Antara "ex gratia" dan permohonan maaf
Ianya dianggap sebagai suatu malam yang bersejarah, sekurang-kurangnya bagi mereka yang masih ingat atau terlibat secara langsung ataupun tidak dalam peristiwa hitam tersebut kira-kira 20 tahun lalu. Malam tersebut sempena Majlis Makan Malam BAR Council, Perdana Menteri, dihadapan Tun Salleh, Tan Sri Azmi, keluarga 4 orang lagi hakim yang samada terlalu uzur untuk hadir ataupun telah meninggal dunia, telah menyatakan:
The government would like to recognise the contributions of these six judgesto the nation, their commitment towards upholding justice and to acknowledge the pain and loss they have endured.
Kerajaan mahu mengiktiraf sumbangan keenam-enam hakim ini kepada negara, komitmen mereka terhadap mendaulatkan kedailan dan mengakui penderitaan dan kesengdsaraan yang telah mereka tanggungi.
Pada tahun 1988 lalu Tun Salleh dan kemudian rakan-rakannya telah "terkorban" kerana mempertahankan keadilan. Mereka dengan berani dan lantang bangkit mempertahankan Institusi Keahkiman dan keadilan. Gigihnya merreka sehingga akhirnya mereka pula diheret kekandang orang salah dan akhirnya dipecat dari jawatan tertinggi kehakiman ketika itu.
Dosa kerajaan BN itu berlanjutan dari tahun ke tahun dan kini rupa-rupanya telah 2 dekad berlalu. Lalu malam berkenaan (kebetulan BN baru sahaja disengat dengan "tsunami politik" pada PRU ke 12 lalu) dihadapan para hakim dan peguam serta mereka-mereka yang dizalimi itu, Dollah Badawi menjanjikan akan membayar "ex gratia" kepada hakim-hakim yang terlibat bagi menebus dosa itu.
Isunya, adakah tindakan Dollah itu suatu permohonan maaf dari kerajaan BN atau apa? Ramai yang menganggapnya sebagai suatu permohonan maaf, ada juga yang tidak. Ada yang berpuas hati, ada yang tidak. Tetapi bagi TPM Najib Tun Razak, ia bukannya suatu permohonan maaf. Bagi Najib apa yang Dollah lalkukan sekadar bersetuju meringankan beban hakim-hakim berkenaan iaitu dengan pembayaran "ex gratia" sebagai suatu bentuk pampasan dan bukannya permohonan maaf terhadap apa yang berlaku.
Dalam ertikata lain bagi kerajaan BN, apa yang telah berlaku pada tahun 1988 itu suatu yang tidak dapat dielakkan, kerana itu mereka tidak dapat memohon maaf, tetapi oleh kerana rakyat marah, dan ternyata hakim -hakim berkenaan menanggung derita dan sengsara maka demi kerana itu kerajaan BN bersetuju membayar "ex gratia", boleh masuk akal?
Bagi saya apabila Dollah sebut, "the government would like to recognise" bermakna kerajaan mengiktiraf, "pengiktirafan" disini bermakna pengakuan kesalahan, dan bayaran "ex gratia" itu jelas adalah bagi menebus kesalahan itu (walaupun mungkin tidak padan dengan penghinaan dan penderitaan yang ditanggung oleh hakim-hakim berkenaan sepanjang 20 tahun berkenaan).
Apa maknanya pengkitirafan jika tidak disertai dengan permohonan maaf, begitu juga mengapa membayar "ex gratia" jika benar hakim-hakim ini tidak dizalimi?!
Mungkin bagi Najib memohon maaf itu menambah burukkan lagi imej BN yang telah tercedera hodoh selepas PRU lalu.
Apa pun, melalui tindakan ini rakyat akan membongkar kembali Peristiwa Hitam 1988 itu. Jika kita semua teliti dan halusi, sesungguhnya inilah kemuncak kezaliman terbesar kerajaan BN yang bagi saya kalau tidak pun seimbang mungkin lebih besar dari Black 14 yang melibatkan DSAI. Benarlah apabila rakyat menyamakan BN dengan kezaliman, kerana terbukti berdasarkan apa yang terbongkar dan terselongkar hari ini hakikatnya memang mereka begitu.
1 comment:
macam dah tak leh nak fikir orang UMNO/BN ni dalam hal kesilapan mengorbankan hakim yang jujur 20 tahun dulu, dan mungkin menteri yang ada sekarang ini ada terlibat sama dalam persengketaan antara pemimpin UMNO/BN dengan para Hakim tersebut.
dan mohon maaf pun malu ke....? buat salah dulu tu tak malu ke....? atau tak fikir akibatnya....? paling kurang pun tidak masuk campur serta menasihatkan orang lain.
dalam ayat Al-Quran, Allah berfirman dan di akhir ayat "........apala takqilun.".. maksud lebih kurang 'adakah kamu tidak memikirkan..?
memang Allah letak ayat tersebut di akhir sesuatu ayat, untuk kita fikirkan setiap tindakan itu bertepatan dengan perintah Allah.
kerana memang manusia lemah segala perkara, jadi pergantungan kepada Allah memang wajib, tetapi puak Melayu UMNO/BN ini buat sesautu dulu baru nak fikir akibat dan matlamat. jadi yang terjadi ialah kemusnahan dan kebinasaan.
mulai sekarang apakah tindakan dan usaha untuk tidak melakukan kesilapan yang telah lalu?
saya rasa susah nak berubah selagi mentaliti UMNO/BN berpaksikan BANGSA.
Post a Comment