Saturday, April 12, 2008

Tanggungjawab meyakinkan semua pihak

Presiden MCA dalam akhbar The Star hari ini menyerang matlamat "hudud" yang katanya merupakan matlamat utama PAS apabila berkuasa. Beliau merujuk kepada kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato Dr Haron Din yang dikatakan terbit dalam Harakahdaily yang telah disensasikan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina.
Kata Ong Ka Ting PAS memiliki "niat jahat" iaitu untuk melaksanakan Hudud ini yang tidak boleh diterima dalam sebuah masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.
Sebagai seorang Muslim, tak kiralah apa fahaman parti atau tidak berparti sekalipun, apakah pandangan anda apabila membaca kenyataan Presiden MCA ini?






Adakah anda berkongsi pandangan dengan Ka Ting memang hudud ini tidak sesuai dan tidak harus dibangkitkan dalam realiti masyarakat Malaysia hari ini?
Adakah anda merasakan Ka Ting lebih baik menjaga hal-ehwal beliau sendiri dari sibuk dan camputangan dalam urusan orang Islam? Adakah isu ini isu orang Islam sahaja, atau isu semua atau bagaimana? Adakah kerana suasana poltik hari ini terlalu rapuh maka kita semua jangan membincangkan perkara ini, takut nanti hilang kuasa atau hilang pengaruh atau hilang apa-apa lagi?
Saya cuba mahu menangani isu ini secara tersusun.
Ka Ting rujuk kepada artikel Timbalan Mursyidul Am PAS, apakah kandungan artikel itu? Cuba dapatkan sisipan Harakah iaitu Fikrah bilangan 1357 muka 9. Ianya ruangan Dato Dr Haron Din yang menjawab kemusyikilan seorang bernama "Ubaidah Salim" dari Sepang yang bertanya:
Apakah apabila PAS menjadi pemerintah sesebuah negeri, undang-undangn hudud Islam menjadi keutamaan? Wajib disegerakankah ataupun bukan keutamaan. Jika bukan apa pula keutamaan PAS dalam pemerintahannya.

Panjang lebarlah jawapan bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia itu, ringkasnya peringkat awal beliau menjelaskan kedudukan sistem pemerintahan di Malaysia tidak memungkinkan undang-undang seumpama ini dapat dilaksanakan diperingkat negeri-negeri (walaupun boleh diluluskan seperti di Kelantand an Terengganu) kecuali PAS menguasai kerajaan Persekutuan kerana terdapat percanggahan antara peraturan Pusat dan negeri dalam hal ini.
Lalu beliau menjelaskan:
Kita perlu bersabar sehingga Kerajaan Pusat dikuasai PAS sehingga Perlembagaan Persekutuan dapat diubah (dengan 2/3 sokongan) maka barulah ia menjadi keutamaan.

Jelas, padat dan tepat saya kira jawapan Timbalan Mursyidull Am PAS itu.

Seterusnya beliau menjelaskan lantaran ketiadaan kuasa di peringkat Persekutuan maka lima keutamaam lain yang perlu disegerakan kini antaranya adalah pengukuhan aqidah tauhid, memberi perhatian kepada ekonomi dan membantu golongan miskin, menegakkan yang makruf, mencegah kemungkaran dan berserah diri kepada Allah swt.
Itulah susur laluan keutamaan PAS dalam melangsungkan perjuangannya sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya. PAS tidak perlu segan, berpura-pura atau menyelindung hakikat ini, malah baru-baru ini Menteri Besar Kedah (juga bekas pensyaraha Fakuliti Pengajian Islam) menerangkan bahawa segala peraturan dan hukum Islam yang akan diperkenalkan akan melalui proses demokrasi dan perundangan sebenar, iaitu perlulah diterima rakyat. Malahan beliau turut menyentuh darihal Hudud yang katanya perlaksanaannya jika dibuat akan hanya melibatkan orang-orang Islam dan yang sewajarnya takut adalah mereka yang melakukan kesalahannya contohnya merompak, zina dan seumpamanya.



Tetapi masalahnya kata Ka Ting PAS berniat jahat, seolah mengelabui mata masyarakat bukan Islam. Masyarakat bukan Islam seolah tertipu kerana kenyataan Haron Din ini membuktikan PAS memiliki agenda yang tersembunyi.
Kerana itulah penting bagi kita untuk berterus-terang, kalau kenyataan MB Kedah yang dialu-alukan banyak pihak itu (khasnya ahli-ahli parti dan masyarakat Islam), iaitu apa sahaja perundangan Islam kalau diperkenalkan akan hanya nanti melibatkan penganut Islam (kecuali yang umum sifatnya) lalu masyarakat bukan Islam tidak perlu bimbang dan khuathir, maka kenyataan yang meyakinkan seumpama ini perlu banyak meniti dibibir kita.
Kita akan terus diserang dan difitnah. Semalam DAP, hari ini MCA esok lusa entah siapa-siapa lagi. Saya rasa apa yang disusun oleh Dr Haron Din dalam ruangannya itu perlu diguna pakai dan diterangkan kepada semua termasuk masyarakat bukan Islam termasuklah penjelasan "berani" Ustaz Azizan Razak itu. Benar suasana politik kita pada hari ini rapuh, tetapi Islam akan menjadi semakin rapuh jika kita tidak menyusun langkah memberikan penerangan dan penjelasan sebenar dari sekadar bersilat di dalam gelap.
Kita sudah bersusah payah untuk sampai ke peringkat yang kita ada pada hari ini. Pencapaian kita ini bukan semata-mata kerana sumbangan kita yang ada pada hari ini, hakikatnya ia bertali-menali dari perjuangan, doa dan keikhlasan mereka yang terdahulu termasuklah yang telah lama meninggalkan kita. Benih yang ditanam lebih 50 tahun lalu dituai oleh kita yang kebetulan ada pada hari ini, lalu menjadi tanggungjawab kita untuk melangsungkan apa yang telah dibentuk sejak sekian lama itu.
Berilah jawapan yang padat dan tepat pada Ka Ting dan suku-sakatnya. Semoga sinar Islam terus menerus memancar selepas ini insyallah.

11 comments:

Anonymous said...

demi untuk mengukuhkan parti masing2 yang telah teruk kalah dalam pilihanraya lalu,UMNO MCA dan MIC akan memainkan apa2 isu yang difikirkan boleh menaikkan kembali imej parti2 tersebut yang telah tercalar teruk itu.UMNO dengan isu babinya,MCA dengan isu hududnya dan MIC dengan isu HINDRAFnya.itu memang telah menjadi adat apabila sesebuah parti itu mengalami kekalahan dan kemerosotan selepas pilihanraya.bukan masalah tak reti atau tak faham serta tak tahu kerana sebelum ini mereka inilah yang telah diberi kuasa sekian lama.tapi tak pernah pun buat kerja dengan betul.jadi bila dah kalah ni baru lah masing2 sedar yang selama ni mereka tak buat kerja dan tak membela kaum masing2 pun hanya yang dikalutkan adalah poket masing2 ja.just ignore jelah,rakyat semua dah faham dan yang tak akan pernah faham mereka2 itulah.go to sleep lah you all.ambik pencen...

Anonymous said...

A,kom bro..
Pertamanya saya tak hairan jika ong ka ting keluarkan kenyataan mempertikaikan hudud dan saya boleh terima kerana dia bukan org Islam...
Yg saya tak boleh terima adalah apabila org Melayu sendiri yg apabila kita sebut "Melayu" secara otomatiknya dia beragama Islam memperlekeh dan mempersendakan hukum hudud yg dtgnya dari Allah melalui rasul pilihanNYA Muhammmad SAW. Org yg saya maksudkan itu tak lain dan tak bukan adalah sikeparat Tun Dr Mahathir !!!
Ingat lagi tak isu dia mempersendakan janggut nabi dan kenyataannya..."siapa nak makan sup takan boleh pergi kelantan" !!????
Jadi disini org bukan Islam sudah berani memperlecehkan apa saja yg ada unsur-unsur Islam didlmnya kerana apa ? kerana org Islam sendiri sudah memulakan langkah itu !!!!
Mereka juga terutamanya org umno telah menakut-nakutkan org bukan Islam supaya menjauhi PAS semata-mata kerana survival politik sempit mereka dgn bermacam-macam persepsi yg mereka cipta sendiri.
Saya sedih sungguh dgn sikap org umno ini bro...tak sedarkah mereka hudud itu dtgnya dari Allah melalui rasul dan al Quran dan ugama yg diredhoinya iaitu Islam dan Islam itu sendiri sesuai sepanjang zaman ? Moga mereka itu bertaubat takut-takut akidah mereka tergelincir....nauzubillah...

jakchemor.

