Khir Toyo: Jangan lari dari kenyataan
Sejak pihak media melaporkan hasil kajian yang dibuat oleh Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja Dr Khaidzir Ismail dari UKM berkenaan trend sosial anak-anak murid yang bermasalah di sekolah-sekolah menengah, banyak pihak gelabah dan mula mempertikaikannya.
Rabu lepas saya menulis betapa Dato Rais Yatim tidak mahu ketinggalan memberikan pandangan dalam hal ini walaupun ianya tidak berkaitan dengan portfolio beliau telah memepertikaikannya walaupun Menteri Pelajaran telah mengarahkan Setiausaha Parlimennya utnuk membuat kajian.
Hari ini Menteri Pembangunan Wanita Sharizat Jalil pula memberi komennya. Shahrizat walaupun tidak mempertikaikannya tetapi menuduh bahawa kajian ini hanya memberi tumpuan kepada masalah kecil, sedangkan ramai lagi golongan remaja perempuan yang baik dan rajin. Adakah ini maslah kecil?
Saya kira kajian ini bukan bermaksud menghukum semua gadis sebagaimana yang dinyatakan Shahrizat. Jika Shahrizat dan Rais serta yang lain-lain melihat pada tajuk kajian ini, tajuknya sendiri akan memahamkan kita maksud tumpuan kajian ini. Kajian Dr Khaidzir ini berbunyi:
Kajian Profil Remaja Perempuan Berisiko Tinggi
Bermakna yang mahu dikaji adalah perempuan yang bermasalah dan apa masalah mereka. Ianya bukan merujuk kepada perempuan IN GENERAL tetapi spesifik kepada yang bermasalah. Lalu yangs sepatutnya kita beri tumpuan sekarang dari pada kita menyerang seorang pakar yang ikhlas membuat kajian, adalah apa yang seharusnya kita lakukan untuk memastikan yang kelompok kecil ini dipulihkan agar penyakit mereka tidak nanti merebak kepada yang lain.
Itu sepatutnya CONCERN para menteri dan pemimpin kita, bukan sebaliknya. Janganlah menuduh ada pihak mahu menghukum semua gadis kita, sedangkan tak ada pun orang yang berbuat demikian.
Sementara itu akhirnya kerajaan negeri Selangor yang sebelum ini menikus apabila hasil kajian ini didedahkan (kerana sampling nya adalah dari sekolah-sekolah di Selangor) hari ini mula bersuara. Terus sahaja MB nya berkokok (sebagaimana dilaporkan The Sun hari ini):
Study on high risk school girls inaccurate
Kajian atas gaids sekolah berisiko tinggi tidak tepat
Membaca laporan The Sun ini membuatkan kita begitu mual dan tidak senang perut melihatkan penilaian seorang bertaraf MB terhadap kajian dari seorang bertaraf pakar.
Kata Khir beliau telah membaca keseuluruhan hasil kajian ini dan mendapati SEVERAL FACTS atau beberapa maklumatnya tidak tepat. Apa yang tidak tepat? Antaranya bilangan penduduk negeri Selangor, muka satu sebut 4.1 juta, muka dua sebut 4.7 juta.
Aduhai adakah kerana itu maka seluruh kajian ini ditolak Khir?!
Cuba anda nilai kenyataan Khir yang dipetik The Sun ini:
On the question of sex, some people say touching with mouth is sex, and brushing noses is also sex. See even the definition of sex is not correct.
(Berkenaan seks, ada yang mengatakan bersentuhan mulut adalah seks, menyentuh sesame hidung adalah seks. Lihat malah definisi seks pun tidak betul)
Kata Khir lagi laporan ini bukan dikeluarkan oleh kerajaan negeri tetapi kesimpulannya dibuat sendiri oleh Dr Khaidzir.
Bagi saya inilah seorang MB yang paling bongkak dan sombong. Beliau yang arahkan pihak UKM membuat kajian (sebagaimana yang disahkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi dalam kahbar yang sama) tetapi apabila hasil kajian membuatkan satu negara memberikan tumpuan kepada Selangor, lalu beliau cuba melepaskan diri dan menyalahkan pula si pakar yang dimintanya membuat kajian itu.
Bagi saya lagi Khir sebenarnya bimbang setelah hasil kajian ini diketahui umum orang mula pertikaikan bagaimana sebuah Negeri Maju gagal memajukan akhlak rakyatnya, sedangkan memajukan rohani dan jasmani adalah slogan yang Khir jaja seluruh kampung sejak menjadi MB lagi!
Saya harian mengapa kita menembak mati orang-orang kita sendiri sedangkan mereka yang bertungkus lumus membantu kita. Khir sepatutnya menggunakan angka-angka ini untuk bermuhasabah dan melihat dimana kegagalan beliau. Ini realiti, ini kenyataan, jangan cuba lari darinya!
Ini baru kajian membabitkan 887 pelajar perempuan sekolah menengah yang berisiko tinggi iaitu 20 dari setiap sekolah menengah, bagaimana dengan seluruh sekolah menengah di Selangor? Bagaimana dengan yang tidak berisiko tinggi?
Insaf dan sedarlah akan kelemahan kita. Kenal pasti dimana kekurangan dan kesilapan kita. Jangan hanya laparkan pujian dan yang indah-indah belaka, tetapi gentar dan bacul berhadapan dengan yang sebaliknya.
Samalah bila Bursa Malaysia melonjak ALL TIME HIGH kita berjalan bagaikan mendongak langit mendabik dada akan kehebatan kita, tetapi bila merudum jatuh, ahhh dunia dan rantau sekeliling yang silap, kita sebenarnya masih teguh.
Sedaarlah kepura-puraan sebegini akan hanya meranapkan negara dan bangsa kita sendiri.
No comments:
Post a Comment