Tuesday, April 15, 2008

Benarkah Rashid seekor kera jantan tua?

Siapa boleh lupa insan bernama Tan Sri Abdul Rashid Abd Rahman. Pengerusi SPR yang telah melakukan berbagai perkara dan memperkenalkan berbagai peraturan yang terus-menerus meletakkan proses pilihan raya dalam negara pada keadaan yang sangat membimbangkan, tempang dan pincang.

Bagaikan orang dari persembahan sarkas, beliau boleh memperkenalkan dakwat kekal yang katanya akan digunakan dalam PRU ke 12 Mac lalu, sebagai kononnya melayan karenah parti-parti pembangkang, tetapi diambang PRU ke 12 beliaulah juga yang membatalkan penggunaanya kononnya atas sebab keselamatan negara.

Beliau juga telah membenarkan undi pos, yang sangat dipertikaikan itu terus mempengaruhi keputusan pilihan raya. Isu di DUN Belantek di Kedah, contohnya, sehingga kesaat akhir tidak mampu beliau selesaikan, apabila PAS mengadu 1,031 pengundi tentera di daftarkan sebagai pengundi pos di DUN yang tidak punya kem tentera, beliau menyepi membodohkan diri, akhirnya PAS gagal mempertahankan kerusi tersebut.

Beliaulah juga memperkenalkan peraturan mematikan setem ke atas borang-borang pencalonan sehingga mencetuskan kekalutan dikalangan calon-calon pembangkang, hanya untuk menarik balik arahan itu di hari penamaan calon apabila mendapati calon-calon BN tidak mematuhi peraturan itu.

Siapa yang boleh lupa si Rashid ini?

Tiba-tiba dalam akhbar The Star hari ini, tanpa segan dan malu, beliau mendakwa bahwa pihak yang selama ini menganggu beliau, hari ini sudah senyap, kerana "monyet-monyet" itu dakwanya telah "kenyang". Kata beliau:

I have said many times before that the elections are always free and fair. But they never believed me. Now the MONKEYS are quiet because they are full.

Saya telah menyatakan banyak kali bahawa pilihan raya kita sentiasa bebas dan adil. Tetapi mereka tidak pernah mempercayai saya. Sekarang MONYET-MONYET itu semuanya sudah mendiamkan diri kerana masing-masing sudah kenyang.

Kalau insan bernama Rashid ini menggelar orang lain sebagai MONYET, memang tak hairan sebab dari rekod perkhidmatan dan kerja beliau, beliau sendiri saling tak tumpah bagaikan seekor KERA JANTAN. Tidak pernah mahu meletakkan dirinya sebagai pengadil yang bebas, sentiasa sahaja condong ke arah parti pemerintah, maklumlah KERA JANTAN yang tua sudah tidak boleh mencari makan sendiri, terpaksalah bergantung upah dari tuannya.

Kenyataan beliau menyamakan parti-parti lawan bagaikan monyet sesungguhnya mencemar dan mengaibkan Yang Dipertuan Agong, yang telah melantik beliau kejawatannya. Mungkin sudah sampai masanya KERA JANTAN ini dihumbankan ke zoo, atau disuntik dengan racun bagi mematikannya sahaja, jangan lagi menganggu umat manusia!

16 comments:

Harris said...

Setelah lebih sebulan membisu kerana keciwa melihat parti yang menyambung kontraknya sebagai Pengerusi SPR telah mengalami keaiban yang teramat aib di tangan PR , pesara yang di sambung kontraknya kini mula menunjukkan ekornya dengan menggelar para pengkritik nya sebagai monyet-monyet .

Kalau tidak silap saya , para pemimpin UMNO juga telah menyalahkan pesara kontrak ini berkaitan isu akuan berkanun dan isu dakwat hitam . Malah Pak Lah juga ada menyentuh perkara ini sebagai salah satu punca yang menyebabkan kemarahan para pengundi . OLeh itu nampaknya gelaran monyet yang diberi oleh pesara kontrak ini juga terpakai kepada para pemimpin UMNO termasuk PM .

Rasanya tidak sabar untuk melihat reaksi PM Malaysia terhadap gelaran terbaru yang diterima daripada pesara kontrak ini .

Letting the time pass me by said...

Kalau kita panggil orang monyet, buat dek ajela... untung-untung diberi pahala, tapi kalau kita pulak panggil dia balik, tak ke sama ahlak kita dengan ahlak dia..

Perangai buruk orang tak payahlah diikut... Buat apa nak maki-maki orang... entah-entah amalan dia lebih baik dari amalan kita...

dasuki_tmc said...

rashit kata pihak pakatan rakyat MONYET? tak pa, saya cadangkan pada rashit wiritlah dengan banyak-banyak menyebut MONYET, hatta kalau mampu hingga akhir kalam, itu kalau masih sedar, kalau tak sedar lagi, up to you.
you sendiri cari musuh, you sendiri selesaikan.
apa dosa kami? yang you kata monyet?
dosa you selama ini nak bawa ke akhirat ke? you nak bawa ke tak nak you punya pasal, you punya hal, aku tak heran orang macam you rashit.
tanpa you ada pun, aku masih boleh makan atas izin Allah......!

meowsoleh said...

Babi punya Rashid!!!

Anonymous said...

SAPA MONKEY? SHIT! Ko lah yang monkey..mokey tua..bile mau gol lah monkey tua! monkey mude kek rombau tengah belajo tarik kobau kek sawah nun!

monkey tua nie...ko banyak buek salah dol! ko ada minta maap ke? ko plak kata monkey dah kenyang! Kita tak lupe monkey shit tua! nanti InsyaALLAH, ko akan jadi monkey tua nyanyuk kek tampoi kan baru ko tahu!

Shit tua! Monkey Tua! Bile mau gol dah!

Mr. Right said...

Wahh... kuragn ajar sungguh memanggil org lain monyet dalam suratkhabar nasional.

Stealth said...

Kuasa rakyat membuktikan mampu membenamkan rancangan penipuan SPR. Rakyat mengetahui bhw ramai d kalangan ahli Parlimen BN yg menang dgn bantuan hayat Kera Jantan ni. Ini termasuklah Perdana Menteri, menantu beliau & menteri undi pos wilayah persekutuan. Disebabkan ramainya berjaya ke Parlimen, maka mengaumlah kera jantan ni krn gagal utk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat walaupun penggunaan dakwat kekal dimansuhkan d saat akhir hari mengundi.

Anonymous said...

itu kira nasib baik lagi laa rashit ooii.sebab kalah 5 negeri ja boss kau tu.kalau lebih lagi tak tau laa apa nasib kau.membawak kepada kesialan kau jugak laa yang boleh kalah banyak tu.kalau tak lantik semula kau pun mungkin boleh menang banyak lagi.rakyat semua meluat tgk muka boss engkau dgn muka engkau sekali.itu pasal yg kalah 5 negeri tu.kalau sambung pulak lagi lepas ni mungkin pembangkang boleh bolot semua sekali.kerja yang kau buat tu pun bukan bagus pun.aku ingat drebar kau lagi bagus buat kerja dari kau kalau dilantik jadi pengerusi.maklom laa...kerja pun kena ikut skrip.jadi tak payah la kau nak bising2 maki hamun org tak tentu pasal.duduk diam2 sudah laa sebelum kena terajang.apa nak buat..kerja kau tak berhasil.

azhar said...

Kalau monyet dikatakannya kepada MP Pakatan Rakyat , dia tu mestilah babi hutan..dimakan tak boleh ..dalam zoo pun tak boleh..tak siapa mau..
Rasit ni memang tabiienya gitu ..tunggu mampus je..Kalau SPR betul dah lama negara ni diperintah oleh Pakatan Rakyat..depa tu nipu lagi cuma rakyat ramai yang tolak BN..tak leh nak cover..bukan orang tak tau
Wassalam

Orang Kampung said...

Laman Blog Pakatan Rakyat perlu penambahbaikan
Sudah lebih sebulan Pilihanraya Umum ke 12 berlalu. Namun cakap-cakap politik masih menjadi tajuk utama media pro BN dan pro Pakatan Rakyat. Apa jadi dengan slogan Selamat, Aman, Makmur oleh Barisan Nasional dan Negara Kebajikan Pakatan Rakyat terutamanya PAS ?

Justeru itu saya menyeru kepada semua pihak media terutama Pakatan Rakyat supaya memberi tumpuan kepada permasalahan rakyat pada ketika ini. Contoh seperti TKO, wujudkan satu ruangan khusus untuk membicarakan masalah rakyat setempat berhubung dengan masalah keselamatan, pengangguran, kemiskinan, gejala sosial, masalah akidah, projek terbengkalai dan sebagainya.

Begitu juga dengan Blog Blog Pro Pakatan Rakyat yang lain. Maaf, saya mengambil satu daripada banyak contoh seperti laman Blog Pemuda Bukit Katil di http://pemudabukitkatil.blogspot.com yang terlalu banyak membicarakan isu politik nasional, tetapi kurang membicarakan isu setempat, termasuk menjawab isu dalam Blog Ketua Menteri Melaka. Dalam Blog Ketua Menteri Melaka, Dato Ali Rustam menyatakan guru SARA di Melaka dibayar gaji yang tertinggi di Malaysia dibandingkan dengan negeri lain termasuk Kelantan iaitu lebih RM 1,000 sebulan. Apakah kenyataan ini benar ?

Sebagai ahli, petugas atau penyokong Pakatan Rakyat kita tidak seharusnya leka dengan Tsunami Politik yang baru lalu.

Sekarang ialah masanya untuk kita bekerja. Mengkaji kelemahan yang ada pada kita semua untuk diperbaiki, bukan setakat membicarakan kelemahan Barisan Nasional yang sudah diketahui umum.

Barisan Nasional sudah mengarahkan semua ADUN , Ahli Parlimen dan pemimpin mereka mengadakan laman Blog masing-masing. Sudahkah arahan yang sama dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat ?

http://amkns.blogspot.com

Anonymous said...

Suruh dia berkawan ngan khairy je !!!
Inilah manusia akhlak rendah...dah buat salah lepas tu panggil org monyet...Dah gabra tu !!!!

Sidang said...

" now the monkeys is quiet becoz they re full "..inilah kata-kata dari orang yang dilantik menjadi pengerusi suruhanjaya pilihanraya malaysia..orang yang kononnya mahu menggunakan dakwat untuk para pengundi mengundi tetapi kemudian membatalkannya di saat akhir...orang yang mewajibkan stamp duty pada borang permohonan calon tetapi akhirnya membatalkannya..orang yang tidak dapat menjawab persoalan bagaimana ada seribu lebih undi pos tentera dalam keadaan tiada pun kem tentera di DUN belantek...orang inilah malah dengan mekanisma muslihat tenikal yang ada tidak membersihkan nama-nama pengundi hantu didalam daftar-daftar pemilih pilihanraya...DAN diatas SEMUA ITU DAN BERBAGAI LAGI dia masih merasa pilihanraya ini BEBAS , TELUS DAN ADIL...tidak adakah orang ini maruah dan merasa amat malu dengan hilangnya kewibaan dan maruah dirinya sebagai orang yang dipertanggungjawabkan melaksanakan proses pilihanraya yang benar-benar bebas , telus dan adil itu...apakah nilai dirinya apabila menyamakan pengkritik dirinya sebagai MONKEYS....kita bila dah bersara dah tua elokla jadikan contoh keperibadian diri kita kepada anak-anak muda dan kepada masyarakat...pepatah mengatakan jangan la sebab mulut badan binasa...berasa MALU lah kalau tak pada orang pada diri sendiri...elok la letak jawatan..pi masjid..belajar la ilmu tasauf buangkan sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri tu...rumah kata pergi..kubur kata mari..bila kena belasah dalam kubur nanti...orang2 BN terutama pengundi-pengundi hantu bukan nak tolong pun..insaf la tu..

SiFu said...

amboi sombongnya kera jantan yg tak berapa ada telur tu...

Anonymous said...

Monyet yang kenyang ke kera tuuuu yang kekenyangan atau Beruk KJ yang terlebih kenyang...yang lame sunyi kedua-dua tu leee....

me said...

ali rustam dah padah ruang komen dia....haha. tak tahan laa tu. kena balun

CLR UK said...

im sorry to say this..but what he said is quite true(not the language but the meaning)...

before the election semua pembangkang mengutuk2 dia kata " ini pilihanraya paling kortor" walhal PR tak berlangsung lagi....

and when PR won semua senyap...no one say anything?? why... u guess??

perhaps one good thing bout paklah(maybe just this one) he didnt abuse his power and willing to lose sthg to bring fairness in the election..compared to mahathir who used SB n everything under the sun to remain in power...perhaps we should thank paklah for his courage...just that nothing else...

harap jangan misuerstand what i said...