Thursday, April 24, 2008

Kerajaan Malaysia tunduk pada Amerika

Saya perhatikan cuma NST sahaja yang melaporkan insiden besar ini. Suatu perbalahan diplomatik yang telah mencemar majlis Persidangan dan Pameran Pertahanan (11th Defence Services Asia DSA 2208) di PWTC. Malah ia turut mencemarkan nama baik dan hubungan dua hala antara kerajaan Malaysia dan Republik Islam Iran.

Menurut laporan NST syarikat-syarikat dari Republik Islam itu (iaitu sebanyak sembilan kesmeuanya) telah diarahkan oleh pihak penganjur, DSA Exhibiton and Conference Sdn. Bhd. agar menutup pameran masing-masing dan pulang kerana telah menerima bantahan dari Kedutaan Amerika Syarikat.

Kononnya pihak Kedutaan AS telah menghubungi pihak penganjur, Kementeria Pertahanan dan Kementerian Luar Negeri mengancam bahawa Amerika Syarikat akan menarik diri dari Persidangan dan Pameran berkenaan kiranya pihak penganjur tidak "menghalau" keluar wakil-wakil Iran. Alasannya: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) telah mengenakan sekatan terhadap Iran Oktober lepas atas kontroversi program nuklearnya.

AS menghantar 26 syarikat iaitu perwakilan terbesar untuk DSA ini.

Akhirnya akur dengan tekanan dan desakkan AS, pihak penganjur terpaksa "menghalau" wakil-wakil Iran, walaupun mereka telah membuat rayuan. D

emikianlah berakhirnya satu episod yang sangat memalu dan mengaibkan semua pihak. Bagaimana ini boleh berlaku? Saya mengharapkan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan membangkitkan isu ini dalam Persidengan Dewan Rakyat bermula 28 April ini nanti.

14 comments:

Anonymous said...

anak lembu punya malaun meno! Biarler diaorang tu mempamerkan apa yang diorang ade!

Lembu amrika mana yang membantah nie! Kedutaan amrika gila tu! Pegi gol sama dia dah! Yang ko kalut sangat nape bedol? Tarak telor ke bedol?

Apa nak menjawab ngan Iran tu bedol? Maap aje lah mR. President of Iran, aku tarak telor, telor aku ada kek si Jin ke?

Poooorah lah...lu! Mana najib menteri pertahanan yang banyak share nie? Apa jawapan wakil rakyat Mongolia nie? Kita tunggu!!!!!

Anonymous said...

sdr,
ini satu lagi episod membuktikan Islam tetap gemilang.Umat Islam Iran berjaya menjadi satu kuasa baru dan memberi ancaman kepada Amerika.maka negara-negara umat Islam yang lain mestilah mengambil keyakinan bahawa tanpa Barat umat Islam akan maju dan berjaya, termasuklah negara Malaysia.

sampai bila-bila pun Amerika tidak bersetuju dengan Islam ( kekuatan ) tanpa mengira Iran ke ,pakistan ke dll, apa yang penting dari sibuk mengejar pujian Amerika lebih baik mempersiapkan kekuatan Islam yang sebenar.
Sejarah telah lama bercakap mengenai perkara ini,

sekian

Anonymous said...

Iran kata segala pencapaian teknologi persenjataannya yg serba moden adalah kejayaan utk seluruh umat Islam. Malangnya 2 gajah yg bergaduh ni, sang kancil yg menjadi mangsa.

Anonymous said...

USA sangat cemburu dengan keupayaan persenjataan RI Iran, malah matrix logic dalam electronics RI Iran lebih cabggih dan lebih tepat kerana mereka sangat berkebolehan dalam calculus dan mathematik!

sekeh sket...

abuMuhammad said...

Ok apa! Jgn berurusan dgn negara Syiah.

Anonymous said...

jangan berurusan dengan negara syiah?
dengan negara kapir laknatullah takpe?

kepala hotak kamu!! jilat la orang-orang kapir nuh...

mereka tu ahlilbait, jauh lebih mulia dari kamu dan bapak kamu dan seluruh keturunan dari sulbi kamu tuh... mereka sanggup ke medan perang menegakkan Islam, kamu? bersedapan dengan bini dan anak-anak depan tibi menonton rancangan dakyah kapir laknatullah...

