Thursday, April 24, 2008

Pelik yang dicabul pula yang meminta maaf

Akhirnya semua selesai. Sipelapor telah menarik balik laporan polisnya, manakala tertuduh barangkali tersenyum lega.

Asalnya kita difahamkan seorang ahli Parlimen yang digugurkan sebagai Menteri kabinet baru-
baru ini dalam keadaan mabuk telah mencabul kehormatan seorang pelayan di sebuah "lounge" hotel lima bintang berhampiran Jalan Tun Sambanthan. Beliau dikatakan telah meraba tubuh wanita berkenaan tanpa kerelaan wanita itu.

Walaubagaimanapun semalam wanita berkenaan "tanpa dipaksa atau disogok" telah menarik balik laporan polis itu. Apa alasannya:

"She was sensitive and moody at the time of the incident" menurut The Star. Beliau menambah telah kenal bekas menteri dari Pahang itu lebih 5 tahun dan kononnya bekas menteri itu sering bergurau senda dengannya tanpa apa-apa niat jahat.

Kata beliau lagi:

When he jokes, he sometimes likes to touch my shoulder or arms but it is something that I accepted as normal among friends especially those we have known for a long time.

Apabila beliau berjenaka, beliau sering akan memegang bahu dan lengan saya, tetapi saya rela kerana ia sesuatu yang biasa terutama bagi kawan lama.

Apakah semua menteri dan bekas menteri Umno berperangai sebegini? Tidakkah ini mengambil kesempatan atas mereka yang tidak berupaya, tidakkah ini suatu bentuk "sexual harrasment"? Saya harap NGO Wanita tidak akan membisu dan menyepi diri dalam hal ini!
Wanita itu turut menambah lagi:

She was used to the VIP's jokes and "rough ways" and had never objected to his actions nor felt offended by it previously.

Beliau telah biasa dengan jenaka VIP berkenaan dan "cara-cara kasarnya" namun tidak pernah sebelum ini menolaknya atau berasa tersinggung.

Akhirnya menurut laporan The Star, wanita itu menyatakan kekesalannya kerana membuat laporan polis terhadap bekas menteri berkenaan.

Tidakkah menteri ini tahu akan batas pergaulan antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain yang bukan mahram? Atau memang itu sudah menjadi amalan biasanya? Yang saya hairan menteri "kurang ajar" itu tidak pun memohon maaf tetapi wanita yang dipegang, disentuh dan diraba olehnya itu pula yang meminta maaf!

Saya harap kes ini tidak berakhir dengan begitu sahaja. Pihak polis perlu menyiasat adakah wanita ini diugut atau disogok untuk menarik balik laporan ini, jika laporan ini palsu, demi menjernihkan imej dan nama baik bekas menteri itu, wanita inilah yang sepatutnya didakwa!

20 comments:

Anonymous said...

saya dah agak dah masa berita ini disiarkan, dalam hati dah berdetik,pasti cerita ni berakhir di mana laporan polis yang dibuat akan ditarik semula. kat malaysia ni,kalau berita macam ni LAZIMNYA, tak kemana... Tapi nampak sangat pemimpin UMNO ni teruk betul budayanya...budaya meraba2 perempuan & budaya meneguk arak..Patutla takut kalau dijalankan hukum hudud...

Anonymous said...

Tak hairan la bro...
Boss dia pun selamba je raba bahu michelle yeoh....
Bapak kencing berdiri...anak kencing berlari....

jakchemor

Anonymous said...

siapa mamat tu hah, MP rompin kot

Anonymous said...

la... UMNO... BIASE le kalau meraba, minum arak,
sex ngan prempuan, RASUAH... tapi BABI jgan... bagi UMNO BABI JE HARAM.... yang lain bole hentam je... hadari la katakan!!

Anonymous said...

Kahwin aje terus kalau dah suka. Bukan setakat raba aje, lambung terus pun boleh...

Anonymous said...

Salam,

Bekas menteri tu Islamkan? Di beritakan mabok, togok arak ke dadah? Kalau arak, JAWI ke, JAIS ke, JAIP ke tak teringin nak tanyakah? Mufti kata apa?

sekeh sket...

Lidah Penghunus said...

Macam kisah Pak Lah dengan Micheal Yeoh pulak.

Anonymous said...

diminta jasa baik semua pekerja hotel, receiptionist, etc. diharap kalian dpt post semua gambar2 candid pegawai2 atasan especially pegawai2 kerajaan dan wakil2 rakyat...

dedahkan kegiatan buruk mereka - supaya disingkirkan terus drpd mewakili rakyat.

lan said...

setahu saya ada 1 je MP bekas menteri yg berjambang.. ke skrg ni dia dah clean shave ek? ehehe

Letting the time pass me by said...

