangan lupa hukum sekali kaum lelaki. (Lain kali kalau terpanggil sangat untuk mengadakan hubungan seksual gunakan kondom)
Sebelum kita berdoa meminta pertolongan Allah, jangan lupa bangkit segeralah bekerja untuk merobah suasana jahiliyah ini, kemudian barulah kita bertawakal kepada Nya.
No comments:
Post a Comment