Friday, April 18, 2008

Lanjutan siasatan terhadap WSFFM

Akhbar The Star hari ini melaporkan yang pihak BPR telah membawa keluar fail-fail tertentu dari pejabat Yayasan Sukan dan Kecerdasan Wanita Malaysia yang sebelum ini dilaporkan menerima peruntukkan sebanyak lebih RM11 juta dari Kementerian Belia dan Sukan (semasa Azalina menterinya).

Berdasarkan laporan akhbar tersebut seramai 4 orang pegawai dari Badan Pencegah Rasuah Putrajaya telah mengunjungi pejabat NGO berkenaan dan membawa keluar beberapa kotak fail-fail dan baucar terutama yang berkaitan pentadbiran dan belanja keraiannya.

Namun menurut laporan itu juga pihak BPR menyatakan yang mereka sekadar mencari maklumat dan memeriksa, kiranya terdapat bukti barulah suatu penyiasatan akan dijalankan.

Begiutlah kita harapkan. Moga-moga proses pencarian maklumat dan pemeriksaan oleh BPR itu berjalan lancar dan telus tanpa gangguan atau pengaruh mana-mana pihak. Kerana kita menyatakan apa yang dapat kita lihat dari Laporan Tahunan WSFFM itu yang menimbulkan seribu satu tanda-tanya dan kecurigaan.

Kerana itu saya menyarankan agar pihak BPR turut mengambil bagi tujuan mencari maklumat dan pemeriksaan fail-fail dari Kementerian Belia dan Sukan, terutama berhubung kelulusan memberikan RM1.5 juta dari kementerian berkenaan kepada WSFFM dan atas alasan apakah Majlis Sukan Negara (MSN) memberikan RM9.72 juta kepada badan ini?

BPR turut perlu menyiasat apakah ada hubungan peribadi antara Menteri dan pihak-pihak dalam WSFFM itu sehingga boleh mempengaruhi Menteri memberikan kelulusan yang begitu luar biasa besarnya kepada badan ini.

Jangan biarkan rakyat tertanya-tanya, tambah-tambah lagi kiranya Azalina berhajat bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita atau MT Umno, sudah pastilah beliau mahu bertanding dalam keadaan rekod yang putih bersih.

3 comments:

Anonymous said...

Kalau dah namanya parti Umno.... kerja pemimpinnya utk memperkayakan diri sendiri. Umno(BN) dah tak boleh utk d bersihkan melainkan meletakkan parti ini sebagai pembangkang.

Unknown said...

boleh percaya ke BPR menjalankan tugas yang rumit dan dilindungi oleh puak.....
demi menegakkan kebenaran?
percaya saya cuma 3 suku sahaja....!

Anonymous said...

umno tetap akan tewas,,,