Cemerlang, gemilang dan terbilang
Rasuah nombor 7 paling buruk
Dalam sibuk-sibuk PM Dollah Badawi menunggu-nunggu climax FEEL GOOD nya tiba-tiba terbit satu lagi report card pentadbirannya. Kali ini dari sebuah badan perunding yang berpengkalan di Hong Kong iaitu Political and Economic Risk Consultancy atau PERC.
PERC baru sahaja menerbitkan kajian berkenaan ekonomi negara-negara di rantau ini serta persepsi rasuah menurut pandangan para usahawan asing yang melabur dirantau ini. Kajian tahunannya yang diterbitkan semalam dibuat berdasarkan pandangan 1,476 eksekutif asing yang terlibat dalam 13 negara di rantau ini.
Hasil kajiannnya membariskan kedudukan negara-negara berdasarkan ukuran mata rasuah dari skala 0 ke 10. 0 adalah angka terbaik manakala 10 adalah yang tercorot.
Malaysia berada ditangga ke 7 dengan indeksnya berukuran 6.25 iaitu semakin buruk berbanding tahun 2006 bila indeks kita berada pada tahap 6.13. Negara Kominis Cina berada ditangga ke 6 di atas Malaysia dengan 6.29 mata manakala yang paling buruk adalah Filipina dengan 9.4 mata.
Mungkin bagi rakyat Malaysia hasil kajian ini tidak memeranjatkan kerana realitinya memang begitu bukan sekadar persepsi sahaja. Buktinya hari ini kita sedang menunggu-nunggu hasil siasatan terhadap ketua nombor satu agensi yang diamanahkan membenteras rasuah iaitu BPR yang turut disiasat atas pertuduhan rasuah. Demikian juga Timbalan Menteri yang diamanahkan menjaga keselamatan dalam negeri turut didakwa rasuah juga!
Menurut Presiden Transparency International (TI) Malaysia, Tan Sr Ramon Navaratnam walaupun pengukuran mengikut persepsi mungkin tidak berapa tepat namun sekurang-kurangnya ia ukuran berdasarkan penilaian seseorang terhadap tahap semasa sesebuah negara termasuklah Malaysia. Tambah beliau persepsi yang berterusan sesungguhnya mencerminkan realiti yang ada.
Sebelum ini pada tahun lepas TI dalam kajiannya meletakkan indek persepsi rasuah Malaysia ditangga ke 44 dari 163 buah negara di dunia. Tahap indek Malaysia adalah 5.0 (bagi TI 10 adalah sangat bersih manakal 0 adalah sangat korap) terus merosot dari tahun-tahun sebelumnya. Malahan untuk 2006 negara-negara Chile, Bhutan, Botswana dan Jordan jauh lebih baik dari Malaysia sedangkan mereka tidak pula ghairah mendakwa negara mereka maju dan serba mewah.
Balik kepada FEEL GOOD FACTOR Dollah tadi, inilah sebenarnya FEAR FACTOR yang menghantui negara tetapi cuba disapu ke bawah tikar. Angka terbaru PERC sebagaimana TI sebelumnya mencerminkan suasana di abwah pentadbiran Dollah, yang kononnya memngisytiharkan perang menentang rasuah tetapi hakikatnya rasuah semakin menjadi-jadi termasuklah dikalangan suku-sakat pembesar negara.
Kalau inilah FEEL GOOD FACTOR buat Dollah maka elok sangatlah beliau memanggil pilihanraya awal. Sekurang-kurangnya berdasarkan realiti yang ada rakyat boleh membuat ketentuan mukatamad samada gembira dan redha dengan yang ada atau mahu memilih untuk membuat perubahan.
Kalau menang besar juga BN sebagaimana tahun 2004 dulu, kita swastakan sahaja BPR dan biar kita duduk sebumbung dengan Filipina dan Myanmar (yang berada ditangga ke 160 dalam indek TI). Yang kaya terus kaya dan berkuasa yang miskin terus papa kedana hina dan diperlakukan.
No comments:
Post a Comment