Monday, April 14, 2008

Polis jangan ganggu "Black 14"

Pada hari ini tanggal 14 April, 2008, bekas Timbalan Perdana Menteri dan kini Penasihat PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim secara rasminya dibenarkan memegang jawatan politik dan bertanding dalam pilihan raya. Setelah 10 tahun beliau tersingkir dari arus perdana politik negara atas konspirasi jahat musuh-musuh politiknya, hari ini Anwar kembali bebas sebagai seorang rakyat Malaysia biasa.

Bezanya ketika beliau diperlakukan dahulu, cuma rakan-rakan dari PAS dan DAP bersama-sama beliau, tetapi hari ini, parti yang diasakan atas perjuangan beliau, iaitu PKR bersama Pakatan Rakyat (PAS dan DAP) menguasai 5 buah negeri dan 81 buah kerusi di Dewan Rakyat dan isterinya Datin Ser Dr Wan Azizah adalah Ketua Pembangkang.

Hari ini adalah hari perayaan besar, bukan hanya buat Anwar sekeluarga tetapi buat semua yang berjuang menuntut kebenaran dan keadilan. Lantas majlis rasmi menyambut peristiwa keramat bersejarah ini akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu, Kuala Lumpur.
Kelab Melayu tertua di KL ini (yang mengambil sempena nama Sultan Selangor ketika itu) menyimpan sejarah dan nostalgia kerana di premis inilah satu ketika dahulu badan-badan NGO Melayu berhimpun untuk menubuhkan Umno. Yang hadir termasuklah semua tokoh Melayu kiri dan kanan se Tanah Melayu. Walaupun KL kini bukan lagi berada di bawah jajahan Selangor namun Kelab ini terus milik kerajaan Selangor, MB Selangor otomatik adalah Pengerusinya. Bersejarah sungguh, hari Anwar bebas, dan Pengerusi Kelab Sultan Sulaiman adalah Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Pakatan Rakyat Selangor!

Lalu saya hairan mengapa tiba-tiba pihak polis begitu terganggu atau "agitated" dengan program ini? Biarlah ia berlangsung dengan baik dan aman, bukankah ytang hadir itu juga nanti orang yang baik-baik dan dianungi pula oleh MB Selangor. Memanglah ramai yang akan hadir kerana rakyat jelata semua mahu merayakan hari bersejarah ini.

Saya syorkan pihak polis hadir sekadar untuk menjaga lalu-lintas, tetapi janganlah bertindak keterlaluan sehingga menganggu majlis rakyat ini.

Pihak polis perlu ingat, disamping kelemahan Dollah Badawi, kos hidup yang meningkat, rasuah dan kadar jenayah yang tinggi, keganasan dan kekasaran pihak polis terhadap rakyat juga merupakan faktor besar kekalahan BN dan Umno dalam PRU yang lalu.

Janganlah terus bersikap kasar terhadap rakyat sendiri, ini bukan himpunan haram ini majlis merayakan kebebsana pemimpin rakyat. Saya merayu pihak polis agar bertindak adil dan menggunakan budi bicara, tahniah Dato Seri, rakyat menunggu-nunggu anda sebagai PM Malaysia yang ke 6.

9 comments:

Anonymous said...

kenapa kita harus mengheret rakyat dalam hal. Kebebasan ini adalah kebebasan anwar dan bukannya kebebasan atau kemerdekaan rakyat.

Saya tidak anti anwar tetapi saya lihat budaya mengagungkan pemimpin dikalangan kita masih wujud dalam pakatan rakyat. saudara harus sedar budaya inilah yang merosakkan UMNO dulu,kini dan selamanya.

Anwar hanya pemimpin bagi sesetengah kelompok manusia. Bagi saya(dan saya yakin ramai lagi),tidak menganggap Anwar sebagai pemimpin yang ikhlas dan sejati. TG Nik aziz lebih menyakinkan rasanya.

Secara peribadi saya berpendapat Anwar adalah manusia yang pantang dicabar. Beliau adalah manusia yang akan membuktikan dia boleh melakukan sesuatu walau halangan besar. Dia masih punyai impian untuk menjadi PM.

Saya tak maksudkan dia tidak layak, tetapi jika dia ikhlas berjuang untuk rakyat dia tidak akan mengadakan majlis besar-besaran seperti ini dengan nama yang agak menakutkan. Dia nak rakyat mengingatinya. menyangjungnya. Cuba lihat Raja Nazrin Shah pada majlis perkahwinan beliau, beliau adakan begitu sederhana sedangkan dia berdarah diraja dan orang melayu amat menyangjung raja dan dia berhak mendapatkan lebih.

Apa guna kita merayakan kebebesan orang lain jika kita masih terkonkong. Bebaskan oarng kita dari belenggu kekufuran dan kemiskinan dahulu, Anwar hanya manusia biasa yang tetap melakukan kesilapan. Percayalah, suatu hari nanti PAS pasti akan menyesal.

Harris said...

Kepada anonymous ,apakah salahnya PKR merayakan kebebasan DSAI . Kenapa sdr yang tidak berani meletakkan nama walaupun didalam komen bersungguh-sungguh menyerang peribadi Anwar dengan mempersoalkan keihklasan beliau ? Jika pemimpin-pemimpin PAS seperti Datuk Nik Aziz dan Datuk Hadi Awang dan Lim Kit Siang dari DAP boleh menerima DSAI , kenapa tidak orang lain .

Adakah sdr yang tidak bernama itu , merasa tidak senang dengan sambutan PKR untuk Anwar ? Untuk pengetahuan sdr yg tidak bernama , saya juga bukan peminat Anwar tetapi saya juga menghormati hak PKR untuk meraikan ketua mereka .

Saya berpendapat janganlah perasaan dengki dan hasad terhadap Anwar membutakan hati sdr yg tidak berani meletakkan namanya sendiri dan menafikan hak - hak org ramai untuk meraikan ketua mereka sendiri .

Harris said...

Kenapa kita perlu mempersoalkan keikhlasan Anwar ataupun PKR ? Saya bukan peminat Anwar tetapi saya juga menghormati hak PKR untuk meraikan kebebasan ketua mereka .

Janganlah kebencian sdr yang tidak berani meletakkan nama didalam komen ini kepada Anwar menyebabkan sdr menafikan hak asasi mereka .

Cerminlah diri kita sendiri sebelum menghukum seseorang itu .

Anonymous said...

bro...komen lu benar belaka....tapi ko kena paham, ni politik. Politik perlu ada wayang. Kalau duduk diam2 bukan politik namanya.

lan said...

whatever it is DSAI is a better choice than Badawi or najib or anyone from umno-bn

give him a chance. if he can't deliver, the people can voice out again come 5 years

Anonymous said...

silap dan salah seseorang itu perlu di tegur untuk kebaikan dan pembetulan, dati kalau tegur membawa aib dan keburukan itu adalah dilarang sama sekali.
tapi yang hairannya ialah bila ada orang yang nak tegur kesilapan yang umno lakukan terhadap orang melayu, ada orang yang membantah teguran tersebut, walhal yang dapat kebaikan bukan orang lain tapi orang umno juga. tapi memang hairan perangai kebanyakan orang umno, banyak buruk dari baik, tak percaya ke?

Anonymous said...

satu bende aku nk tanya org2 anonymous nie.

korg memang tak nak letak nama ke atau tak reti nk guna radio button kat choose identity section tu.

Anonymous said...

Salam...
Nak Test, kalo taick kat Name/URL tu keluar nama ke tak, kalau keluar, aku akan buat macam tu lepas ni, sebelum ni senang, taip je komen, pastu send, maklumlah, tak pernah bag komen kat blogger... Ni first komen dr aku... :)

Anonymous said...

minta maaf...saya lebih suka guna nama pena saya...im sure bro roslan recognise this name...

i agree with anonymous(the first one, that is) regarding mengagungkan pemimpin...

one thing that i see in Umno is budaya agungkan pemimpin mereka....how come their face have to be put on the wall of everyyyyy govt building...who are they???

none of the politician in this country, be it PM, or MB selangor...umno or pas etc own the country...they are just handling...they are not higher than the anyone else...

in democracy executive body,parliament,judiciary are all under the AGONG.... but Umno dont think so...they want to put their photos next to agong as well...

just hope PAS PKR n DAP doesnt think the same way...its fine with celebrating(though I really hope it comes from personal fund not state)...but not to the level of agung2kan...

its true he is a fighter, he inspire everyone(inc me)...but stop at that, he is no one...just like us....

so pls stopp all this mendewa-dewakan pemimpin...
we support the principles not the principal...