Letting the time pass me by said...

Kalau nak anjurkan sesuatu kena la profesional dan ambik kira semua sudut, jangan asyik nak kira untung aje...

Sedangkan artis pun boleh berbalah, kalau A datang majlis tu maka B tak nak datang, inikan pula kuasa Tentera... Maybe Amerika takut Iran akan curi teknologi Amerika...

Tapi Amerika pun tak bijak... At least kalau Iran datang, dia boleh buat survey tentang teknologi Iran...

Ini Ibnurosly macam kenal aje...

Anonymous said...

ibnurosly, walaupun iran syiah tidak sama dengan kita ahlussunnahwaljamaah, mereka adalah lebih baik dari amerika yang sentiasa memerangi Islam dan umatnya

Anonymous said...

Inilah permainan US utk melaga-lagakan puak sunni & syiah. Jelas skrg ini puak syiah lebih rela mengalah demi perpaduan umat islam jika d bandingkan dgn puak sunni sptmana d Iraq. Berbaik dgn negara Islam adalah lebih besar faedahnya jika d bandingkan dgn negara yg kuat menghuru-harakan dunia spt Israel, US & Britian.

Anonymous said...

Yala....syiah lebih baik dari kafir. Syiah tu ahlulbait...kepala hotak kamu. Mana kamu dapat semua ni. Dua-dua tu tak leh pakai. dua-dua tu musuh islam yang sebenar. Kalau benar le syiah tu ahlulbait....naper dalam kefahaman mereka ada penghinaan kepada sahabat. Penghinaan keatas sahabat adalah seperti penghinaan keatas rasullullah s.a.w. so sama le apa yang telah dibuat oleh kafir belanda....faham ke tak faham. tak faham lantak kamu leeee.

Anonymous said...

Hanya Allah yg Maha Mengetahui & memimpin sesiapa yg d kehendakiNya. Allah tuhanku, Muhammad penghuluku, Al-Quran imamku, Kaabah qiblatku, orang islam saudaraku & hidup dan matiku atas kalimah LA ILA HA ILLALLAH

abuMuhammad said...

Relaksss la,
Kalau tak terima pandangan orang pun jgn le nak maki2 org.

Saya tak kata pun Iran tu lebih baik dari geng kapir laknatullah. Baca betul2 apa yg saya tulis.

Kalau nak berurusan dgn diaorg, no hal. Jgn sampai aqeedah tergadai udah.

peace...

Anonymous said...

Satu tindakan yang memalukan agama islam. dimana sebuah negara yg mengaku islam hadhari tunduk kepada yahudi.Bagaimana orang-orang seperti pengeluar filem fitna dan pengarang bahan terlaknat seperti salman rushdie tidak secara terang-terangan menghina islam...lihatlah..kerana kita yang mengaku negara islam dan bekas negara pengerusi OIC (w/p tidak berfungsi) dan masih ahli OIC...secara suka rela tunduk kepada mereka... ya Allah jauhkanlah azab dari kami semua rakyat Malaysia disebabkan pimpinan yang tidak menegakkan amar makruf dan nahi munkar ini...kerana yang memilih mereka bukan kami ya Allah.. yang memilih mereka ialah mayat-mayat...dan pemalsuan semata-mata...

Anonymous said...

kenapa semua amcam tergesa2 sangat...
bro roslan terang2 tulis yang menghalau diorg is the company yg organize the event... being the company itself, economically it is better to lose 6 customer than 26...
maybe im wrong, but it doesnt seem(from the report) that govt is involved in the issue...maybe owner company to pun nonmuslim... kita tau ker... kalau muslim pun, perhaps the financial effect is too big....

if ask govt to masuk campur... kita dah tak sokong freetrade lak... tak demokratik pulak...

dilemma kan??? but thats the reality... perhaps kalau saya, ill keep the us...get their money, work with the iranian under the table...use the money fropm the US for the muslim...very simple...

we who only hear from the surface should not try criticise much unless we dive in ourselves