Thursday, March 01, 2007

Pilihanraya atau tidak

Dalam akhbar Utusan semalam Ketua Penerangan Umno Senator Muhammad Mohd Taib dilaporkan sebagai berkata bahawa semua jentera Umno telah diarah membuat persediaan ke tahap sekuat mungkin bagi menghadapi pilihanraya umum.

Kata Mat Taib lagi jentera Umno kini dleatkkan dalam keadaan bersiap-sedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihnaraya umum pada bila-bila masa. Laporan Mat Taib itu dimuatkan sebagai tajuk utama muka depan Utusan semalam.


Tiba-tiba menurut BERNAMA sebentar tadi dari Sana, Yaman, Presiden Umno Dollah Badawi pula berkata:

All quarters especially Malaysian political parties not to be over-zealous in speculating the date of the next general election, and neglect their responsibility to the people.(Semua pihak terutama parti-parti politik tidak sepatutnya ghairah membuat spekulasai tentang tarikh pilihnaraya umum sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat)

Dont speculate and waste time over it
(Jangan membuat spekulasi dan membuang masa)

Ketua Penerangan riuh di kampung suruh bersiap-sedia, tiba-tiba Presiden nun jauh di Selatan Tanah Arab beritahu jangan buang masa. Mana satu yang betul ini atau dua-dua dah tak betul?

No comments: