Azalina suci kata BPR
"Engkau bagai air yang jernih, di dalam bekas yang berdebu, zahirnya kotoran itu terlihat, kesucian terlindung jua", demikianlah lebih kurang bagi saya bunyinya lagu yang dinyanyikan oleh BPR (bukan Bumiputera Rockers) apabila mengumumkan semalam bahawa bekas Menteri Belia dan Sukan Azalina Othman tidak terlibat dalam kes penyalahgunaan dana Yayasan Sukan dan Kecergasan Wanita Malaysia (WSFFM). BPR mendapati bahwa Azalina cuma bertindak sebagai penaung yayasan berkenaan sahaja.
Apa yang BPR cungkil sebenarnya?
Kalau kita singkap laporan-laporan akhbar saluran perdana sebelum ini, BPR dikatakan sedang menyiasat hubungan antara menteri berkenaan dengan yayasan tersebut. Kalau tak tanya BPR dan tak siasat pun semua kita tahu yang Azalina adalah penaung yayasan itu, klik sahaja ke laman web WSFFM, satu dunia boleh tahu! Yang sebenanrnya menimbulkan syak wasangka, kalau BPR ini benar-benar Badan Pencegah Rasuah (dan sikit hari lagi mahu dinaik taraf ke suruhanjaya) dan bukannya Bumiputera Rockers adalah hubungan antara Azalina dengan mereka yang di dalam WSFFM itu.
Hubungan rapat antara beliau dan orang-orang tertentu dalam WSFFM itu yang diragui yang sepatutnya mendorong BPR untuk siasat, mungkinkah kerana Azalina rapat dengan orang-orang tertentu maka WSFFM yang tidak berapa terkenal itu tiba-tiba boleh diperuntukkan lebih RM11juta oleh Azalina ketika beliau menteri belia dan sukan! Badan-bdana sukan lain yang lebih terkenal dan membawa pulangan kepada negara pun tidak menerima layanan dan kesitimewaan sehebat WSFFM ini, apa yang lebih pada WSFFM ini?
Menurut maklumat yang saya terima Azalina rapat dengan Bendahari WSFFM Sharifah Sabrina. Apa BPR tidak tahukah? Mungkinkah hubungan rapat mereka mendorong Azalina membuat keputusan dan mengeluarkan arahan meluluskan sehingga RM11 juta kepada WSFFM? Apa BPR tidak selongkar sampai keperingkat itukah? Kalau sekadar menemui bukti bahawa Azalina sekadar Penaung WSFFM, maka beliau dicop suci oleh BPR, maka saya rasa tiada apalah yang boleh kita harapkan dari reformasi yang konon-konnya mahu dilakukan terhadap BPE sebagaimana yang diumumkan oleh PM Dollah Badawi baru-baru ini.
9 comments:
Apa nak harapkan kat diorang nie? Buang duit merata-rata pun tak de orang nak tegur...
Mana PAC? Tak de buat audit ke?
salam sejahtera,
oleh tiu adakah anda akan mempercayai BPR ke arah suruhanjaya?adakah anda akan mempercayai semua juak-juak bpr?mereka bertindak mengikut apa yg diperintah olh org2 yg berkuasa iaitu org politik pemerintah yakni dari barisan JPM.jgnlah nak berangan kununnn nak manjadikan BPR setaraf ICAC.
podahhhh....BPR hanya akan menangkap POLIS,KASTAM,JPJ,Imigresen dan lain2 penguatkuasa di atas muka bumi Malaysia ini sahaja.mereka hanya kan menyiasat golongan-golongan kecil.ITU ANDA SEMUA PERLU TAHU.
Assalamualaikum,
Azalina memang masih suci. Belum diizinkan Allah untuk menghilangkan kesuciannya.(give her the benefit of the doubts) Insyallah adalah jodohnya nanti.
Tapi tentang hal hal politikus nya, cukuplah sekadar you and I know. Kita "elaborate" pun, kata BPR dia masih suci. Let's get to more interesting life. Whadyya think?
Vielen Dank.
Wassallam.....
air yg jernih gie tuang kat dlm bekas yg berdebu.. x guna gak.. bekas tu kasi cuci dulu..
salam,
kalau iya pun mahu ada persamaan antara BPR (Badan Pencegah Rasuah) dan BPR (Bumiputra Rockers), at least get your facts right first. Besides that's what journalist was supposed to do first. It's a basic in journalism. Verify your facts before publishing it.
The lyrics you 'quoted' in the first para of your report was not from the rock group BPR. It belongs to another group called IKLIM.
bodo punya BPR.bukan org suruh siasat azalina tu masih anak dara ka atau dah ditebuk tupai.lain suruh siasat lain pulak yg di siasat.tetiba buat statement azalina masih suci.bangang betoi..hehehe
bukan BPR la yang nyanyi, Iklim yang nyanyikan.
Lan..ape da..IKLIM la yg nyanyi..ko bajet Bumiputera Rockers jer...penat aku cipta lagu tu utk IKLIM tau..salam..
Abg Roslan! Lagu tu bukan BPR nyanyi lah! Itu lagu Saleem dari kumpulan rock kapak tahun 90an dari negeri Trenganu kita lah!
BPR mesia kata Si Azalina bersih lah! Jadi bersih lah dia cam Rahim Tamby Chik yang bersih sebersihnya dulu!
hahahaha! Bersih..pakai Kuat Harimau..Musti Bersih punya! hahahah...kelakao lah mesia nie!!!!
Lah Pak Dol pun bersih hahaha!
Post a Comment