Macam orang gila
Salah seorang pengunjung regular ke BLOG saya ini membawa keperhatian saya bahawa kenyataan TPM Najib Tun Razak dalam akhbar BERITA HARIAN hari ini merujuk kepada tulisan saya. Sahabat saya itu menulis:
Roslan,Aku rasa berita ni berdasarkan tulisan anda.
Dalam berita harian:-
Ditanya mengenai laporan di internet yang menyebut wujud perbezaan pendapat antara beliau dan Perdana Menteri, Najib berkata: Kalau anda suka mendengar berita dari internet anda akan jadi gila, katanya.
Tulisan yang sahabat saya itu maksudkan mungkin catatan dalam BLOG ini pada hari Ahad lalu 11 Mac di bawah tajuk:
Konflik Dollah dan Najib sudah bermula
Dalam catatan saya itu saya menonjolkan betapa dalam isu 3,000 AP yang dikatakan dilulus oleh Jawatankuasa Khas Kabinet berkenaan AP yang dipengerusikan Najib Tun Razak, seolah begitu ketara konflik diantara Dollah dan Najib dalam hal yang penting ini. Dollah mengatakan AP itu dilulus (walaupun dilarang di bawah Dasar Automotif Negara)atas sebab-sebab tertentu, manakala Najib menafikan yang AP itu dikeluarkan setelah Dasar Automotif Negara diluluskan, dalam ertikata lain ianya kelulusn lama.
Ini satu contoh konflik antara kedua tokoh tertinggi negara, sebenarnya banyak lagi kejadian lain yang mengukuhkan tanggapan saya itu. Walaubagaimanapun saya tidaklah pasti yang TPM itu merujuk kepada tulisan saya.
Apa pun dalam kes asal yang ditanya oleh wartawan kepada beliau dalam majlis yang sama iaitu hubungan tegang antara Gerakan dan PPP juga sebenarnya membayangkan seakan tiadanya keseragaman antara beliau selaku Timbalan Pengerusi BN dan Dollah selaku Pengerui BN.
Dollah baru sahaja mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN beberapa hari lalu. Ketika itu konflik antara Gerakan dan PPP sudah diketahui umum. Mengapa selaku pengerusi Dollah tidak mengambil inisiatif meredakan suasana malah dari laporan-laporan akhbar selepas mesyuarat itu dilaporkan bahawa isu tuntutan PPP untuk mendapatkan kembali kerusi-kerusinya dahulu tidak langsung dibincangkan.
Dalam Berita Harian yang dimaksudkan Najib pula mengarahkan agar Gerakan dan PPP segera menyelesaikan perbalahan mereka. Tidakkah ini menunjukkan oleh Dollah seolah tidak ambil pusing manakala Najib pula selaku Timbalan yang terpaksa campur tangan.
Adakah kita menjadi GILA membaca tulisan saya ini atau memang orang-orang yang mencetuskan berita-berita inilah sebenarnya yang benar-benar GILA. Teringat pula akan sajak sahabat saya DINSMAN: macam Orang Gila!
Terima kasih Dood, gila belakakah kita agaknya?
No comments:
Post a Comment