Monday, April 14, 2008

Babi yang sebenar?!

Dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi sahabat lama saya yang bertugas di KWSP telah menghubungi saya, oleh kerana saya sedang memandu beliau berjanji untuk telefon saya kemudian. Beliau kemudian mengirim SMS minta saya baca akhbar The Sun hari ini berhubung isu "ladang babi" di Selangor dan kalau boleh dedahkan untuk pengetahuan umum.

Dalam akhbar The Sun hari ini bekas calon MCA Bukit Bintang yang juga Pengerusi Biro Pertanian Tradisional MCA, Dr Lee Chong Meng (yang kebetulan saya kenali) dilaporkan telah mendedahkan dalam akhbar berbahasa Cina Oriental Daily News berkenaan kisah sebenar disebalik "Projek MPF" atau Modern Pig Farming di Selangor yang telah mencetus kontroversi baru-baru ini.
Dr Lee Chong Meng

Bagi saya pendedahan Dr Lee (lebih dikenali sebagai Dr Ayam, kerana beliau pakar veterinar) itu turut mededahkan siapakah yang sebenarnya "babi" dan "membabi"dalam kontroversi ini!

Menurut Dr Lee, kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo dahulu telah merancang menyerahkan projek MPF ini kepada sebuah syarikat Bumiputera yang akan membawa masuk teknologi Jerman melalui dana yang disediakan oleh Program Alam Sekitar PBB (UN). Melalui projek ini syarikat tadi akan mengenakan levi RM50 bagi setiap ekor babi yang dijual oleh penternak bagi menampung kos rawatan sisa babi tadi.
Dan tahukah anda siapa teraju disebalik projek ini?
Tidak lain dan tidak bukan, orang kuat Khir sendiri iaitu ADUN Tanjung Sepat, Dr Karim Mansor (bekas SETPOL Khir). Beliaulah yang menjadi orang tengah untuk syarikat Bumiputera tadi serta yang merancangkan penggunaan teknologi Jerman itu. Anehnya Dr Karim jugalah hari ini begitu galak sekali kononnya menentang perlaksanaan projek ini oleh kerajaan Pakatan Rakyat.




ADUN (Umno) Tg Sepat



Kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo, kata Dr Lee, telah menghantar delegasi kerajaan negeri ke Jerman utnuk mengkaji dan melihat sendiri teknologi Jerman yang digunakan di ladang babi di sana. Siapakah antara yang menyertai rombongan itu? Dr Karim dan Ketua Kampung Ladang Tumbuk, Mohd Tarmudi Tushiran. Tarmudi inilah yang mengetuai lebih 200 orang penduduk kampung berdemonstrasi depan Bangunan SUK baru-baru ini sedangkan beliau terlibat dalam program ini semasa BN kerajaan dulu!



Apa yang ditunjuk tu Wak Tarmudi....



(Cuba tanya mengapa seorang Ketua Kampung seperti Tarmudi perlu ikut "study tour" ke Jerman itu, jika tidak kerana Umno telah merancang untuk beliau menutup mulut anak-anak buahnya nanti. Bukan senang Ketua Kampung boleh melancong ke Jerman!)

Berikut kenyataan Dr Lee:
Hari ini saya mahu menegaskan bahawa RM100 juta untuk projek ini bukannya dibiaya oleh kerajaan negeri,. Dr Mansor bertanggungjawab membawa sebuah syarikat Jerman untuk berusaha sama (JV) sengan sebuah syarikat Bumiputera untuk maksud itu. Syarikat JV ini nanti akan menggunakan peruntukkan dari UN (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu)
Menurut akhbar The Sun lagi:

At the press conference he (Dr Lee) strongly criticised Karim and Tarmudi who out of personal political interest made an about turn on the project.

Di sidang akhbar berkenaan beliau (Dr Lee) telah mengkritik keras Karim dan Tarmudi kerana tiba-tiba berpaling tadah dalam isu projek ini semata-mata kerana kepentingan politik peribadi

Rupa-rupanya melalui pendedahan Dr Lee ini kita ketahui bahawa terdapat 132 ladang babi berselerak disekitar Selangor. Kedua-dua EXCO MCA di bawah Khir Toyo dahulu iaitu Chng Toh Eng dan Tang Seed Hang, menurut Dr Lee, telah medapat lampu hijau dari Khir untuk memindahkan kesemua ladang-ladang ini ke pusat seluas 460 hektar di Ladang Tumbuk, Kuala Langat itu.

Yang menariknya menurut Dr Lee lagi, pada bulan Januari tahun ini kerajaan negeri Selangor bahawa Khir Toyo telah meluluskan projek ini dan antara yang menyokong kuat perlaksanaan projek ini adalah Mansor! Menurut Lee juga, terdapat minit-minit mesyuarat dan rekod bagi membuktikan perkara ini!
Begitulah al kisah "babi" di Selangor ini. Sekarang baru kita tahu siapa yang penipu, siapa yang berbohong dan siapa yang "membabi"!
Khir Toyo pada mulanya menafikan perkara ini, dan kemudian memberi pelbagai alasan, Khir Toyo jelas berbohong. Mansor pun pembohong besar begitu juga Ketua Kampung Ladang Tumbuk, si Tarmudi, lidah bercabang itu. Saya tertunggu-tunggu juga bila Utusan Malaysia dan TV3 (perkakas jahat Umno dalam kes babi ini) akan menemuramah Dr Lee Chong Meng.

Kalau beginilah sikap dan perangai Umno Selangor sebenarnya, saya yakin, rakyat akan terus menyisihkan parti ini, dan PRU ke 13 nanti, tidak mustahil Umno Selangor ditimpa nasib bagai Umno di Kelantan, hidup segan mati tak mahu, akhirnya "gila babi", "membabi buta" dan entah apa-apa lagi.

17 comments:

Hasbullah Pit said...

Saudara Roslan,

Ini catatan blog saya mempersoalkan adakahbenar babi di Malaysia tidak dieksport.

http://sebolku.blogspot.com/2008/04/benarkan-tiada-babi-malaysia-dieksport.html

Anonymous said...

Assalamu'alaikum wrt. wbth. dan salam sejahtera,

MasyaAllah, ada juga dikalangan umat Islam yang terlibat dengan perniagaan haram ini (levi RM 50 d i atas setiap ekor babi). Adakah mereka ini tidak mengetahui hukum atau `ruh perut' lebih penting dari segala-galanya. Jika `ruh perut' melebihi hukum saya meyakini golongan ini sanggup melakukan apa sahaja demi `perut' dan `bawah perut'.

Kepada kerajaan negeri Selangor saya amat berharap agar projek ini dijalankan secara telus dengan mengambil kira pandangan pakar. Banyak sangat ladang babi di Selangor, bersepah-sepah sampaikan kat Semenyih pun terbau bauan yang meloyakan!

Mohd. Marzuki Haji Ali

Anonymous said...

lah malaun meno ngan khir toyo yang poyo punye koje ngan kobau dia ye!

alahai poyonye sarkis meno nie..korang nie lumbu betoi ah! main sondol aje..kalu kita panggil natang tu marah! tapi korang sondol dan menyondol aje koje korang! Tak gitu wak tempe khir toyo yang poyo? dan rakan-rakan dia yang bahlol tahap kobau?

Anonymous said...

khir toyo poyo membawa bola lalu diberi kepada doktor cacing si karim dan menyepak bola itu kepada ketua kampung "bleh gi jerman" tarmudi tempe dan berjaya menjaringkan gol bernama 'menyondol babi'!

Khir toyo poyo, dr. cacing karim dan ketua kampung bleh gi jerman tarmudi tempe adalah nama-nama yang akan menyondol-nyondol setiap hari kakakakakaka! idup tempe poyo dan doktor cacing yang banyak menipu!

Idup sarkis meno..korang nie bleh jadi clown kek sarkis lah!

Anonymous said...

Khir Celeng!

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan Roslan, Terima Kasih kerana artikel ini.

Anonymous said...

habis tu knp PAS tak cuba batalkan projek ni sedangkan pakatan rakyat dah menang kat Selangor? Kan korang dah berkuasa kat sana. Mungkin benar KERAjaan sblm ni dah luluskan tp tahukah korang yg penduduk sepang mmg tak tahu hal ni kecuali sorang dua yg berkepentingan. Jd skrg bila penduduk sepang tau mesti la mereka marah dah sbg wakil rakyat, korang kena la dgr suara rakyat. kalo mcm tu tak perlu la rakyat pilih korang. kami pilih BA sbb spy BA bleh dgr suara kami tp last2 BA tuduh kami org UMNO. apa ni?

