Sunday, April 20, 2008

Bila ahli parlimen tak buat kerja

Saya bersetuju sangat dengan titah Sultan Perak sempena Hari Ulangtahun Keputeraaan Tuanku semalam, bahawa waktu untuk berkempen sudah selesai, kini masanya untuk bekerja, kini masanya untuk memenuhi janji-janji yang diberikan kepada rakyat.

Kerana itu saya percaya bukan hanya saya malah ramai rakyat Malaysia terperanjat apabila mendapat tahu bahawa terdapat 29 ahli parlimen (yang baru kita sama-sama pilih dalam PRU ke 12 lalu) dari 222, telah gagal mengemukakan sebarang pertanyaan samada lisan atau bertulis kepada kerajaan sempena Persidangan Dewan Penggal Pertama Parlimen ke 12 bermula 28 April ini.

Menurut laporan masing-masing ahli Dewan Rakyat samada dari kerajaan mahupun pembangkang telah pun diberikan notis untuk mengemukakan soalan-soalan mereka selewat-lewatnya sebelum 8 April lalu.

Yang kita tahu, wakil-wakil kita ini kita berikan amanah untuk mewakili suara dan aspirasi kita untuk dibawakan ke dewan iaitu badan perundangan tertinggi dalam negara. Di sanalah mereka sewajarnya membawakan pandangan, keluhan dan cadangan kita untuk dibahas dan diputuskan bagi pihak kita semua. Lalu kiranya mereka melangkah masuk pada 28 April ini, tanpa mengemukakan sebarang soalan bagi pihak kita, apakah gunanya mereka? Tidakkah rakyat tertipu kerana memberikan amanah kepada mereka?

Menurut akhbar The Sunday Star hari ini, pelbagai alasan diberikan oleh ahli-ahli parlimen berkenaan yang bagi saya tiada "excuse" melainkan ia membuktikan mereka cuai dan telah memberikan gambaran yang buruk kepada rakyat terhadap rekod mereka terutama bagi mereka yang baru buat pertama kali masuk ke dewan.

Tak kiralah samada mereka yang "gagal" ini dari kalangan BN atau Pakatan Rakyat, mereka perlu meminta maaf kepada rakyat yang mereka wakili dan pastikan yang perkara ini tidak berulang lagi di masa hadapan.

Geng 29 yang masuk ke dalam senarai "Hall of Shame" itu adalah:

1. Abd. Rahman bin Bakri - Sabak Bernam - BN
2. Datuk Haji Wahab bin Haji Dolah - Igan - BN
3. Dato’ Dr Abdullah bin Md Zin - Besut - BN
4. Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti - BN
5. Datuk Anifah bin Aman @ Haniff Amman - Kimanis - BN
6. Abit Joo Hulu - Rajang - BN
7. Ding Kuong Hiing - Sarikei - BN
8. Datuk Seri Dr Jamaluddin bin Mohd Jarjis - Rompin - BN
9. Dato’ Dr James Dawos Mamit - Mambong - BN
10. Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad - Kangar - BN
11. Dato’ Sri Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah - BN
12. Dato’ Seri Rafidah binti Aziz - Kuala Kangsar - BN
13. Datuk Dr Tekhee @ Tiki Anak Lafe Mas - Gading - BN
14. William @ Nyallau Anak Badak Lubok - Antu - BN
15. Datuk Haji Yusoff Bin Mahal - Labuan - BN
16. Charles Anthony a/l R Santiago - Klang - DAP
17. Er Teck Hwa - Bakri - DAP
18. Hiew King Cheu - Kota Kinabalu - DAP
19. John a/l Fernandez - Seremban - DAP
20. Prof Dr P Ramasamy a/l Palanisamy - Batu Kawan - DAP
21. Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat - PKR
22. Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah - PKR
23. Chua Tian Chang - Batu - PKR
24. Gobalakrishnan a/l Nagapan - Padang Serai - PKR
25. Dato’ Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang - PKR
26. Manikavasagam A/L Sundaram - Kapar - PKR
27. Dato’ Rashid Bin Din - Merbok - PKR
28. William Leong Jee Keen - Selayang - PKR
29. Datuk Dr Zainal Abidin Bin Ahmad - Hulu Selangor - PKR

Sementara itu tahniah kepada kesemua 23 ahli Parlimen PAS kerana berjaya menepati "dateline" berkenaan.

4 comments:

Anonymous said...

Adalah amat menyedihkan apabila hampir SEMUA orang masih mengkategorikan MCA, MIC, UMNO dan rakan-rakan mereka sebagai BN, manakala PKR, DAP dan PAS dengan nama parti politik masing-masing. Pakatan Rakyat sudah diwujudkan, maka rajinkanlah mengingatkan diri supaya mengkategorikan wakil PR sebagai wakil PR.

Anonymous said...

alhamdulillah . ahli parlimen PAS berjaya menunjukkan akhlak sewajarnya. sebagai org islam dan sebagai pemimpin

DXB said...

Tahniah utk YB2 PAS! PKR & DAP pleaseee.....
Ni yang aku tak suka dgn diaorg ni.
PAS teteap di hati...

Anonymous said...

salam

satu ingatan dan ketelusan ke arah iklim politik yang matang. hendaklah menjadi ingatan dan perhatian kepada semua YB yang terlibat.mohon didedahkan tanpa mengira pihak mana

sekian