Friday, April 04, 2008

Jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia kosong, retak menunggu belah

Semalam Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dengan rasminya mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatannya disayap Umno itu. Beliau dijangka akan menumpukan kekuatannya ke arah merampas salah satu dari tiga jawatan Naib Presiden.

Pengumuman ini berkebetulan dengan pengisytiharan ahli Palrimen Jerlun, Mukhriz Mahathir baru-baru ini bahawa beliau akan bertanding merebut jawatan berkenaan kiranya Hishamuddin melepaskannya. Begitu juga bekas MB Selangor turut menyatakan hasrat mahu merebut jawatan itu.






Banyaklah spekulasi yang dibuat ekoran tindakan Hishamuddin itu. Mengapa sekarang?

Bukankah Umno sekarang berada pada tahap yang paling kritikal dalam sejarahnya. Umno hilang kuasa dan pengaruh di lima buah negeri, Umno selaku tunggak BN merana dengan kehilangan 2/3 majoriti di Dewan Rakyat. Umno kini sudah bukan Umno dahulu. Umno kini seekor singa tua yang luka parah, mungkin ia berupaya mengubat sendiri lukanya, jika tidak ia akan menanggung sengsara dan mungkin mati dan pupus begitu sahaja.


Mengapa sekarang Hishamuddin memilih untuk naik ke tangga ke tiga tertinggi parti?

Hishamuddin mengesan arus bahawa Dollah selaku Presiden parti berkemungkinan akan menghadapi cabaran terbesar dalam sejarah Umno bagi jawatan nombor satunya itu. Dollah mungkin ditentang atau Dollah mungkin juga melepaskan jawatan jika cabaran terhadapnjawatannya terlalu sengit. Menimbang kemungkinan-kemungkinan ini maka Hishamuddin merasakan inilah masa terbaik bagi beliau untuk bergerak naik.


Dan dengan tindakannya ini juga Hishamuddin sekaligus mematikan harapan menantu Dollah, Khairy Jamaluddin untuk naik menyandang jawatannya. Hishamuddin tahu selain kelemahan Dollah, Khairy merupakan salah satu faktor terbesar kekalahan Umno dan kemerosotan sokongan terhadap Dollah. Dengan sokongan yang menjunam ini Khairy berlemungkinan tidak dapat pergi jauh, cukup sekadar berpuas hati dengan jawatan barunya sebagai ahli Parlimen Rembau. Malah jaawatan Naib Ketua Pemudanya pun mungkin ditentang.


Lalu inilah masa paling baik bagi Hishamuddin. Beliau mengukuhkan harapannya untuk menang di nombor tiga dan dalam waktu yang sama menyj bang ke arah kejatuhan Dollah anak beranak.

Mukhriz berkemungkinan dengan sikap beraninya akan mendapat laluan mudah untuk menggantikan Hishamuddin. Bagaimana dengan cabaran dari Khir Toyo? Khir Toyo (dengan sial penyapunya) dijangka akan menerima nasib seburuk Khairy. Khir lupa yang beliau merupakan penyumbang terbesar ke arah runtuhnya kerajaan Umno di Selangor, apakah perwakilan Pemuda Umno nanti mudah menerima beliau? Khir bagi saya sudah luput tarikh relevannya dalam Umno, apa sahaja tindakannya dalam parti pasti akan ditolak.


Mungkin lebih ramai akan bertanding merebut jawatan nombor satu pemuda ini, menang mudah tanpa bertanding seperti yang berlaku bagi jawatan Naib Ketua yang dimenangi Khairy pada pemilihan lepas, pasti tidak akan berulang lagi kali ini. Kesimpulannya Umno akan semakin porak-peranda, mengahalakan senjata ke arah sesama mereka (kita belum ambil kira pertandingan jawatan tertinggi peringkat MT) setelah ditolak rakyat, semoga mana-mana ahli atau pimpinan yang prihatin akan segera bertindak bijak. Tinggalkanlah Umno kita bersama membina kekuatan politik baru. Selamat jalan Umno!

No comments: