Monday, April 28, 2008

Arahan tidak masuk akal dari SPR

Setelah memanggil orang lain monyet kini pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) muncul sekali lagi. Kali ini SPR kononnya mahu membuktikan yang mereka bersungguh mahu membersihkan daftar undi induk dari para pengundi yang telah meninggal dunia, satu isu yang terus-menerus dibangkitkan khasnya oleh parti-parti pembangkang. Baguslah kiranya SPR mahu mengambil insiatif ini.

Cumanya dari pengumuman yang dibuat, saya merasakan kaedah yang mahu digunakan SPR itu longgar dan tidak efektif. SPR telah merayu kepada ahli-ahli keluarga pengundi berdaftar agar mengemukakan sijil kematian waris mereka bagi membantu SPR memberishkan daftar induk tadi.

Mengapakah beban ini diletakkan kepada waris simati? Bagaimana jika waris simati tidak tahu menahu yang simati itu seorang pengundi berdaftar?

Bagi saya kaedah ini adalah rumit dan menyusahkan dan kiranya diguna-pakai tidak akan mendatang kesan yang efektif ke arah memberishkan daftar induk dari menyenaraikan pengundi-pengundi yang telah meninggal dunia. Bukankah laporan kematian mesti dibuat di balai polis berdekatan? Pihak polis yang mengeluarkan sijil ini bagi mengesahkan kematian seseorang, oleh itu mengapakah pihak SPR tidak berurusan sahaja dengan pihak polis? Hubungan antara jabatan dengan jabatan (dalam hal ini suruhanjaya) dirasakan lebih kemas dan akan mengurangkan kerumitan kiranya cadangan SPR di atas digunakan.

Pihak polis pun saya difahamkan sudah ada jabatan IT nya, begitu juga SPR, mengapa ia tidak diselesaikan sesama mereka, dan kemudian SPR mengemukakan senarai mereka yang dikenal-pasti telah mati ini untuk disemak oleh rakyat setiap kali daftar undi dipamirkan.Tak perlulah menyusahkan rakyat dengan peraturan dan kaedah yang tidak masuk akal ini.

4 comments:

Anonymous said...

bukankah kita ada Jabatan Pendaftaran Negara? Semua kelahiran, kematian dibuat di sana. Mengapa tidak dibuat cross check sahaja dengan daftar pemilih?

saya tidak faham.

Anonymous said...

Kesimpulannya, mungkin juga cara mudah untuk mengesahkan daftar yang mempunyai nama mereka yang telah tiada DAN nama-nama ini boleh lah di pindahkan ketempat yang ahli keluarganya tiada berdekatan.
Isu terbaru diblog saya.

Anonymous said...

Sdr Roslan, lapuran kematian perlu dibuat di JPN dalam tempoh 7hari. Kalau tak, akan di denda RM1 setiap hari lewat. Rekod kematian patut ada di JPN. TUgas SPR menyemak rekod JPN utk update daftar pemilih. Kita bayar gaji SPR guna duit rakyat - takkan nak semak daftar JPN pun tak leh buat? Kalau camtu subkontrakkan pada saya utk update taip taip bulan - tak mahal - saya bukan crony pun.

Anonymous said...

dah spr ni dipengerusikan oleh orang yg tak dak akal,memang laa apa2 pun tindakkan tak akan masuk akal.