Monday, March 05, 2007

Bukit Aman kejar Utusan

Sebentar tadi Buletin Utama TV3 menyiarkan kenyataan dari Bukit Aman bahaw pihak polis sedang menyiasat sebuah akhbar kerana mengeluarkan berita palsu ekoran kes melibatkan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang heboh diperkatakan hari ini.

Menurut laporan tadi Ketua Polis Negara menafikan pernah memberikan sebarang kenyataan seumpama yang ditempatkan di muka hadapan akhbar berkenaan.





Berikut adalah berita dari Utusan Malaysia yang dimaksudkan:



Saya mahu BPR siasat Johari


Oleh Ruhaidini Abd. Kadir Ruhaidini@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 4 Mac – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, beliau tidak mahu berpolemik dengan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharom berhubung tuduhan polis gagal mengemukakan bukti yang cukup dan tidak menyiasat dengan betul penjenayah-penjenayah yang dirujuk di bawah Ordinan Darurat.




Menurut laporan Pengarang dan wartawan akhbar berkenaan akan dpanggil Bukit Aman.



Selalu kita dengar Bloggers yang dipanggil polis, tetapi hari ini akhbar dan pemberita pun nampaknya kena seret juga. uma saya perhatikan dalam kes Johari Baharom ini memang nampak keghairahan Utusan mengatasi akhbar-akhbar lain. Macam ada agenda tertentu sahaja??



Apa pun yang penting diharapkan yang bersalah akan dibawa ke mahkamah, diadili dan dihukum. Yang tak bersalah, tak bersalahlah.

No comments: