Tuesday, April 08, 2008

Mesej dari suara rakyat Malaysia

Sebuah badan pengkaji bebas, Merdeka Centre, telah mengeluarkan hasil kajiannya berikutan keputusan PRU ke 12 baru-baru ini. Ianya menarik dan perlu diambil kira oleh semua pihak walaupun tidak semestinya 100% tepat.

Menurut badan berkenaan rata-rata sokongan rakyat terhadap BN menurun kali ini (suatu yang kita semua tahu dan sedar). Menurut kajiannya sokongan masyarakat Melayu terhadap BN turun sebanyak 14 mata peratus (percentage point) kepada 52 peratus berbanding PRU lalu. Dan lebih 50 peratus yang mengundi Pakatan Rakyat terdiri dari golongan muda Melayu.
Sokongan masyarakat Cina pula terhadap BN susut 8 mata peratus iaitu dari 63 peratus ke 55 peratus. Manakala kemerosotan yang terbesar adalah dari kalangan pengundi India iaitu susutan sebanyak lebih 50 oeratus dari 70 peratus ke hanya 36 peratus.

Sebelum Umno mengecap orang-orang Melayu yang tidak mengundi Umno sebagai penderhaka atau yang mengadai maruah Melayu, lebih baik mereka kaji apakah sebabnya para pengundi Melayu terutama dikalangan anak-anak muda menolak mereka. Menurut Merdeka Centre terdapat sikap kemarahan yang sangat ketara dikalangan orang-orang Melayu terhadap kepimpinan negara yang diterajui Umno. Mereka merasakan bahawa kewujudan amalan rasuah di dalam sistem pentadbiran menafikan banyak peluang buat mereka.

Adakah orang Melayu menyesal menolak Umno/BN?

Menurut kajian memang dua dari tiga responden yang ditanya agak terperanjat dengan keputusan PRU ke 12 namun cuma 1 dari 10 yang menyesal atau tidak berpuas hati!

Dan amaran buat BN: Memandangkan rakyat dan para pengundi telah memberi mandat kepada Pakatan Rakyat dilima buah negeri, sebarang usaha oleh BN untuk menghukum atau menekan kerajaan-kerajaan negeri ini akan dianggap sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima dan mereka yang dikaji menyatakan bahawa mereka tidak akan teragak-agak menghukum BN lagi jika mereka berbuat demikian.

Kesimpulannya terimalah keputusan rakyat dengan hati terbuka. Bukankah kita semua duduk di atas bumi yang sama, satu bangsa satu negara. Biarlah pentadbiran negara dan negeri-negeri berjalan lancar dengan muafakat dan hormat-menghormati. Jangan dipersiakan suara rakyat.

3 comments:

alang_c said...

betul ke ternak babi kat selangor tu? bingung tul dengan media ni..

Letting the time pass me by said...

Memang rakyat dah buat keputusan pada pilihanraya pada bulan lalu.

Tetapi ade juga cubaan nak tubuh kerajaan baru? Macamana pulak tu...

Perlukah PR menubuhkan kerajaan baru, jika rakyat sudah memilih untuk menidakkan 2/3 kerusi BN?

Betul ka kat Selangor exco PAS menyokong projek ternak khinzir?

Memang conpius....

Anonymous said...

pada saya lebih elok buat satu ladang babi moden untuk "mereka" dengan ini alam sekitar akan terpelihara dan kita boleh bertindak ke atas ladang babi haram...atas dasar kemaslahatan kaum saya boleh terima ladang babi di Selangor..Cuma kalau boleh pastikan bilangan nye tidak melebihi penduduk Selangor dan ianya untuk domestic use bukan export...we dont want to be the biggest PIG exporter in the region..