Saturday, March 10, 2007

Perkampungan Hadhari kerajaan akan belanja lebih RM10juta

Menurut Menteri di JPM Dr Abdullah Md Zin kerajaan BN akan melancarkan karnival Perkampungan Hadhari untuk tempoh beberapa hari disetiap 219 kawasan parlimen di seluruh negara. Ianya akan dianjurkan bersama oleh JAKIM dengan beberapa agensi yang lain.


Tujuan karnival ini adalah untuk menjelaskan kepada rakyat berkenaan 10 Prinsip Islam Hadhari yang dicipta oleh PM Dollah Badawi itu sejak tahun 2004.

Menurut Dr Abdullah lagi kerajaan akan memperuntukkan RM50,000 kepada setiap kawasan parlimen (sudah pastilah melalui ahli parlimen BN atau Ketua Umno bahagian di kawasan yang diwakili pembangkang) bagi menjayakan program ini bermakna kerajaan akan berbelanja lebih RM10 juta bagi tujuan ini.

Apakah mafaat karnival ini kelak kepada rakyat dan Islam?

Hari ini rata-rata rakyat sedang merintih kesusahan ekoran kenaikkan kos hidup yang menjejaskan penghidupan mereka. Gejala sosial dan keruntuhan akhlak dikalangan remaja khasnya semakin menjadi-jadi seolah diluar kawalan.

Rakyat teraba-raba mencari penyelesaian, apakah Islam Hadhari penyelamat mereka? Sejak diperkenalkan oleh Dollah Badawi pada tahun 2004 sehingga kini, ianya tidak nampak memberikan sebarang suntikan atau dorongan kepada rakyat selain yang jelas RM10 juta wang rakyat akan hangus mengagung dan menjulang-julang pengasasnya dan tidak lebih dari itu.

No comments: