Wednesday, April 09, 2008

Askar Melayu dikerah mengawal Istana Queen!

Sekali imbas ia kelihatan macam satu usaha mengharumkan nama negara. Seramai 122 anggota Regimen Askar Melayu Di Raja akan dihantar bertugas selama 2 bulan ke luar negara.
Ke manakah mereka dihantar dan apakah misinya?

Perbelanjaan menghantar mereka termasuk tambang, insuran dan pakaian seragam mencecah RM1.9 juta. Tetapi tidak mereka bukannya dihantar untuk mana-mana misi pengaman di negara yang menghadapi konflik. Mereka tidak dihantar ke Timor Leste atau ke Darfur. Anggota kita ini dihantar ke London. Dam misi mereka adalah mengawal Istana Buckingham, Istana St. James, Tower of London dan Istana Winsdor.

Ya anggota tentera terbaik kita dihantar ke London untuk menjaga istana milik Queen Elizabeth!


Kata Menteri Pertahanan ianya suatu penghormatan terhadap kredibiliti anggota tentera kita.

Tetapi penghormatan apa? Saya sangat berbangga dengan apa-apa sahaja tindakan patriotik yang boleh mengharumkan nama negara tetapi maaf, bagi saya menghantar pasukan tentera terbaik kita untuk menjaga istana bekas kuasa penjajah negara kita bagi saya bukannya sesuatu yang patriotik apa lagi boleh dianggap satu penghargaan.

Lebih baik kita belanjakan wang tadi untuk kerja-kerja lain yang lebih bermanfaat malah membelanjakannnya sebagai elaun untuk anggota tadi dan kaum keluarga mereka lebih baik dari memaksa mereka menjaga Istana Queen!

Mereka dijadualkan berlepas pada 16 April ini, saya difahamkan banyak pihak termasuklah NGO membantah misi ke London ini. Kita berharap agar pihak kerajaan menyemak semula pelan tersebut dan kalau boleh membatalkannya, kerana keputusan PRU ke 12 yang baru lalu turut memberi isyarata kepada kerajaan BN agar jangan membzair wang rakyat. Kalau Najib tak ambil iktibar bermakna sahlah BN sama-sekali tidak mengambil kira nasib dan kepentingan rakyat.

17 comments:

Raja Idris said...

Saya rasa jumlah RM1.9 juta itu tidak masuk akal. Kalau diambil kira 122 orang, ianya akan menjadi hanya RM15,500 ataupun lebih kurang £2,000 untuk dua bulan atau £1,000 seorang sebulan termasuk insurans, pakaian seragam, kos penginapan dan makanan, kos penerbangan, elaun perjalanan dan lain lain lagi.

Mustahil bin ajaib. Saya rasa sekiranya jumlahnya RM19 juta mungkin lebih tepat.

roslan sms said...

Asm Raja

RM1.9 juta yang dimaksudkan adalah untuk : insurance, attire and flight tickets (re: The Sun 8/4/08). Ianya tidak termasuk lain-lain yang saudara sebutkan i.e kos penginapan, makanan, elaun perjalanan dan lain-lain. Agaknya yang lain itu dibayar dari poket Najib Tun Razak.

ROSLAN SMS

Anonymous said...

Najib tidak tahu yang mana lebih penting kepentingan rakyat atau kepentingan peribadi (Menteri Pertahanan). Adakah pelaburan RM1.9 juta itu dapat menjadi RM190 juta? Di mana dia belajar ekonomi?

Anonymous said...

Saya fikir, ini bukan satu penghormatan namanya, ini memperlihatkan seolah-olah orang puteh tu masih berkuasa mengarah-arah pemimpin negara kita.Bagaimana pula nanti Bush suruh kita hantar askar kawal Rumah Puteh, kita patuh juga?

An~Nahli said...

ini bukan penghormatan, tapi penghambaan...?

Anonymous said...

bro.....header blog ni tak sesuai la......tukar la. yang lama tu dak ok dah

Anonymous said...

jgnla ada awek london kene kebabow pulak lepas nie..

Anonymous said...

kesian nye kt rakyat malaysia. kalau kt ireland yg penah kene jajah gak, queen nak dtg pon mereka tak bagi...oh bangsa(bangsat)ku....

Anonymous said...

aparah..najib dapet duit dari Queen utk kasi pertahankan dia punya istana la?

Disamping itu, askar melayu tu mungkin bleh jaga stadium baru yang KERA Jaan buek tu untuk atlit dapet pingat tembaga dalam olimpus nanti!

Dan askar tu buek jago rumah, apartment dan ladang kepunyaan malaun meno! Tak kan tak tahu? Aparah korang nie!

Suatu penghormatan bagi najib lumbu! Pasai dia semua gunakan harta rakyat cam reta bapak dia! Bile mau gol pun tak tahu lah?

Anonymous said...

sy setuju bro..sy pengunjung setia blog nih...lama nyer header lagi best la..tataw la sebab dah biasa atau apa..tp kalau ramai yg suka yg baru ni ni...teruskan la...wsalam

AndreIrwan said...

Anak kera di hutan disusukan,
Anak di rumah dibiar kelaparan.
Tak sangka bodohnya Najib.
Nak bangga apa dengan menjaga Istana Queen Elizebath tu. Duit tu kalau guna untuk perbaiki alam sekitar melibatkan pemeliharaan babi di negara kita, kan lebih baik.

Anonymous said...

saya tak pahamlah you org punya mentaliti, sebagai bekas tentera saya nak bertanya kepada you org apakah yang you orag tak senang kalau sesuatu untuk pengalaman dan penghormatan seperti ini diberi kepada askar Melayu. Macam manakah semangat askar kita dapat dinaikan jika kau org tak menyokong untuk kebaikan askar kita. Kan askar tu pun rakyat Malaysia keluarga dia org Melayu dia org punya bayar cukai juga come on lah sokong lah sesuatu yang baik untuk askar kita tu beb!!!!

Anonymous said...

bila aku masuk blog roslan sms yg baru ni aku rasa aku dah masuk blog lain. bukan lagi blog roslan sms yg lama...byk sgt link ke blog cpol....

maaf cakap la...aku prefer the old one...

Anonymous said...

LAGU TEMA tu tak best ler...hehe

Anonymous said...

Buang duit je hantar askar kita jaga istana dia. Baik jaga istana kita. Apa kita dapat dengan jaga istana dia? Jangan jangan askar kita bila lepas kerja, pergi entertain Sufiah tu. Duit kerajaan. Najib nak ikut kut!

helmy said...

got to get use to the new page set up..kelam kabut la buat i ni..sori la mungkin kita old fesyen kot..anyway kita kena get use to it kan..tak apa well done jugak..

Anonymous said...

Apa lebihnya kalau setakat diberi tugas jaga istana org yang pernah kauat khazanah negara kita....aku tengok ramai bekas tentera yg tidak terbela nasib mereka. Elok duit berjuta tersebut diberi kepada bekas tentera yg ingin memperbaiki taraf hidup meraka. Apa pengalamannya jaga istana...kalau pergi berperang di Palestin/ Afganistan ada jugak faedahnya....ramai lagi tentera yg tak penah tembak musuh...gaji buta.