Tuesday, April 08, 2008

Semoga Sang Kelembai mampu menyelamatkan Umno

Seorang rakan memaklumkan saya berkenaan suatu artikel dalam KL Pos berkenaan kenalan saya Sang Kelembai atau Zaharin Md Yasin.Kata beliau blogger Sang Kelembai telah konar baring di Kota Kinabalu. Dalam keadaan percaya tak percaya saya segera melayari KL Pos. Kemudian saya baru teringat yang MSO juga berada di Kota Kinabalu, untuk membuat liputan kunjungan Dolah ke sana.

Apabila melayari Merah Tinta MSO, saya lihat sendiri 3 gambar yang dipost oleh MSO menunjukkan aksi Sang Kelembai bersama Dollah ( 1 darinya saya turunkan di sini). MSO turut merakamkan apa yang diucapkan oleh Sang Kelembai semasa mengucup tangan Dollah di Lapangan Terbang KK itu:

Pak Lah saya akan berama Pak Lah di saat Pak Lah diserang. Pak Lah kita berkawan. Pak Lah teruskan perjuangan! Saya tetap bersama Pak Lah. Saya berjanji!

Bila saya amat-amati gambar-gambar MSO itu, kalau tidak silap baju batik yang Sang Kelembai gunakan adalah baju yang sama ketika berceramah dengan saya atas pentas PAS sebelum PRU 12 lalu. Ketika itu Sang Kelembai bukan hanya memaki hamun Dollah malah habis suku sakat dan keturunan Dollah dimaki hamun dan disumpah serapah. Mujurlah nama sahaja Sang Kelembai tetapi kuasa Sang Kelembai itu tidak diwarisinya jika tidak entah-entah yang disumpah serapahnya danh pun bertukar menjadi batu!

Saya segera pergi pula ke laman blognya, ternyata beliau belum sempat meng "update" blognya yang sarat dengan serangan peribadi terhadap Dollah dan dinastinya. Satu artikel yang masih tersangkut diblognya bertajuk:

Dari bodoh ke nyanyuk
yang menceritakan darihal krisis MB di Terengganu. Dikaki artikelnya dicatatkan ulasannya:

Maka ramai-ramailah kita tengok siapa yang sanggup mati kerana Idris Jusuh dan sejauh mana Partrick Badawi sanggup taja semua perbelanjaan. Kesimpulan semua wakil rakyat Terengganu itu yang dah macam anjing kepada Partick Lim dan Wan Farid bila agaknya nak menggigit kaki Idris Jusoh.

Itulah Sang Kelembai yang saya kenal, rupanya Abang Zaharin akhirnya keletihan dan kini memilih untuk kembali mengucup dan mencium Dollah yang beliau popularkan sebagai Abdullah Hj Ahmad (kata beliau mana ada Badawi dalam IC nya) itu. Lalu apa lagi nak dikata. Selamat jalan Abang, semoga Abang berjaya dalam bahtera "titanic" (artikel terakhir beliau bertajuk Umno dan "titanic" nya) Abang itu.

Senang-senang boleh kita minum teh tarik, nak dengar cerita baru Abang.

22 comments:

sebol said...

Mari kita kaji baju Sang Kelembai

http://sebolku.blogspot.com/2008/04/baju-batik-sang-kelembai.html

2kali5 said...

Saya tidak begitu mengenali Zaharin Buang (Sang Kelembai). Malah secara peribadi saya akui saya tidak berminat untuk membaca blog yang diwujudkan atas dasar emosi kerana emosi jarang bersifat rasional.

Saya mengagak tindakan Zaharin mungkin ada kaitan dengan penjelasan Pak Lah sebelum ini. Ditambah pula dengan senario politik melayu (sebenarnya UMNO) yang dikatakan makin kelam damn kabur. Atas dasar sayangnya beliau kepada UMNO, saya rasa beliau mengambil tindakan ini. Menurut MSO, beliau mencium tangan Pak Lah dan memohon maaf serta menyesali apa yang berlaku. Cuma saya tidak faham mengapa beliau meminta maaf(atas kesalahan apa?) dan apa yang beliau kesali(mengapa?). Hanya Allah yang mengetahuinya.

