Jangan sembunyikan kebenaran dari rakyat
Isu terapung semula kes dan pertuduhan terhadap Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah BPR Dato Seri Zul nampaknya semakin gawat, sengit dan rumit.
Dari Sana’a di Yaman, siapa yang sempat menonton Berita TV semalam dapat menyaksikan betapa serabutnya wajah PM apabila ditanya oleh para pemberita berkenaan isu yang sedang panas di tanahair ini. (Cuma saya perhatikan akhbar tempatan tidak pula memetik kenyataan Pak Lah itu, mungkinkah ada arahan?).
Di kaca TV semalam Dollah berkata beliau telah menelefon Ketua Polis Negara, dan Tan Sri Musa kata Dollah tahu berkenaan kes itu dan memaklumkan beliau yang ianya sedang disiasat. Menurut Dollah lagi setahu beliau ketika Dato Seri Zul dicadangkan untuk jawatan ini dahulu beliau tidak memiliki sebarang rekod untuk tidak melayakkan dirinya dar memegang jawatan tertinggi agensi pencegahan rasuah negara.
Tetapi menurut pendedahan terbaru ini kes-kes membabitkan Dato Seri Zul dikatakan bermula sejak beliau menjawat jawatan Ketua Polis Johor lagi, lama sebelum dilantik ke jawatan ini. Adakah ini bermakna tapisan yang dibuat terhadap Dato Seri Zul juga tiris, bocor dan lolos?

Di dalam negara Ketua Polis Negara kelihatan mengambil langkah proaktif apabila sanggup membuat siasatan baru dan dikhabarkan akan mengambil kenyataan dari Dato Seri Zul sendiri. Menurut akhbar The Star Tan Sri Musa mahukan sebuah Badan Bertindak Khas terdiri dari pegawai Polis, BPR dan Pejabat Peguam Negara untuk menyiasat segala pertuduhan terhadap Ketua Pengarah BPR ini.
Kita mengharapkan Tan Sri Musa akan bersungguh dan tidak mengizinkan mana-mana pihak samada menyembunyikan fakta atau melarikan diri dari siasatan ini. Rakyat mahu tahu perkara sebenar, rakyat tidak mahu dipermainkan lagi.
Cuma dalam pada bersungguh KPN kita itu kita lihat pula di muka depan Utusan lain pula kenyataan Peguam Negara Tan Sri Abd Ghani Patail. Kata beliau:
Beri saya satu alasan yang cukup kukuh bagi membolehkan kes Zulkipli yang ditutup 10 tahun lalu disemak semula.
Saya tidak pastilah bagaimana peruntukkan undang-undang dalam hal ini tetapi sebagai rakyat kebanyakkan kita lihat kenyataan bekas Pengarah BPR Mohammad Ramli Manan dalam suratnya kepada KPN sebelum bersara yang didedahkan oleh GERAK Isnin lepas (yang telah mencetuskan isu ini), menuduh bahawa BPR mendapat tahu pada tahun 1997 yang Dato Seri Zul memiliki kekayaan luar biasa dan dipercayai telah memperolehi harta melalui kegiatan rasuah.
Juga dalam surat Mohammad Ramli itu disebut jenayah seksual yang dikatakan melibatkan Dato Seri Zul, mungkin kes ini telah ditutup oleh pihak Peguam Negara 10 tahun lalu, tetapi adakah penutupan kes itu dilakukan dengan cermat atau terdapat unsur lain? Mungkin pihak Pejabat Peguam Negara berhak menutupnya 10 tahun lalu, tetapi kini rakyat juga berhak mahu tahu kenapa ianya ditutup dan kenapa dengan perkembangan terbaru ini satu siasatan baru tidak boleh dilakukan.
Malah PM sendiri secara jelas di Yaman semalam menyatakan bahawa beliau memberi lampu hijau agar KPN meneruskan siasatan, lalu demi keadilan dan kesaksamaan kita rasakan pihak Peguam Negara sepatutnya turut proaktif sebagaimana pihak polis di bawah Tan Sri Musa (dalam hal ini)!
Kini berbagai-bagai anggapan dan kemungkinan bermain di kepala rakyat sehingga mencetuskan krisis ketidakyakinan terhadap BPR dan kerajaan. Mungkinkah kerajaan tahu mengenai rekod Dato Seri ini namun meneruskan juga perkhidmatan beliau dengan tambahan kontrak 2 tahun kerana mengharapkan Dato Seri juga MENUTUP SEBELAH MATA dalam hal-hal berkaitan kerajaan terutama pimpinan tertinggi dan anak-beranak mereka?
Sesungguhnya tidaklah sihat untuk kita terus membiarkan rakyat terbelenggu dalam krisis ketidakyakinan ini melainkan kita mengambil langkah yang telus dan berani. Jika tidak sia-sialah segala slogan dan cogankata yang ditaja kerajaan kerana hakikatnya dari sudut praktik ianya hanya terpakai terhadap rakyat kebanyakkan tetapi pembesar dan bangsawan lepas dan lolos.

No comments:
Post a Comment