Antara yang naik dan yang jatuh
Tadi saya sempat mengunjungi laman yang dikendalikan oleh sahabat saya Sdr Anuar di
http://www.umno-reform.com/ . Saya terus terpaku pada suatu surat yang dimuatkan oleh Anuar dalam lamannya yang ditulis oleh seorang Ketua Umno Cawangan. Bahagian akhir suratnya berbunyi:
Darah yang mengalir ditubuh ini dan selagi nyawa dikandung badan akan terus memperjuangkan UMNO parti keramat ini walaupun ada segelintir ahli yang mula berpaling tadah dengan melihat sikap pemimpin di atas yang tiada kesudahan untuk menyelesaikan kemelut politik UMNO waktu kini.
Diharap lupakan sengketa sesama sendiri, fikirkan kami di bawah ini yang terpaksa berdepan dengan ahli-ahli yang mula goyah pendiriannya. Jemputlah kami ketua-ketua di cawangan untuk memberi penjelasan yang jelas atau rendahkan diri untuk turun ke cawangan-cawangan.
Jangan pula ahli-ahli kita mengiakan apa yang dikata pihak pembangkang bahawa pemimpin UMNO penuh dengan keangkuhan. Saya percaya rakyat masih sayangkan UMNO Parti Melayu yang membela bangsa Melayu, ini dapat didengar perbualan dikedai-kedai kopi. Saya percaya mereka akan kembali kepada UMNO jika kita terus menunjukkan kematangan politik seperti mana kehendak masa kini.
JANGAN DIRINTIH KEKECEWAAN, ATUR LANGKAH UNTUK MARA, BULAN PASTI GERHANA. KERIS KERAMAT UMNO TERUS DIPERASAP AGAR SEMANGAT KEKAL MEMBARA. SANG SAKA BANGSA MEGAH DIANGKASA. SAYA PASTI BERSAMA.Hidup UMNO Hidup MELAYU dinusantara. Wassalam
Demikianlah bersemangatnya saudara kita seorang Ketua Umno Cawangan (yang tidak disebutkan dimana cawangannya itu). Saya percaya cawanganbeliau terletak dalam salah sebuah negeri yang Umno hilang kuasa, mungkin di Kedah, Perak atau Selangor. Tak mengapalah. Memang semangat seumpama ini diperlukan untuk menghidupkan sebuah oraganisasi yang telah ditolak rakyat. Tetapi cukupkah dengan hanya semangat?
Realiti politik hari ini menunjukkan rakyat, tidak kira Melayu, Cina atau India, sudah jauh lebih matang dan rasional. Mereka sudah berani mencuba, dan PRU ke 12 lalu adalah usaha pertama rakyat Malaysia dalam membuat percubaan, iaitu menolak parti yang secara tradisi mereka terima dan sokong dan memberi kepercayaan kepada parti dan kumpulan lain.
Mengapa mereka mencuba? Ini kerana mereka sudah tidak yakin, malah mual dan bosan dengan kepimpinan BN dan Umno yang ada. Ia bukan isu mengiakan apa kata pembangkang, tetapi ianya sesuatu yang mereka rasai dan tempuhi sendiri.
Kini keputusan telah mereka buat, Umno dan BN sedang masing-masing merawat luka masing-masing. Mampukah luka tadi sembuh atau mungkinkah ia semakin parah dan membawa maut? Yang pastinya lebih tercabar kini adalah Pakatan Rakyat: PAS, PKR dan DAP. Rakyat menaikkan mereka kerana bosan dan benci pada Umno dan BN khasnya di lima buah negeri. Kalau Pakatan Rakyat ini mampu memimpin rakyat dengan adil, telus dan bersih, jauh lebih baik dari Umno dan BN, saya yakin yang Umno dan BN tidak akan mampu bangkit-bangkit kembali malah akan turut kecundang di negeri-negeri lain pula selepas ini.
Perasaplah keris keramat tadi dengan apa jenis kemenyan sekalipun, dan julanglah sampai kelangit sekalipun Sang Saka Bangsa, tetapi jika Pakatan Rakyat mampu mengisi kekosongan Umno dan BN dengan kepimpinan yang luarbiasa, keris dan sang saka tadi akan sekadar bertenggek di muzium untuk ditontoni rakyat bila perlu.
Namun jika Pakatan Rakyat ini sekadar retorik. Perangai dan aksi pemimpinnya saling tak tumpah macam yang ditolak rakyat, ego, angkuh, sombong, mendabik dada dan lebih parah algi rasuah dan salah guna kuasa juga, ketika itu rakyat akan kembali mencari keris karat tadi serta sang saka yang luntur, Pakatan Rakyat jangan harap untuk naik-naik lagi.
Oleh itu hargailah amanah yang diberi ini, ini bukan masa untuk mencari pengaruh dan kedudukkan, apalagi untuk menolak dan mencantas sesama kawan, rakyat naikkan kita untuk melihat kita lebih baik dari musuh kita. Kalau kita berjaya insyallah kekallah kita sebagaimana sahabat-sahabat di Kelantan, jika tidak.........
8 comments:
Tentera berjuang bermati-matian ttp panglimanya di kelilingi kemewahan, keangkuhan & kezaliman. Adalah lebih baik berundur secara terhormat utk beri laluan kpd panglima yg kekenyangan itu pula berjuang.
angkuh,bodoh,syirik,tolol dengan semangat animisme yang sesat = umno
no wonderlah tuan guru pun asyik syok cerita pasal umno. sedangkan parti sendiri pun tak terjaga dan pkr menjadi lebih relevan. setpolnya pun tak abis2 cerita pasal umno
ada akal, fikirkan.
ada iman laksanakan perintah Allah.
ada ugama tegakan syariat Islam.
ada maruah, pelihara pelihara dengan baik.
tapi apa pengajaran dan tauladan yang ahli UMNO dapat?
pemimpin UMNO membodohkan ahli bawahan.
dan ahli bawahan sedia dibodohkan.
kedua-duanya berkait rapat dan tiada kaitan dengan pihak lain.
sepatutnya matlamat perjuangan itu inginkan kesejahteraan diri dan keluarga tapi perjuangan UMNO untuk perut dan dibawah perut tanpa limit dan tak kira haram dan halal.
Salam...
Apabila membaca posting saudara saya terusik untuk memberi sedikit pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman saya bersahabat dengan ahli dan AJK umno sama ada di peringkat cawangan atau bahagian:
1.Sebagai rakyat marhaen saya sebenarnya telah muak dengan keangkuhan dan kesombongan para pemimpin yang ada di dalam umno. Lihat sajalah mereka memperlekehkan orang lain tanpa mengambil kira maruah dan perasaan orang yang diperlekehkan itu.
2.Pemimpin yang ada di dalam umno hanya tahu bercakap tetapi dari segi tindakan dan kerja amat kurang sekali iaitu NATO (No Action Talk Only).
3.Pemimpin yang ada di dalam umno lebih sibuk dengan agenda peribadi mereka untuk merebut jawatan dalam parti daripada agenda memajukan rakyat yang memilih mereka.
4.Pemimpin umno lebih sibuk bercakaran sesama sendiri dari mendengar rintihan dan kesengsaraan rakyat.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku di dalam umno yang menyebabkan rakyat membenci mereka (umno)dan tidak perlu dinyatakan di sini. Sama ada pemimpin di dalam umno sedar atau tidak, mereka tetap dengan keangkuhan dan kesombongan mereka... adios.
Manusia sering tertipu atau suka menipu sendiri apabila berdepan dengan keadaan yang menyebabkan mereka tersepit dan sukar untuk meloloskan diri . Seringkala manusia akan mencari sesuatu escapism bagi melupakan kedukaan dan kesengsaraan yang dialami sepertimana yang berlaku di kalangan rakyat di negara India yang melupakan keperitan hidup mereka dengan menonton filem-filem Hindustan dan Tamil yang menghidangkan hero dan heroin yang kacak lawa yang selalu menang diakhir filem . Setidak-tidak untuk 2-3 jam didalam panggung wayang , mereka lupa akan penderitaan yang di tanggungi .
Senario yang sama nampaknya kini sedang menimpa ahli-ahli UMNO yang rata-rata begitu kecewa melihat gelagat-gelagat pemimpin-pemimpin mereka yang hanya kenal kepada ahli-ahli bawahan ketika pilihan raya 4 tahun sekali ataupun pilihanraya UMNO 2 tahun sekali . Jika rakyat India mencari escapism dengan menonton filem-filem Bollywood dan Kollywood ( Tamil ),
apakah corak escapism ahli-ahli UMNO yang kini saban hari kian teruk penderitaan jiwa semacam barah yang makin hari memakan sel-sel darah merah / putih mereka .
Saya minta maaf kepada orang UMNO. Kata kawan saya , mereka yang menyokong UMNO ada 5 kategori iaitu;_
1. BODOH: Boleh terima apa sahaja hujah UMNO tanpa membuat kajian dan analisa. Bila mendengar berita TV3/TV1/TV2 dan baca surat khabar Utusan Malaysia dan Berita Harian percaya bulat-bulat lebih daripada Quran. Quran mereka pertikai tetapi bila media sebut terus ditelannya bulat-bulat.
2. KEBENDAAN: Golongan ini menyokong untuk mendapatkan ganjaran sama ada melalui projek, pelobi, dan mendapat pelbagai upah/komisyen. Semua aktiviti yang dibuat mahu dibayar upahnya.
3. SAMSENG: Golongan ini tidak ada kerja lain asyik menyalahkan orang. Suka bergaduh, bertempik dan mengugut orang.
4. PENIPU: Golongan ini mengambil peluang untuk kepentingan diri. Sanggup menerima/memberi rasuah janji aku senang. Sanggup menipu dengan pelbagai tektik dan teknik untuk menang.
5. EGO : Bila dah ada kuasa bercakap sombong. Lupakan rakyat. Bila dah kalah baru hendak mendekati rakyat atas alasan Ketuanan Melayu. Bercakap tidak pernah bersandarkan hukum Allah tetapi ingat dia berkuasa segala-galanya.
KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata perbuatan sesetengah anggota Umno yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk meletakkan jawatan, adalah tindakan yang bodoh.
....
"Hanya kerana mereka adalah menteri, ia tidak bermakna yang mereka tahu segalanya. Bukan semua menteri cerdik.
yahuuuuuu. Noh Omar bodoh, AliKetam, KToyo, ramai lagi.
Nazri jer la pandei. pun**k
Post a Comment