Thursday, April 10, 2008

Khir Toyo tipu orang Melayu

Dibakarlah kemarahan orang Melayu khasnya penduduk sekitar Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Kuala Langat, Daerah Sepang kononnya kerajaan Pakatan Rakyat memang tidak lagi peduli pada sensitiviti orang-orang Mealyu. Kerajaan Pakatan Rakyat mahu bina ladang babi besar-besaran di kawasan mereka, dengan persetujuan PAS. Ini semua angkara tekanan DAP, kerajaan Selangor kini tunduk pada tekanan masyarakat Cina.

Sekurang-kurangnya itulah onar dan duri yang ditabur oleh pimpinan Umno Selangor.
Lalu ditajalah penduduk kampung untuk berkumpul di perkarangan SUK Shah Alam, lengkap dengan kain rentang babi berserban kononnya melambangkan babi pun sudah menunggangi PAS. Begitu sekali mahu menggambarkan kemarahan orang-orang Melayu. Harapannya supaya jatuhlah kerajaan ini, dan naiklah kembali kerajaan diterajui Umno di Selangor yang kononnya membela dan mempertahankan nasib orang-orang Melayu.




Gambar Agendadaily


Benarkah begitu?

Menurut akhbar Berita Harian semalam, bekas MB Khir Toyo menafikan yang kerajaannya BN dahulu pernah meluluskan projek ternakan babi sebesar itu iaitu bernilai RM100 juta. Katanya mesyuarat EXCO yang beliau pengerusikan pada 30 Januari 2008 lalu ada membincangkannya tetapi meluluskan pembinaan ladang yang bersaiz kecil sahaja. Lokasinya pun belum diluluskan.

Benarkah begitu?

Bermakna BN Selangor bawah Khir ada lulus projek ini(bukan tak ada) tetapi bersaiz kecil, kecil itu saiznya bagaimana?

Dalam akhbar The Sun hari ini dimuatkan penjelasan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkenaan projek ini. Kepada 200 orang lebih yang berkumpul di Bangunan SUK semalam termasuk seluruh rakyat Selangor khasnya orang-orang Melayu telitilah penjelasan ini baik-baik:

PERTAMA: EXCO Selangor BN pimpinan Khir telah meluluskan kertas yang dibentangkan pada 30 Januari 2008 lalu untuk pembinaan ladang babi ini.

KEDUA: Kerajaan BN Selangor turut MELULUSKAN tanah seluas 1,364 hektar di Mukim Batu untuk pembinaan ladang ini.

KETIGA: Semua kos pembinaan ladang itu nanti akan ditanggung sepenuhnya oleh sebuah syarikat persendirian dan perolehannya nanti akan dimasukkan ke dalam dana Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN)

KEEMPAT: Kerajaan BN Selangor telah pun melakukan kajian terperinci berkenaan projek ini terutama dari sudut kesan ke atas alam sekitar. Malah kerajaan Khir Toyo telah pun menghantar wakil untuk membuat kajian terhadap ladang babi jenis sama di Eropah

Bermakna kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sekadar melulus untuk meneruskan projek ini, ia bukannya kelulusan baru, ia berdasarkan apa yang telah diluluskan tanpa tokok tambah, dan kini mahu dilaksanakan demi menyelamatkan alam sekitar Selangor. Semua ladang-ladang babi di Selangor nanti akan ditutup dan dipusatkan di tempat ini.

Lalu siapakah yang berbohong sekarang ini?

Selangor hari ini memiliki ladang-ladang babi yang tidak terkawal, malah sebuah ladang dan pusat peyembelihan babi kini berada berhampiran Batang Berjuntai iaitu berdekatan Sungai Selangor salah satu punca air terbesar negeri ini. Usaha kerajaan negeri ini adalah untuk menyelras segala rungutan dan sungutan rakyat, lalu melalui projek ladang ini semuanya boleh dipusatkan, dengan kawalan dan menjamin kesihatan rakyat dan kesan alam sekitar.

Khir Toyo dulu semasa MB pun memikirkan hal ini, malah beliaulah meluluskannya. Kini sudah tidak berkuasa, kerja dan usaha beliau sendiri beliau serang dan burukkan. Apa jenis manusia Khir ini?

Kerajaan negeri sekadar mahu melaksanakan apa yang telah diluluskan. Saya syorkan kalau 200 orang yang berkumpul di SUK itu masih marah-marah lagi, lepas ini bagus berhimpun di hadapan Ibupejabat Umno Selangor di Shah Alam atau di hadapan rumah Khior sahaja.

Orang Melayu kena banyak berfikir dan menghalusi perkara ini, jangan terlalu gopoh dan terus membakar apa sahaja tanpa kita mengetahui asal-usul dan puncanya. Yang penting jangan sampai tertipu dan dibodohkan oleh mereka yang hilang kuasa dan akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kuasa itu kembali.

12 comments:

Anonymous said...

syabas roslan.
melayu tak mudah ditipu olh umno!

lan said...

penjelasan TS Khalid sudah jelas, apa lagi yg orang melayu kampung ni tak faham? ke buat buat tak faham dan mengikut selera masing-maisng untuk membuat kecoh..padahal dari dulu lagi kes ladang babi ni tak pernah selesai..

berilah peluang kepada PR mengurus hal ini. jika masih tak selesai juga, baru lah boleh nak buat kecoh dan berhimpun... kita tak patut buang masa dan tenaga dalam hal yang tak seberapa ini

Anonymous said...

klu letak gambar org berserban tunggang babi tu bukan hina org PAS tapi hina seluruh umat ISlam..

org Melayu klu berpolitik biar matang

jangan sampai hina agama sendiri

Anonymous said...

Babi kat Melaka dah settle ke....??? Tengok TV dulu (masa tengah hangat) babi berkeliaran kat kampung, belakang rumah dan sekolah. Wujud kat situ dah berkurun dah.... Kesian orang kat situ...

Anonymous said...

Tuan Roslan,

Puak-puak ni berperangai lebih teruk daripada haiwan dalam perbincangan kita ini.

Masih tak sedar diri, orang dah meluat sangat kat depa nih.

-Penyokong P.R. -

saxo69 said...

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

Saya menganggap isu ladang ternakan babi ini dimainkan oleh media2 pro BN seperti TV3 ialah untuk menutup cadangan kerajaan baru Selangor untuk memberikan bekalan air percuma sebanyak beberapa liter kepada rakyatnya. Sepertimana TV3 tidak beselera, segan utuk menyiarkan isu2 personaliti2 nya ditangkap basah, salahguna dadah yang pernah berlaku beberapa tahun dulu.

Atau isu ladang ternakan babi ini dimainkan melalui Buletin TV3 untuk menyerang bekas MB Selangor, Khir Toyo memandangkan beliau adalah saingan kepada Khairi Jamaluddin(KJ) untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO. Seorang lagi ialah Mukhriz Mahathir.

Memandangkan TV3 ini ialah alat propoganda nombor wahid KJ, sudah tentu TV3 akan digunakan semaksima mungkin untuk menyerang Khir Toyo. Cuma yg membezakan dua tokoh ini ialah Khir menang kerusi DUN Sungai Panjang dgn majoriti yang meyakinkan tetapi kehilangan 'title' MB manakala KJ hanya bergelar Wakil Pos Rembau yang menang parlimen Rembau atas ikhsan undi pos. Nasib baik beliau jadi punca kekalahan teruk BN dalam PRU 12, kalau tidak tiap2 malamlah kita akan dengar celotehnya dalam Buletin T3.

Apa punya bangang Buletin TV3 malam tadi, isu penyeludupan manusia di sempadan Myanmar-Thailand menjadi fokus utama. Sepatutnya isu rompakan nekad di Balai Berlepas KLIA yang patut menjadi fokus utamanya.

Mungkin bertuah jadi personaliti TV3 ini. Beberapa ketika dulu pernah 2 personaliti TV3 bersama beberapa rakan2 mereka ditangkap Polis dalam satu serbuan. Ada kalangan rakan mereka ini kakitangan beruniform. Alih2 rakan2 personaliti TV3 ini didakwa atas penyalahgunaan dadah sedangkan 2 personaliti TV3 ini bebas. Soalannya, adakah kerana sebab personaliti TV3 ini menjalankan tugasan kewartawanan untuk mencari maklumat, maka mereka didapati tidak bersalah. Bagaimana pula kalau anggota AADK, Narkotik yang sedang menjalankan tugasan mencari maklumat ditangkap dalam serbuan jenayah. Adakah nasib mereka terbela?

Anonymous said...

HAHAHAH! ITU LAH DIA KHIR TOYO YANG POYO?

ITULAH ASYIK DOK INGAT KEK JARUM BOTOX SEBAB TULAH TAK INGAT APA-APA!

KALU BENAR DIA DAN MALAUN KABINET DIA YANG BUEK TU! ALAMAT JADI POYO TEMPE LAH! TAK GITU KHIR TEMPE?

painah said...

Babi yg kat Tg Sepat tu dah bertahun tahun beroperasi. Dari zaman aku sekolah lagi kawasan tu memang bau yg memuntahkan.

Kawasan pantai Tg Sepat dan membawa ke Morib dah sememangnya tak bersih. Morib kini hanya tinggal nama je. Hidup segan mati tak mau.

Heran sungguh, paper dan tv tunjuk kisah Tg Sepat dlm seminggu ni, sedangkan masa kerajaan Sel-BN dulu tak pulak diaorg kecohkan.

Macamlah kerajaan Sel-PKR skrg ni yg bertanggungjawab akan kes2 sblm nya. Si khir toyo pun buat muka toyer, macam tak bersalah je!!

Hangin aku nengoknya.

Masih tak tobat lagi media ni?

Anonymous said...

salam...just nk kongsi...betul ke khir ni betul ke tak?

http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=21433

compare dengan komen khir dalam blognya

http://drkhir.blogspot.com/2008/04/ladang-babi-mega-satu-komentar.html

dan

http://drkhir.blogspot.com/2008/04/penjelasan-isu-ladang-babi-mega.html

agak-agakla, khir ni bohong ke ape. lagi tak mau mengaku...

Anonymous said...

mm.. kat situ dah ada dah ternakan babi dari semenjak saya kecil. dah berpuluh tahun dah. semuanya alir ke parit dan seterusnya ke laut. masa zaman sibuk pasal virus JE dan Nipah dulu, ingat orang Melaka je ke yang kena suntik vaksin, kami semua orang kampung di situ pun kena suntik sama.

benda ni bukan perkara barula. Tak sokong juga pembangunan ladang secara besar2an, tetapi jika dibuat dengan lebih teratur dan tidak mencemarkan alam sekitar, mungkin lebih baik lagi daripada ladang tradisional sekarang ni. (sekarang ni ladang saiz kecil ke? macam saiznya dah besar je? hehe)

eleh orang kampung... entah berapala depa dapat g demo tu. masa pru12, jamu konsert dangdut pun dah memadai. saya tahula.. saya anak kampung situ juga..

Anonymous said...

Ladang babi dah berkurun ada kat Malaysia ni,di merata-rata. Tapi time ladang dulu2 tu diluluskan xde plak gembar-gembur mcm skrg ni.bila pembangkang yg naik,byk pula cerita kat media. Takkan la baru tak sampai 2 bln jd kerajaan selangor, baru diluluskan ladang tu tapi dh bela pn binatang tu dan dh mencemarkan alam pun.?????

Anonymous said...

Terus terang saya katakan mula2 dulu saya memang penyokong Khir Toyo bukan sebab dia org UMNO tapi sebab dia seorang yang sederhana,isteri pun nampak Islamic tak macam pemimpin UMNO lain dan juga sebab dia berketurunan Jawa macam saya.Tapi selepas pelbagai isu termasuk babi,setinggan dan banyak lagi beliau menjadi semakin hipokrit,sama level dengan pemimpin UMNO lain.Beliau telah memalukan orang Islam dan orang Jawa,macam dah lupa daratan.Kredibilitinya semakin parah.

Mungkin disebabkan kesan sampingan daripada krim pencerah muka yg digunakan agaknya.

-Atas Pagar-