Tuesday, April 22, 2008

Tiada wang untuk projek angkasawan ke 2

Semasa angkasawan (atau bagi sesetenga pihak pelancong angkasa) pertama Malaysia dilontarkan ke angkasa lepas, ramai yang berbangga dan tidak kurang yang mengeluh mengatakan tidak seharusnya kerajaan membuang masa, tenaga dan wang ringgit untuk ekspedisi ini sedangkan rakyat terbeban dengan kenaikkan kos hidup yang menggila.

Itu pada bulan Oktober tahun lepas dan sejurus selepas Sheikh Mudzafar mendarat kembali ke bumi PM Dollah Badawi mengisytiharkan yang Malaysia akan menghantar angkasawannya (atau pelancong angkasa) yang kedua pula dalam sedikit masa lagi.

Kini bagaimana?

Baru sahaja kerajaan menolak rayuan CUEPACS untuk membayar honararium RM2,000 kepada semua kakitangan kerajaan bagi tahun 2007, atas alasan kearajaan tidak berupaya dan bimbang pembayarannya nanti mungkin mengakibatkan kenaikkan kos barang-barang lagi. Ini menunjukkan yang kewangan kita tidak sihat dan kita tidak berupaya untuk berbelanja mewah seperti dahulu.

Lalu apabila Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengumumkan yang kerajaan kini sudah tidak berwang untuk menampung program angkasawan kedua, saya percaya ramai yang akan mengalu-alukannya. Menurut menteri berkenaan, Dr Maximus Ongkili:

I can say that there is zero money. If we want to proceed with the second phase we have to look for money.

Saya boleh mengatakan yang kita tiada wang. Jika kita mahu meneruskan program fasa kedua ini kita terpaksa mencari wang sendiri.

Eloklah begitu. Berjimat dan berhemahlah dalam berbelanja wang rakyat. Jika pun ada lebih, maka banyak keutamaan lain yang perlu diberikan dari menerbangkan seorang angkasawan ke langit. Jika kakitangan kerajaan yang lebih 1 juta orang itu dinafikan honorarium kerana kerajaan tidak mampu maka projek angkasawan ke 2 ini lebih baik dimasukkan ke dalam peti ais sementara menunggu kita pulih sepulih-pulihnya.

8 comments:

Yanaam said...

Saya berpendapat program angkasawan pertama adalah baik dan sangat berguna kepada kerajaan, rakyat dan pengkaji program angkasa dan banyak lagi. Banyak yang boleh dipelajari termasuklah mengajar kita mengukur baju di badan sendiri.

Walaupun ia banyak memakan belanja atau duit rakyat dan kelihatan membazir, tetapi sememangnya belanja yang besar diperlukan untuk memperolehi ilmu yang sangat berguna untuk generasi masa depan seperti juga perjuangan untuk Islam yang selalunya bukan sekadar memerlukan kos kewangan dan masa malah nyawa.

Anonymous said...

Saudara Roslan,,
Saya awal-awal mengatakan penghantaran angkasawan hanyalah satu pembaziran semata-mata !!!
Begitu mudahnya kerajaan berbelanja hampir 100 juta semata-mata kerana apa? Kerana kononnya biarlah m'sia gah dimata dunia sedangkan ramai lagi yg dibumi ni kebulur nak makan...
Apa salahnya 100 juta tu dibelanja utk rakyat yg memerlukan atau paling tidaknya beri bonus pada kakitangan kerajaan pun pada saya berbaloi...sekurang-kurangnya lepas jugak sesak ibu-bapa utk perbelanjaan anak utk kesekolah...
Cuba kita lihat seperti jepun atau korea mereka itu negara maju tapi tak pula mereka tergila-gila mcm yg kita buat ni...maju jugak dia org walaupun tanpa hantar angkasawan kebulan!!!!!

Apa nak jadi dgn kerajaan bn ni...saya ingin berpesan kpd pakatan rakyat andai ditakdirkan memerintah m'sia nanti jgnlah diturut jejak langkah bn sial ni!!!!

jakchemor

Anonymous said...

Institut Aero Angkasa Malaysia dan Persatuan Pelancongan Angkasa Cawangan Malaysia telah lama membicarakan isu ini. Kita mempunyai banyak alternatif lain untuk membangunkan bidang aero angkasa ini yang dapat menjana ekonomi negara, membuka peluang perniagaan dan kerjaya, meningkatkan taraf institusi pengajian tinggi dan penyelidikan di Malaysia.

Berita lanjut di http://ikam-space.blogspot.com/2008/04/peluang-perniagaan-bidang-pelancongan.html

Dari Editor said...

klaau ada duit pun bai tak yah buat. tak ada sumbangan pun, lain la kolo boleh menambahkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia ker, tak pun bagi sumbagan kajian kat proton ker campro pakai hidrogen ngan oksigen ker ok la jugak boleh naik ekonomi negara.

Muda said...

Adakah menghantar seorang doktor gigi ATM yang baru dinaikkan pangkat ke angkasa lepas lebih penting daripada membiayai pelajar-pelajar malaysia yang bijak tetapi tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran , lebih utama ?

Bagaimana dengan rakyat marhaen yang masih merempat di negara ini sendiri kerana tidak mampu memilikki rumah murah yang harganya tidak murah ?

Ini kah belanjawan berhemah yang dipraktikkan oleh Islam Hadari ?

Anonymous said...

muhammad muhd taib pn dah pandai main blog sekarang..
kekekkee...dulu geng2 korang jugak kate blogger nie itu ini..
apekehe hang pn nak berblog jugak.
baru pandai main tenet kot..

Anonymous said...

tulah, aku dah kata..antar angkat cawan buek perabis duit. Ada malaun dan badigol kata tak pe..Lah nie dah tak de duit plak.

Korang memang bebal lah malau meno cam kobau aje korang nie. Memang tak menasabah betui lahabu tu nak tunjuk bleh antar angkat cawan ke space!

Apa yang korang belajar lah kobau? Belajar apa laih..angkat cawan lah!

Anonymous said...

Russia plans to cease space tourism from 2010: Perminov - zaman ni siapa ada lebih kurang 25 juta USD bleh ke angkasa. Baru ni Korean Astronaut Program - wallahua'lam wassalamu'alaikum