Monday, March 12, 2007

Zakaria Md Deros kekal pimpin SBA

Semasa rakyat gawat menyaksikan skandal yang melibatkan ADUN Pelabuhan Kelang Zakaria Md Deros, yang sehingga memurkakan Baginda Sultan Selangor, terdapat satu lagi isu yang melibatkan malapetaka besar Umno Selangor ini sedang memuncak.

Zakaria dalah juga presiden Persatuan Badminton Selangor atau SBA.

Ketika itu berlaku perubutan kuasa dalam SBA apabila ada kalangan EXCO SBA mendedahkan yang Zakaria turut terlibat dalam membuat beberapa keputusan yang mencurigakan semasa menjawat jawatan presiden. Lalu berlakulah usaha untuk menjatuhkan Zakaria.

Satu mesyuarat agung dipanggil pada 9 Disember lalu dan Zakaria telah digugurkan apabila Timbalan Presiden SBA V. Subramaniam nama tunggal yang dicalonkan sebagai presiden.

Zakaria tidak mengiktiraf mensyuarat agung tersebut lalu mengadu kepada pejabat Pesuruhjaya Sukan.

Menurut akhbar The Sun, Pesuruhjaya Sukan Tan Sri Elyas Omar telah membuat keputusan bahawa atas sebab-sebab tertentu mesyuarat 9 Disember itu dikira tidak sah dan dengan itu Zakaria masih dianggap sebagai Presdien SBA yang sah sehinggalah satu mesyuarat agung yang baru dipanggil. Jika mesyuarat agung yang baru gagal diapnggil SBA mungkin digantung oleh pihak pesuruhjaya.

Nampaknya berkepaklah kembali Abang Zeck dengan keputusan ini. Mungkin beliau boleh menyingkirkan siapa sahaja yang merupakan beban bagi beliau, dan SBA pasti akan memuncak maju sebagaimana memuncaknya istana beliau di Pandamaran dab bekas DZ Sata House dahulu?!

Sementara itu, apa khabar mutu badminton Selangor?

(Menurut akhbar yang sama akibat krisis SBA ini akaunnya telah dibekukan manakala 3 kakitangan dan 7 jurulatihnya telah tidak menerima gaji mereka sejak Disember lalu. Demikian juga 60 pemain Selangor yang sejak Januari tidak emnerima elaun mereka).

No comments: