Segera perkasakan BPR
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat BPR, Shmasun Baharin pihak BPR akan menyiasat setiap maklumat yang diterima berhubung salah laku rasuah termasuk dari sumber surat layang. Langkah ini harus diterus dan malah digalakkan kerana sememangnya dalam isu rasuah ini tidak ramai yang berani tampil ke hadapan.
Cumanya beliau menambah dari 11,000 maklumat bersumberkan surat layang yang diterima hanya 1,100 kes sahaja yang disiasat dan diambil indakan. Bermakna hanya 10% sahaja yang berasas.
Soalnya jika BPR berada di bawah JPM, dan bukan sebuah badan bebas, maka siapakah yang akan memastikan yang setiap pengaduan dari surat-surat layang ini benar-benar berasas atau benar-benar tidak berasas? Siapakah yang akan memastikan yang tidak ada kuasa ketiga yang akan mengarah atau mempengaruhi BPR agar tidak menyiasat dan tidak ambil tindakan, tutup sahaja fail: NFA (No further action)!
Sebelum ini jika tidak silap saya PM pernah membuat kenyataan bahawa dari maklumat-maklumat yang BPR terima berkenaan salah-laku rasuah, hanya 15% sahaja yang berasas dan diambil tindakan, manakala 85% yang lain tidak dapat diteruskan tindakan.
Kita ambil contoh pertuduhan terhadap Ketua Pengarah BPR yang sedang disiasat pihak Polis pada hari ini, jika tidak kerana Pengerusi GERAK, Sdr Ezam Mohd Nor yang mendedahkan surat dari bekas Pengarah BPR Sabah (yang kini sudah pencen) kepada Ketua Polis Negara ketika itu, berkenaan salah-laku Dato Seri Zulkifli, dalam satu sidang akhbar, mungkinkah kes ini juga akan masuk (atau sebenarnya telah pun masuk) dalam 85% yang dimaksudkan PM itu?
Entah berapa aduan yang telah masuk dalam tong sampah kerana diletakkan dalam kategori 85% itu.
Kita tidak mahu mana-mana tokoh atau individu yang melakukan jenayah keji ini bebas,kerana itu kita menunutut agar BPR selaku agensi yang menguatkuasan peraturan dan undang-undang anti rasuah ini seharusnya bebas dari pengaruh mana-mana pihak. Dengan itu mereka tidak akan terikat untuk menyiasat siapa sahaja hatta PM sekalipun.
Oleh itu bagi memperkasakan BPR dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap badan ini maka langkah untuk menaiktaraf BPR ini khasnya cadangan untuk meletakannya di bawah Parlimen sewajarnya dipandangans erius dan dilaksanakan.
Jika tidak maka lebih baiklah BPR mendapatkan bekalan tong sampah yang lebih besar kerana angka 85% itu tidak mustahil menjadi 100%.
No comments:
Post a Comment