Pada saya berita nie tak payahla nak diperbesarkan dan dibahaskan. Yang kena raba pun sudah kata dia salah paham dengan siperaba...

Takkanla kita yang bukan mangsa pulak nak sebok-sebok. Kita pun tak tahu apa yang berlaku. Lainla pulak kalau kita nie salah seorang saksi, takpe la nak bagi ulasan...

Pada saya ade banyak lagi isu yang perlu diberi perhatian...

Contohnya isu harga makanan... Saya nampak harga makanan sudah naik begitu parah... Dulu Apam Balik RM1.00 sekarang sudah jadi RM1.80... Harga murtabak RM1.50 dah jadi RM3.00...

Apa pulak langkah kerajaan untuk menangani kenaikan harga minyak?

Saya takut orang Melayu asyik sangat dengan politik kampungan dan terlupa untuk menangani isu-isu yang lebih penting...

Anonymous said...

Semua org tau siapa menteri tu... nak letak nama nanti kena saman.. khabarnya masa dia adi menteri dulu... dia sewa dewan pameran PWTC 500 ribu sehari.... guna duit rakyat lak tu

Anonymous said...

pada saya segala jenis isu berkaitan akhlak dan cara kerje seorang pemimpin + masalah2 rakyat perlu diketengah kan.
isu penting ke tidak, itu masing2 mempunyai pendapat mereka sendiri.
kalau rasa apa diluahkan diri tak penting, tulis blog sendiri . tak susah pn bende tu.

pada saya, dua2 pihak perlu disiasat setelah membuat laporan polis. samada laporan palsu @ mangsa disogok. ada dua kemungkinan disitu.

semoga polis menjalankan tugas mereka dgn telus.

kenapa saya berkata bahawa bende2 cam ni perlu diketengahkan, kerana org2 perangai tak tahu batas2 sexual harrasment ke, islam sume ..ada batasan masing2. tp yg nie lagi baik ketua hadhari tu kene di pelempang dulu baru anak2 buah belajar.

relakah anda semua berada dibawah org yg tak bertanggungjawab, org yg tak bermoral, org yg tak beriman, org yg berIQ rendah dr anda...relakah anda dipimpin oleh golongan2 macam ni..

tepuk dada tanya selera.
so kepada yg sokong pemimpin2 yg dlm golongan tersebut, sbg contohnya mat taib tu, bagi saya anda tidak menghargai AKAL yg tuhan kasi.

roslan sms said...

Asm terima kasih binjairian, insyallah saya akan terus menggunakan blog ini bagi menyuarakan apa sahaja yang perlu diketahui rakyat, tanpa pilihan, berani kerana benar.

Anonymous said...

setuju dgn binjarian..

imagine semua blog kat mesia ni citer bab kenaikan harga...tak larat pokcik nak baca...

isu ni may be nampak kecik esp selepas si mangsa tarik balik report...kita tak tau apa berlaku disebalik tabir tu...ntah2 adanya rasuah, peras ugut etc...

Anonymous said...

Kalau pelayan sundal tu dia tarik balik report polis mana boypren dia.. DAYUSS LER

Anonymous said...

memang dah agak dah, diam-diam si kena raba yang bersalah. Memang UMNO. RABA JGN TAK RABA, semua skrip ditangan anda.

Anonymous said...

Buat Letting The Time ...,
Isu meraba bukan isu kecil, terutamanya jika dilakukan oleh pemimpin rakyat!
Sikap tak apalah yg telah menyebabkan orang melayu jauh ketinggalan dalam serba serbi. Jangan jadi lurus bendul, nanti mudah digigit dan ditelan orang!

AGRO BISTRO said...

This minah must be a slut. This guy once said to be caught in act with somebody's wifey, his fren wifey in fact. closed case. Oww money is so scarryyy. What about the consulting lawyer???? What Bar council has got to say about this???

We should blow this matter until it burst. Let shake the police, JAWI, JAIS, BPR.

In Singapore, things like this will not happen. Lately a junior minister - amalay was forced quit over rumours of his sleazy acts. Just Rumours.

Anonymous said...

Amww:

pelik apanya? Islam hadhari membenarkan campur gaul lelaki dan perempuan.

setakat pegang-pegang dan sentuh tu, hmm, remeh tu.

Islam hadhari PM bestari.

Anonymous said...

ngape takde pihak agama nak dakwe bekas menteri jambang tu? dahlah mabuk.. raba pompuan bukan bini die pulak tu... nak tunggu report ke? pusat Islam buat ape?.. memang la tak boleh wat apa-apa sebab islam dia hanya kat pusat..

bini die tak marah ke? ke sama juge?