Hal KERAjaan BN sblm ni kami tak mau dgr. yg kami mahu skrg, kerajaan skrg batalkan jek projek tu dan kandang2 babi yg lain. kalo nak teruskan pun lantak la asalkan pindah kan tempat tu ke tempat lain. yg jauh dr kwsn melayu. kao susah2 sgt buat je kandang babi tu kat belakang rumah menteri besar selangor. mungkin kurang ajar bunyi nya tp penah korang pikir kandang babi kat kwsn korang? kita yg tak kena ni senang la ckp taknologi moeden la apa la. kalo kena kat batang idung sendiri baru tau.

kesimpulannya, penduduk sepang baru tau hal ni sbb kerajaan sblm ni sembunyikan benda ni. dan jd tanggungjawap kerajaan rakyat skrg ni jumpa penduduk yg terlibat dan bincang gn mrk. kalo mrk tak setuju pindahkan je. kalo mrk setuju, teruskan je kat situ. jgn la ada saper2 yg politikkan benda ni walaupun UMNo dah mulakan mempolitikkan isu ni, bolayan jek.kerajaan selangor teruskan tugas anda mendengar suara rakyat.

Anonymous said...

Babi-babi ini makan tempehlah macam bos dia juga.

Anonymous said...

tahniah..saya sendiri selaku anak negeri kedah langsung tak percayakan adu domba umno-bn pasal cite babi nie. jadi dgn terbongkarnya 'dokumen babi' nie maka kita semua tahu kedudukan cerita sebnar pasal projek babi ni. sapa yg sokong dan sapa yg bantah? org yg sama sokong dan org yg sama bantah. Sedap2 dapat pi jerman tgk babi kat sana balik sini cuba nak jd hero psl babi. saya harap 'dokumen babi' ni dpt dicetak dan diedarkan pd setiap masyarakat terutama di sepang. bagi sama kat mat zain, anak toyo dan juak2 umno yg cuba nak jadi hero pasal babi!

umno kena tukar slogan- hidup Umno, melayu, bab....islam hadhari

Anonymous said...

salam bro roslan... x cantik layout blog bro... apa kata bro kembali pada yang dulu... lebih cantik, kemas dan tersusun... y ni nampak serabut la bro... plzz

Anonymous said...

Kpd AkuKaya,

Engko ni silap2 penyokong totol UMNO...fahamilah keadaan politik...dah keputusan dibuat sebelumnya...ingat senang2 je nak batalkan ke?

Tu lah...dah 50tahun dijajah oleh UMNO lepas tu bila dah terhantuk, gunakan alasan dangkal utk cuba 'sembunyi' fakta...

Dah, bangsa khir toyo kata...GOBLOK!

Anonymous said...

buat aje kat sepang tu.sepang mmg hebat.litar formula one ade,KLIA ade dan sekarang pulak ladang babi moden.maju betul laa sepang nihh.kemajuan macam ni la yang korang mintak kan?takkan nak yg bagus2 je.yg busuk2 tak mau pulak.hehehehe

Anonymous said...

kau orang tak nak ke pembangunan yang di taja oleh kerajaan BN/UMNO?
kan pembangunan nama nya tu, semau ada KLIA, SEPANG CIRCUIT, CYBERJAYA DAN ternak moden babi. kan moden tu acuan slam hadhari (tamadun) semua ada.

AKU said...

Kepada Akukaya,

Nama pun macam teringin nak jadi kaya tapi tak kaya-kaya jugak...

Itulah dinamakan kebijaksanaan memerintah yakni memberi keadilan kepada semua. Orang bukan Islam pun ada hak mereka juga kerana daging babi itu adalah makanan mereka.

Mengharamkan terus memang senang tetapi mesti dilihat juga dari sudut pandangan orang-orang bukan Islam. Mengharamkan terus ternakan Babi bererti hanya melihat dari sudut pandangan orang Islam dan menafikan hak orang bukan Islam.

Kalau ternakan babi tersebut diternak dengan kawalan yang baik saperti dilaksanakan dinegara-negara maju maka tidak akan ada sebarang masaalah yang timbul.

Bau najis babi itu bukan orang Islam saja tidak senang tetapi orang bukan Islam pun tak senang. Tapi kita mesti ingat bau babi itu tidak haram, yang haram adalah makan babi. Jadi kita janganlah sensitif sangat pasal babi ni... Hendaklah kita sensitif lagi tentang orang Islam yang tidak solat atau jarang solat, tidak ke Masjid walau dekat rumah, keruntuhan moral remaja, jenayah yang meningkat, Kehakiman yang rosak, rasuah yang berleluasa, zina dan sumbang mahram, rompakan, kecurian, ragut dan pelbagai lagi masaalah yang lebih besar dari kandang babi dibelakang rumah.

Tok Penghulu bukannya lawan sebab ladang babi dekat rumah dia tapi sebab hasil dari levy penjualan babi RM50 seekor itu dah melepas...

Lagipun kalau mengharamkan ternakan babi maka jatuh dua kali haram sibabi-babi tu... kesian nasib babi makhluk Allah yang tak berdosa, akibat kedengkilan manusia hingga hilang timbang rasa.

Unknown said...

babi oh babi...
aku percaya kalo Krjaan BA nak haramkan projek ni, memanglah bodoh sgt sbab undi bkn mlayu byk membantu BA menang.

bagi aku, isu babi ni kalo ukut sensiviti org islam,xlah terlalu berat kerana dalam 10 org islam di malysia, susah nak jumpa yg penah makan babi,
yg nak dihimpunkan setempat tu supaya senang nak pantau, 1 jer yg kena tgk berbanding sekarang ni bersepah di merata2..(so, tiada lagi isu xcukup kakitangan nak pantau)

lain pulak dengan benda haram lain spt arak, dalam 10 org islam di malysia,memang senang nak dpt yg penah tunggang arak. tp nape xdhiraukan sgt wahai penegak islam?
tu baru arak, fatwa krjaan negeri slagor rasanya rokok tu haram..tapi susah nak cari saper yg xhisap rokok sebab benda tu haram?

Anonymous said...

hoi, rakyat malaysia!!! toke babi dah pegi umrah pulak nak bersihkan diri agaknya.cukupla tu kt orang gi umrah tak yah banyak kali ,ada lebih baik duit tu bagi kat orang susah kat kampong kau sbb banyak lagi yang susah dan daif tak caya aku boleh tunjuk. kalau gi umrah tiap bulan pun bukan boleh cuci dosa,tambah dosa ada la... ngaji dulu betulkan aqidah dan nawaitu . kalau setakat nak tunjuk awak tu warak dengan gi umrah banyak kali, tapi hasil xxxxx sental gak lupa kan la... tapi takpa, balik umrah nanti masih banyak lagi kes yang dok nanti, siapla ko...Karim ngan kabhi tushiran babi gham tak ikut ke umrah??

madbi said...

jangan kita dok sibuk sangat hal babi ni, banyak perkara lain yang lebih penting yang kita perlu fikirkan dan bertindak dengan lebih pantas. hal babi ni kita serahkan kepada yang berkenaan sahaja supaya tidak menambahkan kekeliruan umum. amno sentiasa bergerak dengan giat walaupun tak nampak dan memikirkan bagaimana untuk menjatuhkan kerajaan pr yang baru bertapak di beberapa buah negeri sedangkan kita dilekakan dengan isu babi. buatlah sesuatu dengan segera eg. gantikan semua penjawat yang perlu untuk menjamin dasar kita dapat dilaksanakan dengan berkesan. jangan biarkan ada lagi sekerat pun orang amno yang memegang jawatan yang membolehkan mereka bersuara. kalau boleh tutup terus mulut mereka dengan cara mereka tidak berjawatan.ambil pengajaran dimana negeri yang pernah diperintah oleh pas 1999 jatuh pada 2004 kerana terlalu menjaga hati rakyat dengan tidak menukarkan k/tangan yang kononnya tidak mengamalkan politik dendam. disini bukan soal dendam, soalnya kita perlu menjalankan dasar parti dengan penyampaian yang menyeluruh ,bersambung...