Wednesday, April 30, 2008

Menteri Penerangan yang singkat dan cetek pemikiran

Dewan Rakyat hari ini memulakan persidangannya setelah dirasmikan oleh SPB Yang Dipertuan Agong semalam. Sebagaimana yang dijangkakan oleh seluruh rakyat Malaysia, siapa sahaja yang celik politik dan peka akan perkembangan semasa, bahawa sidang kali ini dijangka hangat memandangkan kehadiran wakil pembangkang yang besar sehingga menafikan BN majoriti 2/3.

Dengan 82 wakil pembangkang berbanding tidak sampai separuh bilangan tersebut pada penggal yang lalu sudah pastilah BN selaku kerajaan akan lebih teruji dan ini sudah pasti merupakan suatu perkembangan sihat dalam dunia demokrasi. Dengan syarat sebagaimana titah Tuanku semalam bahawa ahli-ahli dewan mestilah menunjukkan tingkah laku yang terpuji.

Sehubungan dengan itu tanpa sesiapa yang mendesak pihak RTM di bawah menterinya yang baru, tiba-tiba membuat keputusan bahawa persidangan dewan khasnya semasa sesi soal-jawab, bagi 30 minit yang pertama akan disiarkan secara lansgung melalui RTM. Sudah pastilah menteri yang bijaksana itu, bekas pensyarah universiti pula, sedar dan tahu akan komposisi baru dewan, dan kalau dia bijak juga menjangka akan implikasinya.

Rakyat rata-rata memuji langkah itu, dan si menteri sudah pasti memungut "political mileage" dari tindakannya itu, tetapi dia tidaklah boleh menjangkakan yang jika sesi itu dibuat "live" semua ahli-ahli dewan akan berlakun mengipas dan memuji kerajaan dan BN, jika begitulah andaiannya, saya mengira si menteri ini memang singkat akal dan lebih teruk lagi dari mantan menteri yang lalu yang kalah dalam PRU ke 12 itu.

Oleh itu apabila si menteri ini hari ini mengancam akan mengkaji semula keputusan siaran "live" (baru hari pertama ditayangkan) ini maka saya menganggapnya sangat kebudak-budakkan dan amat tidak layak untuk duduk dibangku menteri! Cetek dan singkat pemikirannya, tidak GLOKAL dan tidak mencerminkan menteri berfikiran kelas dunia pertama.
Malulah Shabery........

10 comments:

Harris said...

Menteri Penerangan sekarang baru nampak mengapa mantan Menteri Penerangan dahulu tak mahu membuat live telecast persidangan Parlimen . Kata orang tua-tua , cerdik tidak semestinya berakal . Masa akan menentukan samada Menteri Penerangan sekarang cerdik dan berakal , cerdik tapi tak berakal , berakal tapi tak cerdik ataupun tak cerdik dan tak berakal .

Anonymous said...

maka akan terbuka pekung di dada dan ketidakupayaan serta kerja rumah yang tidak konsisten dan hanya berharap sejumlah wang...itulah perangai wakil -wakil kerajaan

Anonymous said...

elok juga dia buat macam tuu...biar rakyat tau yang budaya BN memang macam tuu...senag sikit kerja PRU13 nanti

Anonymous said...

nak kaji semula? silakan buat yang terbaik untuk diri, kemudian baru fikir hak kebaikan orang ramai,
lagi satu kaji tentang penaja, dan siarkan senarai penaja dan sumbangan tajaan mereka itu.

drp: orang ulu yang bengap.....

Anonymous said...

Assalamualikum WBH..semua blogger,

Yea lah..yang tinggal dalam BE END dan AMENO tu semuanya kakak tua, yang cerdik pandai semuanya dah kalih (Tukar)tinggallah raSHIT sebagai kuda tunggangan mereka..tak boleh pakai itu,tak boleh pakai ini...hiduplah kita seperti di zaman batu..

Anonymous said...

try baca utusan hari ni..
lawak gile..tunjuk budak sekolah tengok persidangan parlimen..
time tu la geng2 BN nak berlakon baik, lepas tu dah die tunjuk takde dah pasnie live...yg akan ada pn edited version yg menunjukkan perangai2 buruk anggota PR jek..
semoga golongan2 munafik ini diajar. Ya Tuhanku , insafkan lah golongan2 engkar ini.

Unknown said...

Bukan saja menteri penerangan yg tak profesional, semua media utama pun dah mula tunjuk perangai hodoh mereka dulu. Tak serik-serik. sampai rakyat naik muak. DEB, babi, pemecatan ketua kampung, sekarang tukar pengarah JAIP. Siar berita ambil kenyataan sebelah pihak. Begitulah nasib yg telah dilalui oleh kerajaan kelantan sejak hampir 20 tahun lepas.

Anonymous said...

menteri penerangan yg tak berapa terang..BLUR!

Anonymous said...

sekalung tahniah!

Dan terbukti sebahagian besar wakil BN ni tak layak jadi MP. Lebih kelakar dari filem comedy jalan ampas.

ps-Lepas ni suruh pula menteri ni buat siaran terus menerus cara membaut keropok lekor, songket dan nasi dagang.

Anonymous said...

Yg serius hari pertama usul PAS mengenai roylati minyak Terengganu yg terus dianaktirikan, berbanding Sabah atau Sarawak.

Syabas kpd PAS krn mengusulkan perbincangan atas perkara yg bukannya tak urgent, tetapi sebenarnya long overdue.

Tak tahulah apa sikapm sebenar MP-Mp BN dari UMNO termasuk Menteri Penerangan.

WSekarang ni kerajaan Pusat bnak bagi balikn atau tidak? Kalau tak nak, rakyat, individu, pembesar dan Raja Terengganu perlu terus bangkit berjuang menerusi segenap saluran yang ada.

Kenapa perlu terus dibiar Kerajaan yg tidak ada keprihatinan buat nyenyeh kpd negeri dan rakayat Terengganu, malahan rakyat Malaysia keseluruhannya?