Selepas penjelasan Pak Lah, saya yakin ramai ahli UMNO (termasuk "saboteurs" yang mensabotaj UMNO dalam PRU12) mula menyesali perbuatan mereka. Itu hak mereka. Kita bukan ahli UMNO (termasuk saya)hanya mampu mendoakan kesejahteraan mereka dan seluruh rakyat Malaysia. Pak Lah menjelaskan apa yang ingin beliau lakukan sekarang adalah memperbaiki UMNO dan beliau sedia berundur ( "i won't overstay as PM, says Abdullah" - The Star) setelah 'titanic' UMNO diperbaiki.

Apapun saya ingin ucapkan selamat berjuang kepada Zaharin danm kawan-kawannya. Pesan saya cuma satu, sudah terbukti sebelum ini berjuang dari 'dalam' selalunya memakan diri. Berhati-hatilah.

Pesanan saya kepada semua (termasuk saya): ingatlah sesungguhnya 'semnbahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah'

Selamat berjuang.

Anonymous said...

Dahsyat punya korner baring......

Anonymous said...

Nie baru punya lah. Tahniah Abg Lan!
biarler Sang Kelembai..berkelembai dan mengelembaikan ludahnya dulu yang ditumpukan kepada Abdullah Hj Ahmad (Dalam IC tak de Badawi, ye ke gitu Sang Kelembai?)

Muga anda juga akan mengelembaikan dengan malaun meno yang akan menjadi kelembai titanic gak nanti, InsyaALLAH!

Anonymous said...

Saya pun terkedu gak bila tengok dlm blog MSO bro...
Yalahnn...nama pun politik, saya teringat kata TDM, "dlm politik tiada musuh yg kekal"...biasalah bro...mereka dulunya asal dari org yg ada jawatan dlm parti dan kerajaan...bila dah tak sokong kerajaan dan bila fulus dah kering terpaksalah jilat balik ludah mereka....lainlah mcm kita rakyat biasa ni...kita tak terikat dgn siapa-siapa pun...

Anonymous said...

sang kelembai(zaharin)memang patut pun kembali ke pangkuan umno.aku memang tak suka dengan perangai bermuka-muka si zaharin tu.lagi bagus dia tak ada dalam PR.cium lah lama2 tangan pak lah tu.nanti kita orang bagi tajuk"ciuman hadhari"...ciuman yang ada had dan ada hari.tak gitu bang kelembai.
-pesanan untuk sang kelembai:sebut nama sang kelembai teringat aku cerita p.ramlee"ali baba bujak lapok"

ME said...

mampos ko dengan amno ko

Nasir said...

assalamualaikum

itulah...pesan saya jangan keras sangat nanti patah....susah.

jangan lembut sangat nanti jerlus masuk kedalampun susah jugak...

tengoklah kepada semua orang yg jenis keras2 mengutuk tu.kan hampir semua akhirnya terkulai macam teratai layu di tasik madu....balik semula pada yg dia kutuk ataupun jadi sama mcm yg mereka kutuk tu...

hidup ni kenalah flexibel...jgn benci menggila-gila,jangan sayang sampai memuja-muja.

tinggalkan sikit benci dalam sayang tu,dan bakikan sikit sayang tu dengan kebencian...insyaAllah selamat....

Letting the time pass me by said...

Cari makan....

Anonymous said...

Aku ingat sang ni untuk binatang jer... Kalau ada manusia yang anggap dirinya sang, tak taulah aku otaknya macam mana. Rupa-rupanya sangkaan aku tak salah... dia memang layak bergelar sang...alahai sang kelembai...

Pilihan anda sangat tidak tepat.. biar RM1 juta yang anda terima, namun maruah anda telah jatuh begitu dahsyat sekali...

SiFu said...

nak puji orang, sedar sedarlah, jangan puji melangit...
nak kutuk orang, ingat ingatlah, jangan kutuk nak mampus...

saya dah jumpa terlalu ramai orang macam sang kelembai, atau kaki ampu. Sebab apa jadi macam tu? sebab membuat puji bukan kerana Allah, membenci juga bukan kerana Allah. Ingat! kita ahli PAS mesti buat apapun kerana ALLAH. InsyaAllah. Jangan tiru macam perangai kekawan kita yang hangat hangat tahi ayam tu.

AC said...

Allahuakbar... Apa dah berlaku ni. Tadi saya bukak blog Sang Kelambai masih ada lagi posting yang mengutuk, menghina dan biadap terhadap Pak Lah. Apakah dia layak mendapat ciuman Hadhari. Banyak blog yang papar dan ulas gambar ni.... Mungkin Sang rasa Pak Lah tak baca kot blog dia.

Orang macam ni amat bahaya... takut jatuh taraf munafik aje... Naudzubillah....

Anonymous said...

Tuan Roslan,

Betullah kata ungkapan "In politics it is not who are your friends, but who are your friends today."

Tahniah, di atas wajah baru blog.

Penyokong Pas.

Anonymous said...

kalu dah umno tu...umno jugak la dia. Semoga kau tidur nyenyak beralas wang satu juta...

lang buana said...

ini korner baring bukan lutut yang jejak jalan, tapi kepala....hbt wooooo

Anonymous said...

tak,sangka Zaharin boleh berpaling tadah macam ni,,bermakna bagi lurus ekor anjing dulu,baru lurus cakap Zaharin,,(sang kelambai) dah tukar kepada (sang tibai)

blando said...

Dah dasar perjuangan untuk perut....

nazri said...

seburuk-buruk manusia ialah manusia yang apabila di depan kamu menjadi kawan tetapi di belakang menjadi lawan..biar kita jadi manusia bermaruah yang disenangi kawan dan disegani lawan..

lesongbatu said...

...manusia barua akan kerja utk sesiapa saja & utk apa saja tujuan. bila tercapai matlamat atau sebaliknya mreka akan bertukar rupa penyamarannya macam haiwan sesumpah (sumpah-sumpah). hidup sentiasa gelumang dgn sumpah seranah. cuma halanya berbeza mengikut tempat & kepentingan. kita tak perlu jadi mcm sesumpah. ini le bila sang kelembai dah kena makan sumpah (over dos) dah jadi sang sumpah-sumpah. mohon cium tangan lagi hehehehehe...

...itu le dia manusia. makhluk yg sukar utk dijangka & difahami. allah swt membolak balik hati2 hamabaNya. semoga kita semua terlindung oleh rahmat Allah. tidak mudah terpedaya & sila le ambil pengajaran. kemarin pengundi tamil juga berubah hati kpd pas. cuma tunggu bila karpal & LKS pula berubah...waallahualam. so tak perlu nista pendirian mreka. teruskan kerja, kerja & kerja..ya kerja kita.

Anonymous said...

En zaharin...

Kerajaan 3 beranak dan jadi kerajaan 4 beranak ke sekarang? kihkihkih

Borhan said...

Saya boleh dikatakan kenal sangat dengan "Sang Kelembai" ni. Sejak dari mula saya menganggap beliau seorang yang tidak mempunyai prinsipal dan beremosi.

Selepas dibuang dari keahlian UMNO dulu, beliau setiap hari berada di Parlimen semasa sesi Dewan Rakyat bersidang dan memburuk-burukkan sesiapa saja yang beliau tidak berpuashati. Kami yang bertugas disana cuma mampu mendengar kerana kita orang tahu dia ni orang yang suka melalut.

Kebiasaannya orang yang secara tiba-tiba bertukar tingkahlaku seperti si "Sang Kelembai" ni, nak buang tabiat..lagi dua tiga hari jalan dimakan tanah agaknya.

Walau macammana pun "Sang Kelembai" saya ucapkan Selamat Berjuang, kononnya nak menyatukan UMNO.

Harapan..kita dapat jumpa lagi di Parlimen, manalah tahu Pak Lah buat tabiat lantik "Sang Kelembai" ni jadi Senator pulak yang tak berportfolio...

Anonymous said...

WAH, famous tempat na...SERKAM DARAT...HAHAHA...jauhkan lah kita jadi mcm tur..