Anonymous said...

orang yg salah ja takut hudud ni.contohnya perompak,pencuri,penzina,perasuah, penyeleweng duit zakat,pengelap harta negara,peyamun kontrak2 kerajaan dan lain2 lagi jenayah yang sewaktu dengannya.kalau tak salah tak payah takut laa encik ka ting ooii.setau kita orang yang salah ja cepat takut dan mengelabah tak tentu pasal.....hehehe

Anonymous said...

Guang Eng lebih suci lagi dari ong ka ting dan su kun.

sham said...

Assalamualaikum
Bukankah kita harus dan wajib yakin dengan hukum Allah?
Yang jadi masalahnya sekarang,mereka yang mengaku Muslim pun mempertikaikan hukum tersebut,malahan menentangnya atas dasar kepentingan politik.Kalau orang Islam sendiri pun menentang hukum Allah itu sendiri,bagaimana laa kita nak mentarbiahkan orang lain.
Larat ker nak jawab di padang masyhar nanti

Anonymous said...

OKC orang MCA, jadi tak perlulah nak lebih-lebih bercakap pasal mereka. Concentrate on DAP yang ada pakatan rasmi dengan PAS, bukankah DAP dengan terang dan tegas menentang negara Islam dan hudud. Ini musuh besar...

Anonymous said...

Sebagai seorang Islam, den tentu ada matlamat untuk dirikan Negara Islam seperti di Madinah dulu. Yang penting PAS mesti terangkan bentuk negara tersebut. Pembentukan Negara Islam hanya akan berlaku jika rakyat mengundi dengan majoriti supaya PAS menang dan berjaya bentuk Kerajaan Persekutuan. Buat masa ini, memang sukar dari segi pemahaman rakyat dan kuasa politik.

2kali5 said...

Kebelakangan ini kita dihadapkan dengan persoalan kebebasan beragama di Malaysia dan terkini berkaitan kenyataan Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Harun Din dan diulas oleh Ong Ka Ting. Kedua-dua isu amat sensitif dan kritikal untuk dibincangkan. Jika tersilap kata, bukannya periuk nasi yang menjadi taruhan tetapi akidah kita yang amat-amat penting untuk dipelihara.

Saya bukanlah pakar atau ahli untuk mengulas mahupun mengupas isu ini. Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah 'cabaran'(bukan provakasi tetapi cuma ingin bertanya pandangan) saudara Roslan SMS untuk kita menyatakan pendirian kita terhadap isu ini dengan mengenepikan fahaman politik kepartian.

Sebelum saya menyahut 'cabaran' saudara Roslan, saya ingin menyatakan pendirian saya berkaitan isu kebebasan beragama dan hudud. Pendirian saya mudah tetapi tetap dan tegas(firm). Saya berpegang kepada Al Quran dan As sunnah maka saya menyokong apa yang disarankan olehnya dan menentang apa yang ditentang(dilarang) oleh Al Quran dan As Sunnah.

" Presiden MCA dalam akhbar The Star hari ini menyerang matlamat "hudud" yang katanya merupakan matlamat utama PAS apabila berkuasa. Beliau merujuk kepada kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato Dr Haron Din yang dikatakan terbit dalam Harakahdaily yang telah disensasikan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina.

Kata Ong Ka Ting PAS memiliki "niat jahat" iaitu untuk melaksanakan Hudud ini yang tidak boleh diterima dalam sebuah masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.Sebagai seorang Muslim, tak kiralah apa fahaman parti atau tidak berparti sekalipun, apakah pandangan anda apabila membaca kenyataan Presiden MCA ini? "

Pada pandangan saya isu ini adalah isu nasional dan ianya cukup sensitif. Kita perlu bersikap bijaksana dan berhikmah dalam menanggani isu ini. Ibarat pepatah melayu mengatakan menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan berselerak.

Saya ingin menarik perhatian para pembaca seketika(sebagai renungan) tentang isu yang agak hangat sebelum ini apabila tersebar cerita yang mengatakan Colgate adalah tidak halal. Sebelum itu timbul isu halal sebuah jenama roti terkemuka hingga dipaparkan di televisyen. Pada masa itu kita lihat syarikat roti tersebut seperti 'berperang' dengan sebuah organisasi pengguna Islam di Malaysia. Pelbagai komen dipaparkan di ruangan forum laman web persatuan tadi hingga ke peringkat sebaran SMS. 'Peperangan' itu berlarutan agak lama dan menyebabkan jualan syarikat roti tersebut merosot. Isu Colgate tidak halal juga menyusur kemudian. Tetapi kita dapat lihat bagaimana kematangan syarikat bertaraf antarabangsa ini apabila mengambil pendekatan tidak berperang tetapi MENDIDIK pengguna. Colgate mengemukakan bukti syarikat tersebut mengeluarkan ubat gigi yang halal dan diiktiraf oleh badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Tidak hanya setakat itu, Colgate kemudian mengeluarkan ubat gigi berasaskan kayu sugi untuk mengambil hati masyarakat Islam. Sikap 'cool' Colgate ini membuktikan PENDIDIKAN lebih berkuasa dari 'PEPERANGAN'.

Moralnya di sini, kita lihat apabila kita mengambil pendekatan menerangkan kekeliruan dengan mengemukakan bukti yang kukuh, sesiapa sahaja akan menerimanya tambahan pula kita sudah dapat lihat kematangan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Bagi saya PAS selaku parti yang memperjuangkan Islam, mereka perlu bertindak secara bijak dan 'cool' seperti Colgate(hanya sebagai contoh). PAS(dan seluruh umat Islam di Malaysia) tidak harus mudah melatah sebaliknya menggunakan pendekatan Islam for All bukan hanya dengan slogan PAS for All. Kita sudah seharusnya bersikap matang dalam hal sebegini. Islam itu jelas membawa kedamaian dan keselamatan untuk semua. Kita punyai bukti yang kukuh melalui Al Quran dan sejarah.

Kita harus menganggap apa yang berlaku ini sebagai kekeliruan dan bukannya penentangan. Di sinilah peranan pimpinan PAS untuk merangka kaedah dan modul terbaik untuk menerangkan kepada masyarakat Malaysia mengenai murtad dan hudud. Yang pastinya tanggungjawab ini bukan hanya pada bahu PAS, tetapi semua rakyat Malaysia yang beriman dengan Allah melepasi sempadan parti politik dan bangsa.

2kali5.blogspot.com

Anonymous said...

Salam

Apakah sudah tidak ada kelibat Sayidina Umar di Malaysia ini? Terlalu angkuh puak kafir kini.

Mej Halim said...

ape punya bodoh OKT ni org islam pun tak takut hudud dia pulah sibok. patut nya tolonglah selangor cakap pasal babi lebih baik berfaedah pade dia. fikir2lah.

Anonymous said...

salam..

Bagi saya kenyataan OKT itu memberi maksud kelemahan umat Islam dalam memberi pendidikan yg sewajarnya.Jadi jgn kita cepat melatah dan terus menghukum.
Rasulullah selepas menerima wahyu, mengambil masa selama 13 tahun sebelum mendidik umat Islam dan selepas itu baru tertubuhnya negara Islam Madinah.
kalau dikaji dgn mendalam, seluruh kandungan al-Quran itu berkisar ttg perlembagaan dan penubuhan negara Islam.
pernahkah umat Islam benar2 mengkaji maksud ayat pertama alfatihah iaitu Bismillahirrahmanirrahim diikuti alhamdulillahirabbilalamin...
bagaimana dgn sirah & sunah Rasulullah SAW.hayatilah isi kandungan Al-Quran dan sunah..