Sunday, March 04, 2007

Jangan biarkan budaya keruntuhan akhlak ini menghempap kita

Isnin lepas kita mendengar pertuduhan betapa Ketua Pengarah BPR yang sepatutnya diamanahkan memimpin agensi yang menguatkuasakan undang-udang dan peraturan rasuah, rupa-rupanya beliau juga dituduh terlibat dengan perlakuan yang sama. Sejak terbongkar isu ini semua pihak kelihatan gelabah dan masing-masing kelihatan tolak-menolak kalut bagaimana mahu menangani isu yang telah terselak dan kini sampai ke pengetahuan umum.

Dan semalam satu lagi isu terbongkar. Kini seorang Timabalaan Menteri pula dikatakan telah terlibat dalam mebebaskan beberapa penjenayah yang ditahan di bawah Ordinan Darurat setelah menerima saguhati sebanyak RM5 juta dari pihak-pihak berkenaan.

Ada laman web yang malah menamakan Timbalan Menteri berkenaan.


Diambil dari artikel
THE INVENTOR OF ISLAM HADHARI
DALAM laman web Malaysia Today

Sekali lagi pembongkaran ini mencetuskan gempar dikalangan pimpinan tertinggi. Dans emua pihak kalut dan gelabah lagi berdepan dengan malapetaka yang timpa menimpa ini.

Sementara itu satu laman web pula menyiarkan laporan polis yang dibuat oleh seorang yang wanita dikenali sebagai ZARINA MINDRA BT ABDULLAH yang dibuat pada tahun 1997. Laporan itu mendedahkan pengakuan wanita berkenaan betapa belia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Polis Johor yang sekarang ini menjawat jawatan Ketua Pengarah BPR itu.

Seram kita melihat satu demi satu pendedahan yang tersingkap di depan mata kita masing-masing. Kadang-kadanga seolah kita tidak percaya perkara-perkara seumpama ini boleh berlaku, tetapi inilah hakikatnya.

Sebagaimana Dr Kahidzir Ismail (UKM) ketika membuat kenyataan terhadap masalah sosial dikalangan murid-murid sekolah menengah perempuan di Selangor baru-baru ini bahawa pendedahan dari hasil kajian beliau itu adalah realiti yang perlu diterima dan berlaku dalam masyarakat hari ini.

Semua ini adalah hakikat yang berlaku dalam masyarakat kita cuma kebetulan yang baru terdedah adalah yang berkenaan Ketua Pengarah BPR, seorang Timbalan Menteri, bagaimana yang lain-lain?

Bagi kita ini semua adalah bukti kegagalan kerajaan yang ada pada hari ini untuk membela, memelihara dan mempertahankan akhlak rakyatnya. Amanah yang diberi dikhianati amalh disalahgunakan secara terang-terangan. Kalau beginilah keadaan yang ada, saya kira sudah sangat sampai masanya untuk kita bangun menyedarkan semua pihak bahawa wabak keruntuhan akhlak ini telah sampai ke tahap meruntuhkan budaya, bangsa dan negara kita.

Tidak ada lain ubat dan penawarnya selain kita insaf dan menuntut perubahan secara total. Jika kita gagal dan terlambat maka akan terederalah keperibadian dan jati diri kita dihempap dan dihenyak oleh runtuhan akhlak para pemimpin negara yang sudah berada ditahap maksima itu.

No comments: