Ku Li akan terus gagal
Berita anak Raja Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga ahli Parlimen dan Ketua Umno bahagian Gua Musang, menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan Presiden Umno hujung tahun ini terus menghambat perhatian ramai. Dalam pilihan raya umum lalu di Kelantan, Umno cuma dapat bertahan di dua kerusi Parlimen iaitu Gua Musang dan Jeli.
Cabaran Ku Li itu dianggap serius oleh banyak pihak tambahan pula Umno kini dalam keadaan lemah setelah dibaham teruk dalam PRU ke 12 lalu. Ku Li pernah memungut kekuatan m,encabar Dr Mahathir ketika beliau Presiden Umno dahulu, dalam pemilihan Umno yang lalu Ku Li terus mencuba nasibnya, tetapi gagal kerana hanya bahagiannya sahaja yang mencalonkan beliau.
Kali ini, dalam keadaan Umno hilang punca Ku Li dijangka akan dapat meraih sokongan. Malah tun Dr Mahathir juga dikatakan sedang memberikan sokongan kepada Ku Li.
Sudah pastilah orang yang paling cemas dan tidak senang duduk berikutan perkembangan ini adalah Presiden Umno sendiri, Dollah Badawi. Dollah tidak sanggup bertembung apalagi terpaksa melepaskan kerusi Presiden Umno dalam keadaan kecundang dalam pertandinga, lau Dollah mesti melakukans esuatu untuk mengekang atau menyekat kebangkitan arus Ku Li ini.
Kerana itu dalam sidang akhbarnya semalam, disamping menyerang mereka yang kononnya dikatakan telah mensabotaj Umno, Dollah turut menyinsing lengan mengambil kesempatan menyerang Tun Dr Mahathir, Anwar dan tidak terlepas Ku Li bersekali.
Ku Li ini bahaya buat survival politik Dollah,kalau tidak ditekan dan dimatikan pengaruhnya, sentimen kahsnya ahli Umno terhadapnya akan mencetuskan tsunami-tsunami kecil dalam parti Melayu tua itu dan Dollah akan lebih meramalah.
Lantaran itu Dollah mengambil pendirian, Ku Li perlu dipukul. Maka berkatalah beliau yang Ku Li lah punca kekalahan BN/Umno di Kelantan! Kata Dollah, Ku Li tidak memberikan apa-apa sumbangan ke arah kemenangan Umno di Kelanatan. Ku Li kata Dollah lagi "perlu cermin diri" sebelum mahu menentang beliau.
Adakah Dollah menjangka Ku Li akan kecut dan terus melutut di hadapan beliau? Jika itulah anggapannya, maka ternayata Dollah silap. Saya membaca yang Ku Li akan menyerang balas, mendedahkan terus kepincangan dan kelemahan Dollah. Sekurang-kurangnya Ku Li tidak memiliki rekod buruk seperti Dollah dan menantunya. Kerana itu Ku Li mungkin boleh bertahan lama, apakah Dollah juga akan mampu bertahan lama?
2 comments:
Salam,
Saya ingin bertanya, bolehkan agama lain menggunakan perkataan Allah untuk tuhan mereka?
Saya ada terbaca PAS MP(Shah Alam) menyokong kenyataan ini. http://malaysianunplug.blogspot.com/2008/04/pas-mp-shah-alam-khalid-abdul-samad_06.html
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/12/27/nation/20071227210017&sec=nation
Heran!! dah sebulan berlalu baru hari sabtu lepas ni pak lah kata bn tewas angkara sabotaj org umno sendiri.
Paper semalam, najib kata pensabotaj telah dikenal pasti tapi mahu laporan secara bertulis.
Seperti selalunya puak ni tak pernah nak lihat kesilapan diri sendiri, mesti og lain yg salah.
Cuma buat masa ni aku masih tak dengar org umno menyalahkan tuhan kerana menyungkurkan mereka.
Dan jangan kita lupa, mesti puak ini akan cuba mengheret dan melabel pembangkang sebagai dalangnya. " ...pensabotaj tu termakan hasutan atau dibayar oleh parti pembangkang..."
Post a Comment