Wednesday, March 07, 2007

Ayuh bersama dalam perjuangan ini

BLOG ini menerima kunjungan yang ramai setiap hari dan rata-rata mereka yang mengunjunginya menurut statistik yang terkandung dalam onestatfree.com terdiri dari pelbagai latarbelakang dan profesyion.

Disamping para siswa dan pensyarah di IPTA dan IPTS tempatan, ramai juga dari pusat-pusat pengajian tinggi luar negara disamping sahabat-sahabat yang berkerja mencari rezeki di luar Malaysia.

Selain itu kakitangan kerajaan dan swasta disamping kawan-kawan di syarikat-syarikat media tempatan termasuklah peminat dari Bukit Aman!

Saya yakin dan percaya kecuali sekerat dua yang mungkin mengunakan BLOG ini bagi tujuan risikan dan pemantauan, yang lain-lainnya berkunjung ke sini kerana berminat untuk mendapatkan perkembangan darihal isu-isu semasa dari perspektif yang alternatif. Kerana itulah juga laman dan blog lain termasuklah Harakahdaily, Malaysiakini, Jeff Ooi, Umno-Reform, Malaysia Today turut mendapat kunjungan yang besar, lebih besar dari Blog ini.

Dari komen-komen yang diberikan sejak dari mula lagi saya menulis, saya dapati ramai yang mempunyai idea yang bernas dan boleh membantu dalam perjuangan menegakkan keadilan dan merobohkan kezaliman ini.

Sesungguhnya menjadi tugas dan tanggungjawab kita semua untuk saling bantu-membantu bagi memastikan kemungkaran yang ada disungkurkan dan diganti dengan yang baik dan makruf.

Gendang dan api pilihanraya sebagaimana kita semua sedari sudah mula dipalu dan sudah mula terasa hangatnya. Lalu demi kepentingan rakyat dan negara bagi memastikan perubahan total akan berlaku kali ini, setelah 50 tahun kita mengecapi kemerdekaan, maka sumbangan, idea dan input anda semua sangat-sangat diharapkan untuk dimanfaatkan dalam perjuangan kudus ini.

Kepada anda yang ikhlas dan prihatin silalah emailkan kepada saya saham perjuangan tuan-tuan itu. Insyallah semoga setiap kita terbabit sama dalam menebus maruah umat dan bangsa yang semakin gelap dan tercalar itu. (Semua email yang diterima insyallah akan dianggap P&C)

Emaikan ke roslansms@gmail.com

Terima kasih.

No comments: