Monday, April 28, 2008

SPR terus tempang dan cacat

Tidak cukup dengan memperkenalkan peraturan yang tidak efektif dan masuk akal, iaitu dengan mensyaratkan waris mana-mana pengundi yang telah meninggal dunia agar menyerahkan salinan sijil mati kepada pihak mereka sebelum nama pengundi tadi dapat dikeluarkan dari daftar pengundi induk, SPR terus bernafsu kali ini mahu mengawasi pula kempen melalui internet!

Tajuk muka depan BERITA HARIAN hari ini:

SPR awasi kempen internet. Tindakan dikenakan jika clon parti politik salah guna lama web, blog, SMS

Menurut laporannya calon dan parti politik yang berkempen menggunakan laman web, blog atau SMS pada pilihan raya akan datang boleh dikenakan tindakan oleh SPR jika mereka didapati melanggar peraturan ditetapkan.

Saya hairan mengapa itu keutamaan SPR? Sedangkan apa yang mereka namakan kaedah konvensional pun tidak nampak keberkesanan pengawasan mereka. Pembolotan dan monopoli media saluran perdana, TV, radio dan akhbar oleh BN pada pilihanraya umum lalu terlepas pandangan begitu sahaja. SPR tidak pula nampak penting untuk pastikan yang liputan seimbang diberikan kepada semua pihak yang bertanding. Tidakkah liputan berat sebelah sebagaimana berlaku dalam PRU lalu dan semua yang sebelumnya mencerminkan ketempangan dan kecacatan demokrasi dalam negara kita yang sepatutnya diawasi SPR!

Kalau media kita seimbang, tidak ada siapa yang akan cenderung kepada media alternatif, masalahnya media arus perdana kita digunakan sepenuhnya oleh BN, dibolot, diratah, dimamah bawah dagu SPR, tetapi SPR tidak berbuat apa-apa, tiba-tiba hari ini mereka mahu mengawasi kempen diinternet.

Begitulah SPR kita.

10 comments:

Anonymous said...

Jika kempen itu utk BeEnd mmg boleh.. tak akan dipertikai.. gunalan saluran apa sekalipun.. termasuklah saluran paip najis dan jamban.. boleh saja .. demi BeEnd..

Ada kes sebelum PRU tempohari.. Ada calon BeEnd di Kelantan, menggunakan saluran yang sememangnya tidak dibenarkan berpolitik.. termaktub dalam garispanduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.. siap keluar berita lagi tuu.. dengan megahnya bergambar sambil pegang mikrofon.. Mana dia tindakan Suruhanjaya ..?? Yang terang nyata.. depa tutup sebelah mata..
Cuba kalau PR yang guna saluran tu.. memamng sah-sah dah kene saman RM 300,000..

Anonymous said...

SPR dan BN memang dah teruk dan nyanyuk. suruh aje rash**t tukar kepada Suruhanjaya pembelit/penipu/ pembohong malaysia.

Anonymous said...

jgn risau selagi SPR diterajui oleh RASHIT, selagi itulah Umno dan be END akan dimusuhi oleh rakyat.... kita tunggu PRU13... yg pasti aku takkan pangkah UMNO/BN!!!

AKU TETAP PANGKAH PAS!!! TAKBIR!

Anonymous said...

teringat lak aku iklan yg mcm bagus kat tv...

Anonymous said...

itu lumbu punya timbalan pengkerusi SPR..itu lumbu mana bleh duduk itu kelusi lama-lama...nnti masuk gol esoknya!

ketua pengkerusi meja..si berok Shit mana? tak kata apo-apo ke?
Aku rase inilah negara demokrasi acuan lumbu dan kobau meno yang laknat! Bile mau gol dah korang nie? Lama betui korang idup nie? Gol lah cecepat!

benludin said...

awat ramai guna anonymous ni...letak la apa2 nick sng nak refer contoh bodolah ke...rashit ke...kakaka

Anonymous said...

CONFIRM!! PRU-13 giliran BN pula menjadi pembangkang jika SPR terus memainkan peranan utk melindungi parti BN.

Anonymous said...

sATU CDANGAN KARTUN YANG TAK PERNAH DIAMALKAN OLEH NEGARA BERTAMADUN. MUNGKIN PADA MASA AKAN DATANG PENGGUNAAN LAIPON BIMBIT DIHARAMKAN DIGUNAKAN OLEH PEMBANGKANG (JIKA KEKALAHAN PADA UMNO SEMAKIN MENINGKAT)

TERUK BERUK

Anonymous said...

SPR tukan salah satu badan dlm BN ..apa nak dihairankan ...

Anonymous said...

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

Teringat saya betapa sugulnya Pengerusi SPR di malam keputusan PRU 12. Betapa tidak bersemangatnya beliau mengumumkan kemenangan BN dalam PRU ini walaupun gagal mendapat majoriti 2/3.

SPR tidak sudah2 berat sebelah, bias dalam tindakan mereka menguatkuasakan peraturan pilihanraya. Tak peliklah SPR terus dipertikaikan kredibilitinya oleh rakyat. Sekarang SPR menguatkuasakan undang2 hendak memantau kempen2 calon/ parti2 politik yang menggunakan saluran internet.

Memang umum mengetahui punca kekalahan teruk BN dalam PRU lalu kerana maklumat2 berkenaan isu2 semasa yang boleh diakses oleh rakyat melalui internet. Saluran maklumat ini sahajalah antara alternatif kepada PR untuk berkempen memandangkan ketidakadilan BN menggunakan sepenuhnya instrumen2 utama media untuk berkempen. SPR pula bersikap membiarkan ketidakadilan kempen ini berleluasa asalkan ianya menguntungkan BN.

Lantaran marahnya rakyat terhadap pelbagai propoganda dan kempen berat sebelah ini di samping kelemahan2 SPR yang masih di takuk lama, rakyat telah menggunakan kuasa undi mereka untuk mengajar BN. SPR pun turut mendapat tempias dari terjemahan undi rakyat ini. Itulah kita dapat saksikan betapa lemah, sugul, tidak bermayanya Pengerusi SPR di malam pengumuman PRU lalu, ibarat seorang jenderal tentera yang tewas di medan perang.

Sebenarnya masih terdapat banyak lagi faktor2 yang menyumbang kepada prestasi teruk BN dalam PRU kali ini namum saya tidak berminat untuk mengulasnya.

Harapan saya agar kemenangan besr PR dalam PRU 12 tidak membuatkan pemimpin2 PR leka samada dalam menjalankan tugas mentadbir di negeri2 yang dinaungi oleh mereka atau dalam menjalankan amanah rakyat di Dewan Rakyat. Paling penting pemimpin PR mesti tidak lupa untuk terus mendesak SPR untuk membuang senarai2 nama pngundi2 yang diragui identitinya. Janganlah hendak tunggu mandat penggal ini hendak berakhir baru hendak mengertak SPR. SPR atas arahan BN dari semasa ke semasa tidak akan berdiam diri untuk menjalankan strategi2 yang berkesan bagi memastikan legasi BN terus bertahta.