Thursday, March 01, 2007

Kejayaan Genting satu lagi sumbangan kerajaan BN

Saya jarang-jarang terlepas menonjolkan keputusan kewangan syarikat-syarikat tertentu di Malaysia sebaik sahaja ia diumumkan. Antara syarikat yang biasanya saya tonjolkan adalah syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri maksiat khasnya arak, judi dan seumpamanya.

Ada yang bertanya kenapa minta sangat, pedulikan syarikat-syarikat ini.

Ini bukan soal minat. Bagi saya syarikat-syarikat ini adalah lambang betapa longgar dan bermuka-mukanya pihak kerajaan yang pada satu masa menonjol dan menjuarai Islam tetapi dalam waktu yang sama melesenkan dan menyumbang ke arah kemajuan syarikat-syarikat ini.

Lebih parah lagi syarikat-syarikat ini bebas dan tidak dilarang dari mengambil kakitangan dari kalangan masyarakat Islam, sahamnya bebas dijual-beli oleh para pelabaur dan institusi Islam dan para pengarahnya pun boleh dilantik dari kalangan orang-orang Islam. Lebih celaka lagi syarikat-syarikat ini turut menyumbang kepada aktiviti dan badan-badan kebajikan termasuklah anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan susah dikalangan masyarakat Islam!

Dalam akhbar hari ini Genting Berhad yang termasuk dalam kategori syarikat yang terlibat dalam aktiviti haram oleh Syariah Advisory Council atau Majlis Perundingan Syariah Bursa Malaysia, kerana aktiviti perjudiannya, mengumumkan keuntungan bersih sebanyak RM1.5 billion bag tahun berakhir 31 Disember 2006 iaitu kenaikan sebanyak 25% berbanding tempuh yang sama tahun sebelumnya.

Jumlah keuntungan itu kalau dilihat melebihi bajet sebahagian besar kerajaan-kerajaan negeri di Malaysia!

Syarikat ini diasaskan oleh Tan Sri Lim Goh Tong setelah beliau diberikan lesen oleh kerajaan Persekutuan untuk menjalankan aktiviti kasino di puncak Genting. Yakin bahawa lesen itu merupakan lombong emas buat beliau maka Lim telah berani meneroka hutan tebal Banjaran Titiwangsa untuk membina mahligai judinya sebagaimana yang dilesenkan oleh kerajaan itu.


Hari ini ternyata Genting benar-benar menjadi lombong emas buat Lim, para pemegang saham dan para pengarahnya termasuklah yang Melayu dan beragama Islam.

Benar hari ini Genting Berhad turut terlibat dalam aktiviti perkilangan, tenaga, perladangan, perhotelan dan pengangkutan, tetapi jangan kita lupa, lombong emas perjudian inilah yang telah menghujankan keuntungan demi keuntungan kepada beliau untuk terus meneroka kebidang lain.

Syabas kerajaan BN kerana berjaya melahirkan seorang Billionaire dari kalangan rakyat Malaysia walaupun industri yang diceburinya itu dilaknat oleh Allah dan Rasul Nya.





Berikut adalah petikan dari kisah kejayaan Lim:






BERTEMU DENGAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Lim Goh Tong memberi taklimat kepada Tunku Abdul Rahman, perdana menteri pertama, mengenai rancangan Genting pada tahun 1969. Tahun 1975, Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak menyifatkan Genting sebagai seindah Switzerland. Tahun 1978, Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ketiga, mengesyorkan gelaran Tan Sri kepada Lim Goh Tong kerana sumbangannya kepada industri pelancongan. Tahun 1997, Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad merasmikan sistem kereta kabel Skyway.

No comments: