Monday, April 28, 2008

Janganlah "over react"

Pengerusi DAP Karpal Singh semalam telah membuat laporan polis di Pulau Pinang. Laporannya tergadap laman web pasjohobahru.com yang dikendalikan oleh PAS Johor Bahru. Menurut Karpal di dalam laporannya laman web tersebut menyairkan melalui ruangan "shoutbox" nya komen yang berbunyi:

"Darah YB Karpal halal dibunuh"

Menurut Karpal komen tersebut menuduh bahawa beliau telah menghina Islam, dan komen itu merupakan satu ancaman bunuh.

Saya difahamkan Pesuruhjaya PAS Johor Prof Dato Dr Mahfodz Mohammad telah pun mengeluarkan kenyataan rasmimengenai isu tersebut antaranya:

Isu memohon maaf tidak timbul sama sekali kerana kenyataan tersebut bukanlah merupakan kenyataan atau pendirian rasmi PAS Negeri Johor.

Saya secara peribadi merasakan "alif" yang telah menurunkan komen itu sungguh keterlaluan, biadap dan tidak berakhlak, namun "shoutbox" ini adalah ruangan para pengunjung sesebuah laman web atau blog berinteraksi dengan pemiliknya. Siapa sahaja boleh menurunkan komennya, dan seringkali pemilik laman web atau blog tidak pun mengenali siapakah gerangan yang memberikan komen itu. (Roslan SMS Corner sendiri pernah mempunyai ruangan sedemikian tetapi kemudiannya dimansuhkan apabila para pengunjung yang separuh tiang gemar melakukan"pukul curi" melaluinya).

Kesimpulannya memang si "alif" itu keterlaluan, tetapi saya kira sebagai seorang ahli politik yang veteran, Karpal sendiri pun tak perlulah "over react" sehingga membuat laporan polis. Kalau beliau secara jujur kunjungi ruangan komen di kebanyakkan laman web dan blog termasuklah yang dikendalikan DAP sendiri, kadangkala kita akan dapati komen dari para pengunjung, ada yang keterlaluan samada bersifat perkauman, lucah dan seumpamanya. Menjadi tanggungjawab pemilik untuk memastikan hanya yang beradab sahaja terlepas, tetapi dalam kes "shoutbox" dan dari pengalaman saya memang sukar untuk memantau sepenuh masa.

Saya kira PAS Johor pun telah membuat penjelasan yang meyakinkan oleh itu tak perlulah dipanjang-panjangkan perakara ini. Malah semua pihak dalam hal ini perlulah berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan pandangan, jangan sampai menyinggung perasaan pihak lain dan akhirnya mencetuskan ketegangan

10 comments:

Anonymous said...

inilah bahana internet, kebebasan bertinta yang tidak terbatas memungkinkan pelbagai kekusutan.

Anonymous said...

nampaknye kebelakangan ini semua politician cenderung membina blog mereka sendiri, juga gemar membaca blog2 bertema politik org-org lain. Tak sangka YB Karpal pula gemar juga berkunjung ke blog-blog PAS... saja nak monitor atau nak cari ilham?

Bukankah lebih baik beliau memusatkan fikirannya ke arah membina semula Malaya ini setelah kemenangan besar di dalam PRU12 hari tu bersama Pakatan Rakyat yang lain-lain... Ini lebih besar faedahnye daripada consisten membuat/mengeluarkan kenyataan2 kontroversi dan provokatif..

Kita kena ingat, KeSemua(ahli PAS) itu adalah orang Melayu(Islam) tapi bukan semua orang Melayu itu ahli PAS, so bukan senang kita nak kawal jika ada sebilangan orang-orang Melayu di luar PAS mengambil tindakan terhadap beliau atas dasar Agama Islam itu sendiri.. Yang itu kena ingat betui-betui...ok

mymoksha said...

Memanglah benar si "alif" tu melampau tp Karpal Singh pun melampau jugak. Kalau dia tak mulakan ckp2 kosong atau bermulut celupar tentang PAs,Negara Islam dan Islam si "alif" tak la mengamuk dlm blog. Jadi sama2 salah. Kalau Karpal tak nak org Pas atau org Islam berang atau marah smp nak bunuh dia, dia jgn la sibuk2 pasal Negara Islam, Hudud dan Islam. Lagi pun dia bukan org Islam, jadi dia tak layak nak ckp hal Hudud atau Negara Islam. So, dlm hal ni dua2 pihak bersalah.

Anonymous said...

nampaknya kebodohan dari pihak kita semakin terselah (pihak pakatan rakyat @ disini DAP) sebab masih tak paham apa itu blog apa itu shoutbox apa itu komen apa itu admin..

bukan apa bagi saya nampaknya provokasi yg dilakukan oleh pihak lawan nampaknya telah berjaya bagi saya alif dalam shoutbox itu tentu satu pihak yg cuba memprovokasikan pihak kita.. disini kita telah menjadikan apa yg diprovokasikan itu sebagai senjata yg akan digunakan oleh musuh kita untuk memporak perandakan rumah tangga yg kita bina lepas PRU lalu.. dan nampaknya mereka berjaya sebab kita telah termakan umpan mereka.

usah dilayan benda2 di shoutbox tu dan juga komen di setiap blog... kita ambil apa yg baik dan yg umpat keji fitnah kita disablekan buat tak tahu aja... sebabnya kita bukan tahu siapakah gerangan makhlok yg dok menulis disitu....jika kena kat batang hidung kita sama2lah kita muhasabah diri..dan perbetulkan... jika mereka just nak naik darah kita nak naik angin kita nak provokasi bagi kita bermusuhan sesama kita nampaknya kita manusia yg BODOH kerana tak dapat menerima kutukan...

adussss ingatkan kita terra rupa2nya sengal jugak macam umno bn ... nasib nasib... awat lah ada pemimpin yg sengal kat Malaysia macam nie... nak buat apa satu bawak la berbincang... itu pon tak tau kaaaa.....

dhuat79 said...

Teringat Haedline 'HEART BREAK KID' - Malay Mail

Anonymous said...

kocut gak dia ya....

Anonymous said...

Bangang juga si Karpal tu rupanya...baik resign sbg pengerusi DAP...tak layak langsung...Patut dia yang minta maaf kepada semua umat Islam sebab keluarkan statement bodoh tentang Islam..!!!

Anonymous said...

mau tak kocut... first time bukak blog, alih2 nama kuar... tu blum google lagi tu...

Anonymous said...

Saya nak tanya apa salahnya die lapor polis.....salah siapa yang kurang ajar??

Snowflake said...

Assalamualaikum
Saya selari dengan pandangan PTK. Apabila seseorang itu "react", ini menggambarkan yang si "react" berada didalam keadaan yang salah. Kalau seseorang itu tidak bersalah terutama mereka yang di dalam dunia politik, tak perlu lah lah "react" dengan provokasi sebegini, lebih lebih lagi "over-react". Mungkin Karpal fikir dia sekarang sudah boleh berbuat sesuka hati jadi terbawa bawa issue ini sampai menepelak dirinya sendiri. Mungkin juga takut mati pasal baru ada putik putik untuk berkuasa.
Salam